~Bab 14~

Romance Completed 14748

Iman bersandar di tepi pintu kafe sambil menunggu Syura. Sejujurnya dia masih berbelah bagi untuk memberitahu perkara sebenar pada gadis itu. ' mampu ke dia terima kenyataan?,'
" Iman..Jom..Syu dah siap ni..," Syura menegur ceria.
" kejap..aku nak kunci pintu," Iman tersenyum nipis. Syura mengangguk dengan senyuman lebar di bibirnya. Selesai mengunci pintu, mereka berjalan beriringan menuju ke kedai mamak tidak jauh dari situ.

" Shima...I nak balik lah...apa yang you buat dalam kereta I ni? tolong keluar..," Aryan mula hilang sabar. Dia baru sahaja masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah, entah macam mana, tiba-tiba Shima muncul di sebelahnya. Wanita itu buat-buat tidak dengar apa yang di katakan Aryan. Dia bersandar sambil memejamkan matanya.
" Shima!!!," Suara Aryan naik seoktaf.
" what?..I nak ikut you balik..salah ke?," Shima berkata selamba.
" please Shima..I dah puas cakap dekat you yang I tak akan balas perasaan you pada I...you tak faham lagi ke?,"
" tak..I tak akan faham dan tak akan pernah faham... yang I tau..sampai bila-bila pun..you akan jadi milik I..," Shima menjawab tegas.
" fine..suka hati you lah..I lagi rela jalan kaki dari menghadap muka you...buat lah apa yang you nak buat dalam kereta ni..," Aryan berkata kesal sebelum keluar dari keretanya.
" Aryan!!!,"
" Baby!!!," jeritan dari Shima tidak di endahkan. ' tak kuasa aku nak layan minah senget macam kau..,'

" sebenarnya..,"
Syura sabar menunggu apa yang bakal di katakan Iman padanya. Dadanya mula berdebar-debar.
" sebenarnya..aku..aku..," Iman mengeluh berat. Rupanya sangat susah memberitahu sesuatu perkara yang telah lama kita rahsiakan. Iman memandang simpati wajah Syura yang penuh mengharap. ' nak tak nak..aku kena bagitau dia..,'
" sebenarnya aku...,"
" sayang...," tiba-tiba Aryan muncul dan duduk di sisi Iman. Wajahnya ceria sungguh. Syura terkebil-kebil memandang Iman dan Aryan silih berganti.
" weyy..asal kau datang sini?," Iman bertanya dalam nada berbisik. Sempat dia melirik Syura yang jelas terkejut.
" alaa..bukan abang sengaja pun...tengah jalan-jalan dekat depan tu..terus ternampak sayang..," Aryan tersengeh. Mood mengusiknya mencanak naik. Dia tidak sedar ada mata yang sedang memerhati di hadapannya.
" Iman..a..awak...sebenarnya..gay!!?," Tergagap-gagap suara Syura bertanya. Aryan dan Iman menoleh serentak.
" ehh..tak..tak..kau salah faham..," Iman menafikan. Dia menolak tubuh Aryan supaya menjauh darinya.
" tak apa..Iman tak payah jelaskan...Syu dah faham sekarang...patutlah selama ni Iman tak pernah layan Syu..rupanya Iman tak pernah ada perasaan pada perempuan..., patutnya Syu dah sedar dari awal...tapi..satu je yang Syu nak nasihatkan... Iman balik lah ke pangkal jalan..kesiankan Encik Idris dan Puan Mastura...mesti dieorang sedih...okaylah..Syu pergi dulu..," Syura berkata panjang lebar sebelum berlalu pergi. Iman dan Aryan saling berpandangan. Selang beberapa saat, Aryan ketawa mengekek-ngekek sambil memegang perutnya. Iman pula mengeluh panjang. Belum selesai satu masalah..timbul pula masalah lain.
" ha..gelak!!..gelak lah puas-puas...kau ni potong betul lah..aku baru nak berterus terang dekat dia..," Iman berkata geram.
" aduiii..sakit perut aku...," Aryan masih ketawa.
" matilah aku lepas ni...," Iman berkata sebelum meletakkan wajahnya di meja. Terus melayang semangatnya yang masih tersisa tadi.

Syura menangis sepenuh hati. Dia menyembamkan wajahnya di bantal. Dadanya sesak dan pedih, bagai di siat-siat. Bertahun dia menyemai kasih di hatinya untuk insan bernama Iman, tetapi kini dia sendiri yang merana kerana kekecewaan. Bodohnya dia kerana tidak sedar yang selama ini, layanan Iman padanya itu satu petunjuk.
" kenapa Iman tak ada perasaan tu? kenapa?...Syu menyesal berharap dekat Iman...," Rintih Syura dalam tangisan.

Iman memandang geram Aryan yang berdiri di sebelahnya. Penat-penat dia berjalan sejauh ini semata-mata untuk menemani Aryan mengambil keretanya di office.
" kau kata nak tolong orang?,"
" aku lah orang tu...," Aryan mengenyitkan matanya. Suka benar dia dapat menyakat Iman.
" yang kau bijak sangat tinggal kereta dekat sini dah kenapa?," Iman bertanya tidak puas hati.
" tak payah tau lah...hilang mood aku kalau ingatkan balik..jom masuk...aku hantarkan kau...kesian tunang aku jalan jauh-jauh..," Aryan membuka pintu kereta buat Iman.
"hantar aku sampai rumah..jangan nak menyimpang...,"
" jangan risau...sampai depan katil pun aku sanggup..," Aryan menjawab dengan senyuman nakalnya. Iman menghadiahkan jelingan membunuh buat Aryan. Lelaki itu ketawa mengekek.

" Papa..please..., Shima tak boleh hidup kalau tak dapat Aryan...please pa...paksa Aryan kahwin dengan Shima..," Shima merayu. Datuk Hasrul menggelengkan kepalanya sambil memandang Datin Mona. Isterinya itu menggangkat bahu tidak mahu masuk campur.
" Shima...ramai lagi lelaki yang handsome dari si Aryan tu...,kenapa dia juga yang Shima rebutkan?.. Aryan dah bertunang..lagi dua bulan dia nak kahwin...dari dulu lagi Aryan tak layan Shima..takkan Shima nak membujang sampai ke tua?"
"Shima sanggup jadi bini kedua Aryan...,yang penting Aryan jadi milik Shima..," Shima berkata tegas.
" amboii...senangnya Shima cakap...habis tu..isteri pertama Aryan tu sanggup ke nak bermadu? cuba bercakap tu guna akal sihat sikit...jangan terlalu ikutkan emosi...papa malu tau..bila orang bercakap pasal Shima dekat office...terhegeh-hegeh kejar Aryan... sedarlah...dia bukan untuk Shima..buka pintu hati tu untuk orang lain..," Datuk Hasrul berkata kesal.
" No!!!...sampai bila-bila pun, Shima akan cintakan Aryan...kalau Shima tak dapat kahwin dengan Aryan..lebih baik Shima mati!!," Shima menjerit sebelum berlalu pergi.
" awak tengok lah anak dara awak tu..," Datuk Hasrul menggelengkan kepalanya.
" puas saya nasihatkan dia abang....entahlah..saya hanya mampu berdoa aja..," Datin Mona turut kesal dengan sikap keras kepala Shima. Anak tunggalnya itu memang susah di kawal.

" ingat!!..duduk aja dekat dalam..jangan nak merayap...siap kau kalau berani nak lari..," Azizah memberi amaran pada Hamani.
" mama nak pergi mana? Kenapa Hamani kena pakai baju macam ni?..," Hamani bertanya. Dia mula tidak sedap hati.
" jangan banyak tanya..tunggu aja dekat sini..," Azizah berkata tanpa memandang wajah anak tirinya itu. Hamani mendiamkan diri, tidak berani bertanya lebih. Selang beberapa minit, pintu di buka dari luar. Hamani terkejut bila muncul tiga orang lelaki yang tidak di kenalinya.
" fuyoo...tak sangka kenduri besar kita malam ni... pandai kau cari Leman..," Lelaki yang bertubuh agak besar berkata sambil menepuk lelaki yang lebih kurus di sebelahnya. Hamani kecut perut.
" si..siapa korang?,"
" heyy..jangan takut..abang bertiga ni orang baik-baik..,"
" korang nak apa ha?..mama aku mana?," Hamani bertanya dengan perasaan takut yang mula membuak.
" mama?..guys..dia tanya mak dia lah..ahahaha...," Lelaki yang ketiga pula ketawa besar di ikuti yang lain.
" Mama kesayangan kau tu dah berambus balik rumah...dia dah lupakan kau bila dapat duit...,"
" tipu!!," Hamani menjerit.' tak mungkin..mama tak mungkin tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang..,'
" ishh..abang tak pernah tipu...tapi tak pe..adik jangan risau..abang bertiga akan layan adik baik-baik...kiteorang buat slow-slow je...," Pucat lesi wajah Hamani bila mendengar kata-kata dari lelaki yang bernama Leman itu. ' kau kena lari dari sini Hamani..fikir..fikir..,' dia mula mencari cara untuk melarikan diri.
" okay...saya akan layan abang semua dengan baik..tapi..saya belum mandi..boleh izinkan saya mandi dulu?..," Hamani cuba menenangkan dirinya dan berlagak biasa. Lelaki bertiga di hadapannya saling berpandangan.
" abang semua jangan takut, saya tak akan lari...lagi pun mama saya dah jual saya kan...tapi janji tau..jangan ganas-ganas..," Hamani cuba meyakinkan mereka, walhal seluruh tubuhnya sudah menggigil takut. Takut rancangannya tidak berhasil.
"okay..tapi aku bagi masa tiga minit aja...," Leman bersetuju. Iman mengangguk sebelum berlalu ke bilik air. Dia bersandar di pintu, cuba menenangkan hatinya sendiri. ' mcam mana ni?..macam mana aku nak lari?,' Hamani melilau ke sana sini sebelum terpandang tingkap kecil di atas tandas. Tetapi tingkap itu agak tinggi untuk di capai. Dia mencari sesuatu untuk di panjat.
" haa..ni boleh..," Dia terpandang satu almari mini mudah alih di sebelah singki. Cepat-cepat dia mengangkat almari itu. Terhuyung-hayang dia mengimbangi badannya.
prang!! tanpa sengaja dia tersenggol botol sabun di singki.
" apa tu?," suara Leman bertanya.
" tak ada..saya terjatuhkan sabun..," Hamani menjawab. Dia mengurut dadanya akibat terlalu takut. Almari tadi di letak di tepi tandas sebelum dia memanjat naik.' fuhh..nasib baik sampai..,' Hamani berasa lega bila dia dapat mencapai tinggkap.
" woii..kenapa lama sangat? aku tak dengar bunyi air pun..," pintu bilik air tiba-tiba di ketuk dari luar.
" alamak..," Hamani mula kecut perut. Dia melompat sekuat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience