~Bab 2~

Romance Completed 14748

" ni untuk kopi semalam..," not lima puluh di letak atas kaunter.
" aku tau kau kaya...tapi kopi tu tak sampai sepuluh ringgit pun..," Iman menjawab senada.
" so..kau bagilah baki dari lima puluh ni...jangan banyak tanya..ni je duit tunai yang aku ada...,"
" anggap je lah aku belanja kau...," Iman kembali melihat skrin monitor tanpa memandang jejaka di hadapannya.
" kenapa kau belagak sangat ea?"
" Bro...aku tak berlagak pun...kau je yang tak boleh terima aku nak belanja kau..." Iman masih selamba.
" yes!!..aku memang pantang guna duit orang lain... aku paling benci berhutang..., so..nak tak nak kau kena juga terima duit ni...," Lelaki itu mencapai not lima puluh tadi dan di letak di hadapan Iman sebelum berlalu pergi.
" kenapa tu Iman?" Syura berbisik sambil melihat kelibat seorang lelaki yang menapak keluar dari kafe.
" entah...datang nak bersedekah kut..," Iman mengangkat bahu. Not lima puluh di capai sebelum di masuk ke dalam kocek hodienya.

Topinya dibetulkan sambil menunggu pintu lif terbuka. ' Jo..Jo..kenapa lah kau cuti hari ni...tak memasal aku yang kena hantar order..,' rungutnya dalam hati. Selang beberapa minit, pintu lif terbuka. Tanpa menunggu lama, Iman segera menapak masuk ke dalam lif. Dia tidak menghiraukan seseorang lelaki yang berdiri di situ.
" arkhh!!!," tiba-tiba terdengar suara erangan dari arah belakang. Iman memusingkan badannya. Lelaki yang berdiri di belakang tadi terduduk ke lantai sambil memegang dada.
" Encik!!..kenapa ni?," Iman bertanya panik. Dia melihat lelaki paruh baya itu seperti susah bernafas. Tangan kirinya yang terketar-ketar, menyeluk poket seluar. Iman melonggarkan kolar baju kemeja yang di pakainya.
" to..tolong..," lemah sahaja suara yang keluar dari mulut lelaki itu. Iman menyeluk poket seluar dan mencapai sesuatu. Dia terkejut melihat benda yang ada di tangannya.
" Encik ada semput?," Tanpa berlengah, Iman menyuakan alat bantuan pernafasan itu di mulut lelaki tadi. Bertepatan pula pintu lif sudah terbuka.
" tolong!!!...ada orang semput!!!," Dia menjerit sekuat hati sambil menekan butang 'hold'.

" Ehh..abang Iman...penat sangat ke?," Jannah yang sibuk menyapu lantai menegur. Sedari tadi dia melihat Iman duduk bersandar di situ.
" apa tak penat wey...dari hantar order..tak memasal kena ke hospital...," Iman menjawab dengan mata yang masih terpejam.
" Hospital?," Iman terus membuka matanya bila mendengar satu suara yang amat di kenali.
" Puan Mastura, Encik Idris, selamat kembali..," Jannah menyapa sambil menunduk hormat.
" Ibu?..baba?," Iman terkebil-kebil melihat kedua orang tuannya yang berada di situ.
" kenapa Iman ke hospital? sakit ke?," Idris bertanya bimbang.
" Err...tak adalah baba, Iman hantarkan orang sakit je..," Iman menjawab sambil tersengeh.
" hishh..buat ibu dengan baba terkejut aja..., " Mastura menjeling manja.
" ibu dengan baba nak air?," Iman bertanya seraya bangun dari kerusi.
" boleh juga..tapi air sejuk ye..," Mastura menjawab.
" okay boss,"

" Abang Iman!!..," Johan menjerit. Semua yang ada di dapur menoleh serentak, begitu juga Iman. Keningnya di kerutkan.
" Abang Iman!!..ada orang cari..," Johan berkata dengan nafas tercungap.
" orang cari? siapa?," Iman bertanya pelik.' siapa pulak cari aku ni? nak kata Zana, dia jauh di Paris,'
" tak tau lah bang...kawan abang kut," Johan mengangkat bahunya. Iman mengeluh sebelum membasuh tangannya di singki. Dia menapak ke hadapan.

" kau Iman?,"
" iya, nama aku Iman..apasal?," Iman bertanya. ' Eh..mamat ni dah kenapa? takkan nak tuntut duit lima puluh hari tu,'.
" semalam..kau ada hantar orang ke hospital?," Lelaki tinggi lampai di hadapannya itu bertanya serius.
" ada..kenapa?," Iman semakin pelik. ' macam mana dia tau aku hantar pakcik tu dekat hospital?, takkan mamat ni stalk aku..,'. Lelaki di hadapannya tidak terus menjawab, tetapi memeluk Iman erat. Iman terkejut begitu juga Mastura yang baru tiba di kafe.
" Thanks bro, kau selamatkan daddy aku..," Pelukan di lepaskan. Iman terkebil-kebil sebelum terbatuk kecil.
" kenapa peluk anak saya ni?," belum sempat Iman membalas kata-kata lelaki itu, Mastura sudah bertanya terlebih dahulu.
" auntie Mas?,"
" Aryan?," Mastura dan Aryan saling terkejut.
" ibu kenal dengan dia?," Iman bertanya.
" macam mana tak kenal, mommy Aryan ni kawan baik ibu...Iman berkawan dengan Aryan ke?," Mastura bertanya ceria. Terlupa terus niatnya untuk memarahi Aryan tadi.
" Err..sebenarnya auntie, Aryan datang sini nak ucapkan terima kasih dekat Iman, semalam Iman tolong hantar daddy ke hospital..," Aryan menjawab bagi pihak Iman. Iman sekadar mengangguk.
" jadi, yang Iman hantar semalam tu...daddy Aryan? Datuk Ridwan? sakit apa? teruk ke?," bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Mastura.
" alhamdulillah, daddy dah okay, cuma kena banyak berehat..,kalau tak kerana Iman, tak taulah apa jadi dekat daddy...thanks bro..," Aryan menepuk bahu Iman. Mastura melirik wajah Iman yang masih terkejut.
" tapi auntie...Aryan tak pernah tau pun auntie ada anak lelaki?..," Aryan kembali bertanya. Seingatnya, Mastura tidak mempunyai anak, siapa pula si Iman ni?.
"Err..aku anak angkat..., ibu dengan baba ambil aku jadi anak angkat...okaylah..Aryan..ibu.., Iman nak ke dapur..banyak lagi kerja nak buat..," Iman berkata sebelum berlalu ke dapur. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Terasa janggal pula bila Arya memeluknya tadi.
" anak angkat?,"
" iya..Iman tu anak angkat auntie, auntie jumpa dia masa bercuti di langkawi., ishh..panjang ceritanya..lain kali auntie cerita ye.., daddy Aryan masih di hospital?," Mastura menukar topik perbualan. Dia masih belum bersedia untuk berkongsi cerita Iman pada sesiapa.
" masih di hospital..mommy pun ada di sana..,"
" kalau macam tu, auntie ajak uncle jenguk daddy kamu lah..," Mastura berkata ceria. Sempat dia mengintai kelibat Iman yang masuk ke dapur. 'mesti dia terkejut kena peluk,'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience