BAB 10

Romance Completed 15169

Suria memuncung. Ingatkan banyak sangat barang dia nak cari. ini, setakat barang peribadi yang kecik-kecik tu, dengan barang mandi segala bagai, dekat kedai depan rumah pun boleh beli. adoiiiiiiiii.

“Muncung…ajar la buat macam tu selalu.”

Tegur Syamil bila dia perasan wajah muncung Suria.

“Penat. nak beli barang-barang tu pun lama. Kalah orang perempuan.”

Komennya. Syamil senyum.

“Abang cari minyak wangilah. Minyak wangi dah habis.”

Ujarnya.

“Habis tu mana minyak wanginya?”

“Ni nak pergi cari la ni. kat tingkat atas tu.”

Dia menarik lengan baju Suria. Gadis itu hanya mengikut. Kaki sudah terasa penat. Dia hanya memerhati Syamil yang sedang meneliti rak yang menempatkan minyak wangi, dari yang berjenama hinggalah yang biasa-biasa saja. Sambil-sambil menanti, dia membuang pandang keluar. Matanya membuntang bila melihat Cikgu Syarif sedang tersenyum ke arahnya.

“Hai.”

Sapanya. Syamil yang mendengar ada orang menegur Suria, lantas berpaling.

“Cikgu.shopping ke?”

Soal Suria, sekadar berbahasa.Cikgu Syarif menganggguk.

“Kebetulan rumah memang dekat-dekat sini je.”

Jawabnya.

“Sue?”

Syamil datang mendekat. Cepat pulak dia selesai membeli.

“Oh.abang. Ni, Cikgu Syarif. Cikgu yang tumpangkan orang dulu, ingat tak? Err.cikgu, ni Syamil, abang…sepupu saya.”

Suria membuat sesi perkenalan. Kedua-dua lelaki itu bersalaman dengan senyuman di bibir.

“Saya tinggal dengan keluarga abang Syamil dekat sini. Keluarga pak ngah saya.”

Terang Suria lagi. Cikgu Syarif mengangguk. Setelah itu dia meminta diri.

“Jom balik.”

Ajak Syamil. Suria mengerut dahi. Balik???

“Dah sudah ke?”

Soalnya. Takkan tak nak bawak pergi makan-makan ke…

“Ada nak beli apa-apa ke?”

Soal Syamil. Matanya masih memandang-mandang ke arah yang dilalui Cikgu Syarif tadi.

“Ermm…”

“Nak pergi mana?”

“Kedai buku???”

Pinta Suria. Syamil cebik.

“Boring.”

“Okay. Fine. Jom balik.”

Suria melangkah ke depan, mencari pintu keluar.

“Tak elok merajuk. Okay, kedai buku, jom!”

Syamil memberi kata putus. Suria senyum lebar. Entah kenapa dia rasa makin lama makin pelik dengan abang sepupunya ini. Eh tak, makin lama makin pelik dengan dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience