~Bab 28~

Romance Completed 14748

Iman memandang wajah Huda yang sedang menyusukan Wafi. Puas dia memujuk wanita itu supaya mengikutinya pulang ke langkawi, tetapi Huda masih juga mendiamkan diri. Zahim dan Aryan duduk agak berjauhan di ruang tamu. Hashim pula masih di dalam biliknya. Ayahnya itu turut membisu tanpa jawapan bila di ajukan soalan awal pagi tadi. Huda mengesat hujung matanya dengan jari. Dia menangis. Iman mengeluh lembut sebelum mencapai tangan adiknya itu.
" Huda...jomlah ikut aku..., kau kata nak jumpa mama..., kesian dia Huda," Iman memujuk lagi.
" dia dah buang aku...kenapa aku kena jumpa dia?," Huda membalas. Iman faham, hati wanita itu masih terluka dengan apa yang telah terjadi.
" dia dah tak macam dulu lagi Huda, kau tak kesian ke? dia dah tak boleh buat apa...bercakap pun dah tak boleh.., entah esok atau lusa..kalau Allah tarik nyawa dia, kau tak menyesal ke tak nak jumpa dia?," Iman bertanya serius. Huda memandang wajah Iman dengan mata yang berkaca. Entah kenapa, hatinya tersentuh bila Iman berkata begitu. Mahu atau tidak, dia perlu akui, insan yang bernama Azizah itu masih ibu kandungnya. Susu yang di munum telah menjadi darah dagingnya sehingga kini.
" jenguk lah dia...untuk yang terakhir...," Iman berbisik. Perlahan-lahan Huda mengangguk.

Dari jauh Sam memerhati gadis berbaju putih dan berseluar jenas itu. Dia tersenyum sendirian bila gadis itu tersenyum. Entah kenapa, hatinya jadi terpaut bila mengenali hati budi gadis bernama Shima Hani itu. Jauh benar dengan apa yang pernah di ceritakan Aryan padanya dulu. Gadis ini lebih matang dan manis.
" kenapa you tengok I macam tu? lagi tadi I cari you..rupanya berdiri dekat sini...," Shima tiba-tiba menegur. Sam tersentak. Dia tidak sedar gadis yang di angankan sudah berdiri tegak di hadapannya.
" err..sorry-sorry..," Sam menggaru belakang tengkuknya.
" I lapar lah...," Shima merengek sambil memegang perutnya.
" I pun lapar...jom kita pergi makan dulu... tapi kena jalan kaki sikit lah..," Sam berkata sambil melihat skrin telifonnya.
" haaa?.. nak kena jalan lagi ke? I dah tak larat tau..you paksa I jalan keliling tadi..ni nak jalan lagi? I dah lah lapar..," Shima merengek lagi siap memuncungkan bibirnya. Sam terus mencangkung membelakangi Shima.
" What!?,"
" I boleh je dukung you..," Lagi sekali Sam menjawab, sama seperti di atas gunung Apsan kelmarin.
" Sam...nonsense okay..," Shima bercekak pinggang.
" ishh..I baru nak jadi oppa Korea..., you tak pernah layan drama Korea ke? kalau girlfriend penat jalan kaki..boyfriend dia offer dukung?..," Sam berkata selamba. Shima terkebil-kebil memandang Sam.
" You guide I...bukan boyfriend I..,"
" tapi..tak salah kan..kalau guide jadi boyfriend?," Sam bertanya sebelum meninggalkan Shima. Shima terpana seketika. ' Ehhhhh..!!!,'
" Sam!!!..wait!!..you cakap apa tadi?," Shima berlari anak mengejar Sam yang sudah menjauh.

Huda menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Iman menarik Huda ke dalam pelukannya. Aryan dan Zahim saling berpandangan sebelum masing-masing mengeluh. Hashim pula masih menunggu di kereta sambil menemani cucunya.
" sabar Huda...kita doakan supaya mama kau cepat sembuh..," Iman berbisik sambil mengusap lembut bahu Huda. Dia menatap wayar yang berselirat di segenap tubuh Azizah.

" macam mana boleh jadi macam ni Ina?," Iman bertanya pada Salina, pekerja yang di upahnya untuk tinggal di rumah orang - orang tua.
" Semalam kecoh satu kampung yang Mak Cik Salina kena langgar lori, saya masa tu tengah memasak dekat dapur, ada budak datang bagitau..., kalau Puan tanya macam mana kena langgar, saya pun tak tahu...mungkin ada saksi lain yang nampak masa Mak Cik Azizah di langgar...," Salina menjawab.
" tak apalah Ina, terima kasih bagitau saya...," Iman tersenyum sambil mengangguk.
" sebenarnya Puan, dah seminggu Mak Cik Azizah tak balik ke rumah, entah kemana dia merayau...puas saya dengan Ika cari merata...kami kesian kan dia Puan, sebab selalunya dia balik untuk makan...," Salina mengadu.
" Ya Allah...mungkin dia dah lupa jalan nak balik..., mesti dia tengah lapar sangat..., entah apa lah yang di makannya...," Iman mengeluh kesal. Walaupun dia pernah berdendam dan benci pada wanita itu, tetapi kini hati Iman sayu memikirkan nasib yang menimpa Azizah.
" Sayang..., abang nak ke kereta dulu..tengok ayah," Aryan tiba-tiba menegur sambil memeluk bahu Iman.
" Huda dengan Zahim mana?," Iman bertanya.
" dieorang ada lagi dekat dalam..., Zahim tengah pujuk Huda turun makan..., tapi Huda tak nak pulak...," Aryan menjawab.
" Lahh...Huda kena makan, nanti tak ada tenaga nak menyusu Wafi..," Kening Iman berkerut seribu.
" Itu yang abang nak jenguk ayah sambil tengok si Wafi..., risau susu dalam botol tadi dah habis...," Aryan berkata bimbang.
" kalau macam tu sayang ikut abang pergi tengok ayah, mana tau ayah pun nak naik jenguk Mak Cik..," Aryan membalas dengan anggukan.
" Ina, awak boleh balik dulu ke rumah...nanti bila semuanya dah selesai...insyaallah, saya akan jenguk semua dekat sana ye...,"
" baik Puan," Ina menjawab sambil mengangguk faham. Aryan dan Iman berjalan seiring menuju lif.

Iman tersenyum bila melihat Hashim sedang mengagah Wafi di kereta. Perlahan-lahan dia dan Aryan membuka pintu.
" Assalamulaikum...Wafi...Ummi Iman rindu dengan Wafi..muah!!," pipi gebu Wafi di cium lembut. Aryan menggelengkan kepalanya sambil melihat Hashim yang masih tersenyum.
" Ayah..okay tak? lama sangat duduk dalam kereta ni..takut ayah tak selesa...," Aryan bertanya. Hashim membetulkan duduknya agar tegak sedikit.
" Ayah okay, cuma si Wafi ni dah lapar agaknya...,"
" susu dua botol tadi dah habis ke ayah?," Iman mencari botol susu di dalam bag.
" hurmm...habis dah..., nasib baik korang turun, ayah baru nak call tadi...," Hashim menjawab sambil mencuit pipi Wafi.
" kalau macam tu, jomlah kita makan dulu...tak payah jauh-jauh, kita makan dekat kantin hospital aja... ayah mesti lapar...lepas makan kita sama-sama naik atas..., nanti saya call Zahim minta dia dengan Huda turun makan... Wafi pun boleh menyusu...," Aryan memberi cadangan.
" Ayah tak lapar...kamu pergi lah makan..," Wajah ceria Hashim berubah mendung. Iman dan Aryan saling berpandangan. Mereka tahu, Hashim masih marah dan kecewa dengan isterinya.
" Ayah..., Hamani minta maaf kalau permintaan Hamani ni melukakan hati ayah..., tapi.. Hamani merayu, buat kali terakhir, ayah maafkanlah Mak Cik, dia dah dapat balasan atas apa yang dia dah buat dulu...., dia masih isteri ayah..., Syurga dia atas keredaan ayah.. Hamani merayu, ikhlaskan hati ayah untuk maafkan dia.... walaupun susah..tapi...ayah cuba lah...., insyaallah...Hamani yakin, hati ayah akan lebih tenang bila dah memaafkan Mak Cik..." Iman berkata dengan lemah lembut. Hashim merenung wajah Iman dengan pandangan berkaca.
" kamu dah lupa ke Hamani? apa yang dia dah buat dekat kamu? .dia pukul kamu...dia pernah kurung kamu dalam reban ayam sehari semalam tanpa bagi kamu makan..., dia hampir botakkan rambut kamu....dia belasah kamu sampai berparut....yang paling ayah tak sangka, dia sanggup jual kamu semata-mata gilakan duit...takkan semudah itu kamu lupakan Hamani?...sampai sekarang..ayah masih menyesal kahwin dengan dia...., kesilapan yang tak kan ayah lupa sampai bila-bila," Iman memejamkan matanya, ada manik halus berjuraian di pipi. Jelas terbayang segala kenangan pahit yang di ucapkan Hashim tadi. Iya...jujur dia katakan, hatinya masih pedih... tetapi dia berusaha dan berdoa pada Allah supaya hatinya kembali lembut seperti dulu.. dia berdoa supaya hatinya lembut seperti Hamani bukan keras seperti Iman. Dia mahu melupakan semua itu, tetapi tidak mampu. Dia hanya mampu berdoa dan memohon dari Allah.
" Ayah..., biarlah Allah yang menentukan segalanya..., biarlah dia yang menentukan hukum, kita cuma mahluk biasa yang tak lari dari dosa...., Hamani tau, ayah sedih dan kecewa....tapi semua ini takdir yang Allah beri pada kita... kita kena redha dengan apa yang terjadi..., yakinla dengan Allah..., Hamani tau hati ayah tak tenang selagi ayah tak maafkan Mak Cik...kalau ayah cari ketenangan tu...satu aja jalan yang ada..., maafkan lah dia... maafkan dia dari seorang suami kepada seorang isteri...," Hashim terdiam sambil mengesat air mata yang sudah berjuraian di pipi. Dia tidak mampu membalas kata-kata Iman. Semua yang di ucap anaknya itu benar. Siapalah dia nak melawan takdir Allah. Tapi, hatinya masih berbelah bagi.
" Ayah...," Aryan menegur bila bapa mertuanya itu termenung. Iman pula mengesat air mata d
saling berpandangan sebelum tersenyum penuh makna.

" Kenapa you tenung muka I, lepas tu senyum-senyum?," Shima bertanya sambil mengerutkan keningnya.
" I tak tau...bila tengok muka you, rasa bahagia je... tak puas tengok sekali..mesti nak tengok berkali-kali...ishh..you pakai susuk ea?," Sam mengusik. Shima membutangkan matanya.
" hishh...I tau lah I ni tak baik... tapi tak ada lah jahat sampai ke arah tu..., mengarut lah you ni..., dah berbulan I kenal you, tapi mulut tu tak berhenti nak menyakat I...," Shima menjeling geram.
" alaa...nanti bila balik Malaysia...you mesti rindu nak dengar I menyakat you...silap-silap...you call I hari-hari mintak jumpa..," Sam mengangkat keningnya. Shima mencebik. ' tak kuasa!!,'
" so..lepas ni you nak bawak I kemana lagi?"
" last sekali...I nak bawak you pergi Jepun.., kita makan syusyi puas-puas..., lepas tu I nak paksa you makan tiram mentah...," Sam ketawa mengekek bila Shima membuat wajah geli.
" No!!!!..., jangan nak mengarut Sam...I balik sendiri nanti..," Shima mengugut.
" balik lah...mesti you tak tahan berjauhan dengan I...," Sam tersenyum nakal. Shima menjulingkan matanya ke atas.
" Suzy!!!!...aku dah tak tahan dengan adik kau ni!!!," Shima menjerit sekuat hatinya. Nasib baik tiada siapa yang berhampiran mereka, kalau tidak pasti ada yang menganggap Shima mabuk.

Wajah Hashim selamba sahaja tanpa berperasaan. Tetapi Iman tetap bersyukur yang ayahnya itu mahu menjenguk Azizah. Sekurang-kurangnya dia dapat melembutkan sedikit hati Hashim. Dia menepuk lembut bahu Hashim. Lelaki paruh baya itu mengeluh.
"Zah...aku datang ni..., aku cuma nak bagitau kau..., yang aku dah maafkan kau...aku dah halalkan segala makan minum kau... apa yang kau buat pada aku...aku dah ikhlaskan..., aku harap hati aku akan tenang bila maafkan kau..., aku juga nak minta maaf dekat kau..jika selama aku jadi suami kau...aku ada berbuat dosa yang aku tak sedar...maafkan aku..," Iman manarik nafas lega bila ayahnya berkata begitu.
Tit!!!! entah kenapa, tiba-tiba mesin hayat yang di gunakan Azizah berbunyi nyaring.
" Doktor!!!..Doktor!!!," Iman menjerit memanggil doktor, manakala Aryan menarik kerusi roda Hashim keluar dari bilik wad. Tidak sampai seminit, Doktor dan dua orang nurse tiba di situ.
" Puan boleh tunggu di luar ye..," Iman hanya mampu mengangguk bila nurse menyuruhnya keluar dari bilik.
" Kenapa Hamani?," Huda bertanya. Dia baru selesai menyusukan Wafi. Iman menggelengkan kepala sebelum memeluk Huda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience