BAB 33

Romance Completed 15169

Matanya baru saja nak tertutup bila Afiq memanggilnya dari luar bilik.

“Kak, telefon ni, dah banyak kali berbunyi.”

Afiq menghulurkan kepadanya. Tidak sedar pun dia meninggalkan telefonnya di atas peti ais di dapur tadi. Direnungnya skrin telefon. 3 misscall; Mr. Charming. Suria mendengus. Buat apa nak telefon. Bila dah siap semuanya, baru ada hati nak call? Dah tak ada guna. Syamil pengecut! Eh. takk.dia cuma mematuhi keinginan pak ngah, orang yang wajib dia taati kerana dia hanyalah anak.

Suria menghempas telefonnya atas katil. Kembali merebahkan diri, memejam mata. Sekali lagi telefon berbunyi. Dia merenung lama. Hati tetap berebar untuk menjawab.

“Hello.”

“Dah tidur?”

Soal orang di talian.

“Baru nak tidur.”

“Awalnya.”

“Ikut suka oranglah.”

“Tak baik berkasar dengan abang.”

Ujar suara itu. Suria mengeluh kecil. Dalam keadaan macam ni la dia nak buat perangai.

“Yes, Tuan Leftenan Komander Mohd Syamil Syakir, maafkan saya. Ada apa-apa yang penting?”

Soalnya, malas. Kedengaran Syamil ketawa di talian.

“Dah lama tak dengar Sue panggil macam tu. Marah la tu.”

Ujar Syamil lagi. Suria diam.

“Ada apa ni.cakap la cepat. Orang nak tidur.”

“Tak ada apa-apa. Saja nak pastikan tunang tersayang dalam keadaan baik-baik saja.”

Talian kemudian putus. Suria yang dalam keadaan separuh mengantuk terasa bagaikan disiram air batu. Apa yang Syamil cakap tadi? Dia cuba mengingat balik. Bila dia yakin, matanya terbeliak. Ya Allah. Biar benar!

Suria berlari keluar dari bilik. Dia mencari emak. Emak sedang solat Isyak berjemaah dengan abah. Aduh. Dia keluar ke muka pintu. Mencari pak su. Kot-kot ada di beranda rumah opah. Hah. Ada.

“Pak su…”

Dia memanggil perlahan. Pak sunya yang sedang leka dengan telefon pintar di tangan menoleh. Angkat kening. Bertanya kenapa.

Suria memanggilnya. Pak su lantas bangun dan turun dari rumah opah.

“Kenapa ni?”

Soalnya lembut.

“Baik pak su cakap, siapa sebenarnya tunang orang.”

Dia merenung pak su tajam. En. Syahmi ketawa besar tiba-tiba.

“Pak su….”

Rengek Suria. Geram dia dengan pak sunya.

“Prince KD awak la. Oh ya, dia pesan, suruh pak su tengok-tengokkan buah hati dia ni. Dia cakap, hujung minggu depan dia balik sini.”

Jawapan pak su membuatkan Suria mahu menjerit gembira. Tapi sudahnya dia menutup mulut agar lontaran jeritan itu tak kedengaran. Serta merta air matanya bertakung di kelopak mata.

“Pak su jahat…tipu orang.”

“Pak su mana ada tipu. Pak su tak sebut pun nama orang yang nak jadi tunang adik tu.”

“Pak su cakap dia dari Manjung.”

“Betul la. Sebut Beruas, nanti tak ada thrill.”

Sela paksu. Suria mencubit bahunya lembut. Dia tergelak. Suria memuncung. Tapi dalam hati bahagia.

“Kenapa dua beranak ni.”

Soal En. Syukri. Suria tunduk. Malu kalau abah tau. Pasti kena usik. Dia renung pak sunya. Beri isyarat berupa amaran. Pak su kulum senyum.

“Paham-paham aje la anak abang.manja tak sudah.”

Jawab pak su. Suria senyum kecil. Dia memandang abahnya.

“Bah, thank you.”

Ucapnya sambil berlalu menuju rumah opah. Abahnya terpinga-pinga. Pak su bantai gelak. Menggeleng-geleng kepala.

Suria memberi salam, lantas melangkah masuk ke rumah opah. Mak ngahnya sedang berbual dengan opah sambil-sambil mengurut kaki opah. Suria mendekati mak ngah.

“Kenapa ni sue?”

Soal Puan Nora. Lembut seperti biasa. Suria mencapai tangan mak ngahnya.

“Terima kasih mak ngah.”

Ucapnya ikhlas. Puan Nora yang mengerti, tersenyum. Dia memandang suaminya. En. Syakir sedang tersenyum ke arahnya. Suria mendekati pak ngahnya. Tangan lelaki itu dicium.

“Pak ngah. terima kasih.”

Ucapnya. Sebak. En. Syakir angguk. Suria terasa kepalanya diusap lembut. Bila dia angkat wajah, pandangannya kabur dek air mata. Pak ngah menyapunya membuat dia terkedu. Rasa kasih pada pak ngah makin bertambah.

“Kalau manja macam ni, nanti asyik kena buli saja la dengan tuan leftenan kita yang berlagak tu.”

Tiba-tiba pak su bersuara. Semua yang ada ketawa lepas. Suria tersipu, menyembunyikan wajah di balik badan opah yang turut sama ketawakannya. Ya Allah. Benarkah semua ini, bukan mimpi? Dia pandang wajah pak ngah. Kenapa pak ngah setuju? Bukankah pak ngah membantah dulu???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience