BAB 4

Romance Completed 15169

“Selamat pagi cikgu.”

Sapa seorang pelajarnya. Dia membalas dengan ucapan yang sama. Sudah masuk minggu kedua dia di sini. Segalanya berjalan lancar. SMKCB ini adalah sekolah baru, pelajarnya pun tidak sampai 600 orang. Guru-guru pula hanya lebih kurang 50 orang saja. Suria dapat menjalani hari-harinya dengan baik di sekolah ini. Masalah-masalah biasa itu perkara normal. Berhadapan dengan guru-guru yang suka berlagak, berhadapan dengan pelajar-pelajar nakal, sudah menjadi kebiasaan sejak dua minggu di sini. Tapi dia tidak kisah, dia di sini atas tanggungjawab tersendiri. Selama 16 minggu ini, dia mesti bertahan. Apa pun pandangan orang, takkan jadi masalah buatnya. Kerana empat tahun merantau di negeri orang, dia sudah kenal pelbagai ragam manusia. Apa nak pelik. Biasalah, ada yang baik, ada yang tak berapa nak baik.

“Sue.lajunya jalan. Tunggula akak kejap.”

Kak Dila memanggilnya dari belakang. Dia menoleh, lantas kakinya berhenti melangkah.

“Eh.akak.tak perasan.”

“Dah makan tak?”

Soal Kak Dila. Suria geleng. Dia baru habis kelas. Jam dikerling. Sudah dekat pukul 10.

“Jom la, sekali. Akak nak pergi kantin ni.”

Pelawa Kak Dila. Suria angguk. Biasanya memang dia makan dengan Kak Dila. Kak Dila pun selalu sorang-sorang je, kadang-kadang je keluar dengan guru-guru yang lain.

“Okay ke tak sekolah ni?”

“Okay.macam biasa.”

“Ada apa-apa masalah, bagitahula ya.”

Ujar Kak dila lagi. Suria senyum. Kak Dila memang baik. Dia adalah Guru Kanan Bahasa, biliknya ada di tingkat dua, di bilik guru-guru kanan. Tapi dia tidak pernah berlagak. Guru-guru yang baru mula kerja setahun dua kat tingkat atas tu pulak yang berlagak lebih.

“Cikgu Syarif kirim salam.”

Kak Dilla tersenyum-senyum semasa menyampaikan perkara itu. Suria membulatkan mata. Cikgu Syarif? Bibirnya tersenyum perlahan. Guru lelaki paling muda di sekolah ini! Agak handsome, dengan kulit putihnya itu dan warna matanya yang coklat cair itu. hmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience