~Bab 8~

Romance Completed 14747

" Hamani!!..," gadis yang bernama Hamani itu tidak menoleh walaupun jelas mendengar namanya di panggil.
" Iman Hamani!!," kali ini langkahnya terus terhenti bila lelaki yang memanggilnya sudah berdiri tegak di hadapan.
" Hamani...kenapa tak toleh bila abang panggil?," Zahim bertanya dengan nafas yang masih mencungap.
" nak apa?," Hamani menjawab dengan soalan.
" hari ni kan abang dah janji nak belanja Hamani cendol dekat depan tu...tapi Hamani tak tunggu abang depan sekolah pun..," Zahim mengeluh. Susah benar mahu mendekati gadis bernama Iman Hamani ini.
" tak payah lah...Hamani nak cepat balik ni..," Hamani menjawab tanpa melihat wajah Zahim yang sedang merenungnya.
" Tapi..Hamani..kan abang dah janji nak belanja kalau Hamani tolong abang..,"
" tak apa lah...Hamani nak balik..." Hamani menjawab sebelum memulakan langkahnya.
" Hamani tunggu..," Zahim mencapai tangan Hamani. Gadis itu terkejut dan meronta minta di lepaskan. Tetapi Zahim kuat mencengkam.
" lepas lah!!!," Hamani menjerit.
" kenapa susah sangat nak berkawan dengan Hamani? abang ikhlas...tapi Hamani tetap juga mengelak..," Zahim berkata geram.
" sebab aku tak suka!!!" Hamani menjerit sebelum menampar wajah Zahim dengan tangan kirinya. Kesabarannya sudah hilang.
" Hamani...," Zahim melepaskan pegangannya dan memegang pipi yang mula memerah. Dia tidak menyangka gadis lemah lembut seperti Hamani, sanggup menampar wajahnya.
" mulai saat ni..berhenti ganggu hidup aku...aku tak layak untuk siapa-siapa...jadi..jangan cuba de
kati aku..dan bagi harapan palsu...," Hamani berkata dengan nafas turun naik. Dia menjeling Zahim sebelum berlalu pergi.

Pangg!!!...pandangan Hamani terus berpinar. Dia terjelopok di lantai. Terasa perit dan pedih menjalar di pipi kirinya. Dia diam membisu, air matanya sudah kering. Hatinya sahaja yang mampu merintih dalam kesakitan.
" kau nak jadi betina sundal ke!!!???" bahunya terhinjut sedikit bila mendengar suara tengkingan bapanya.
" sebelum kau jadi betina sundal..baik aku tanam kau hidup-hidup...,"Hashim berkata bengis. Panas hatinya melihat wajah Hamani yang tertunduk ke lantai.
" itulah abang...Zah dah puas nasihatkan abang yang budak ni memang pembawa sial...lepas ni...satu kampung mengata abang tak pandai jaga anak...jangan nak salahkan Zah pulak...abang yang tak nak terima kalau Zah tegur...," Azizah berkata sambil duduk menjeling Hashim dan Hamani.
" ayah....semua ni salah faham...Hamani tak ada apa-apa pun dengan Zahim tu..dia yang pegang tangan Hamani..," Hamani cuba membela dirinya.
"kau jangan nak menafikan pulak...cukup lah selama ni aku bersubahat dengan kau...sekarang aku dah tak sanggup lagi...ayah...maafkan Huda sebab tak bagitau awal-awal...Huda takut sebab kak Hamani ugut Huda..maaf Ayah..," Huda memeluk lutut Hashim dengan linangan air mata palsunya, sempat dia tersenyum sumbing pada Hamani. ' rasakan Hamani...selama ni Zahim asyik nampak kau aja kan...puas hati aku...,'.
" Zah...kau kurung budak ni dalam bilik...jangan bagi dia makan...," Hashim berkata sebelum berlalu pergi. Azizah bangun dari duduknya dan menghampiri Hamani.
" arkhhh!!!," Hamani mengerang kesakitan bila rambutnya di tarik kasar.
"kau pun dengar kan apa yang ayah kau kata tadi? cepat lah masuk bilik!!!," Azizah menengking sebelum mengheret rambut Hamani.
" sakit mama...sakit....,"Hamani merintih.

" woiii!!!" Aryan menjerit. Iman menoleh ke sisinya.
" puas aku carik kau...apesal kau blah macam tu je? sakit ke?," Aryan bertanya sebelum memberhentikan keretanya.
" sibuk lah kau...pergi sana..," Iman menjawab sambil menurunkan sedikit topinya dan menutup kepalanya dengan hodie. Dia tidak mahu Aryan melihat wajah sembabnya.
" hishh...kau ni..kalau sakit,aku boleh tolong hantarkan...tak payah lah jalan kaki macam ni...apa guna kau ada kawan macam aku..," Aryan menghampiri Iman dan merangkul tengkuk lelaki itu.
" semak lah kau...berat tau tak..," Iman mengelak dari di peluk begitu. Dia tidak selesa.
" kau ni panas-panas macam ni pun pakai hodie...," selamba sahaja Aryan menarik hodie di kepala Iman dan menarik topi lelaki itu ke atas. Dia terpana seketika.
" ka..kau menagis?," bisik Aryan. Iman menjeling Aryan sebelum menarik kembali topinya ke bawah. Dia meneruskan langkahnya.
" Iman...,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience