BAB 31

Romance Completed 15169

Suria hanya memerhati Afiq membantu emak membawa bekas berisi lauk pauk yang bakal dihidang untuk rombongan meminang nanti. Dia tiada angin mahu membantu. Lagipula selesai saja mengemas rumah tadi emak memintanya bersiap. Nak tak nak terpaksa juga dia menyarung pakaian baju kurung berwarna putih penuh dengan manik-manik berwarna warni sekitar dada itu ke badan. Selepas itu, kawan baik sekampungnya, Marlia membantunya memakai make up. Terasa macam mukanya itu sudah rupa kain kanvas yang dengan sesuka hatinya diconteng dengan pelbagai warna. Namun kerana dia percayakan Marlia, dia biarkan saja. Selesai semuanya, dia memandang ke cermin. Terpukau, tapi macam tak kena saja.

“Kau ni tak pernah bersolek, bila dah macam ni mesti la rasa tak selesa. Tapi percayalah, okay apa. Cantik.”

Marlia memuji. Bukan memuji Suria sebenarnya, tapi memuji bakat diri sendiri!

“Adik…amboi…lawanya. dah siap? Sekejap lagi rombongannya sampai.”

Pak su menyelak langsir biliknya. Suria sudah hampir menangis.

“Heh. kenapa ni. Bukan kena kahwin sekarang pun. Nak bertunang je.”

Pak su menenangkannya. Setelah itu pak sunya senyum, dan berlalu pergi. Suria menahan agar air mata tidak keluar. Oh. sudahlah. Dia malas mahu fikir. Dia terima saja. Susah juga kalau ramai sangat yang suka, sampaikan macam dah berebut-rebut siapa cepat dia dapat dah. Terasa diri macam barang lelongan pula. Ni sebab nak berebut siapa cepat dia dapat la ni, Cikgu Syarif sanggup datang sejauh ini secepat ini. Baru saja habis praktikum dua minggu. Aduh. Syamil.Syamil memang tak ada peluang dah bila pak ngah membantah. Tawfiq. mungkin sudah mengalah bila pak su mengkhabarkan berita rombongan ini kepadanya. Suria ketap bibir. Malas lagi nak fikir apa-apa. Apa nak jadi, hadap ajalah nanti. Bertunang aje pun.

Dia harap-harap, nanti semuanya ni takkan jadi. Tak jadi kahwin! Ikhlas, dia tak mahukan Cikgu Syarif. Bukan tak mahu tapi sukar nak bukak hati bila di hatinya sudah terkunci rapat, dan didalamnya, sudah terperangkap sebaris nama lain, Mohd Syamil Syakir!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience