BAB 6

Romance Completed 15169

Suria terkocoh-kocoh keluar dari bilik. Hari ni masih tak tau lagi nak pergi dengan apa. Niat di hati macam nak mintak tolong abang handsome berlagak tu hantarkan. Tapi mahukah dia? Nak mintak tolong Pak Mat, dia masih belum sampai. Nak mintak pak ngah hantarkan, macam segan pula. Dia menoleh ke arah bilik sebelah. Tertera perkataan ‘Leftenan Komander Mohd Syamil Syakir’. Ceh. Baru perasan ada tag nama ni kat pintu. Punya la berlagak, kat rumah pun nak buat macam pejabat ke. Macam la pak ngah dan mak ngah tak tau itu bilik dia. Macam la pulak ada tetamu nak datang cari dia kat rumah macam cari dia kat pejabat. Huh. Dia menghampiri pintu bilik itu. Agaknya dah bangun ke belum ni.

Baru saja nak ketuk pintu, ia dah terbuka dari dalam. Kedua-dua nampak terperanjat. Suria terpana melihat lelaki itu yang nampak segak walaupun hanya dengan berkain pelikat dan baju t lengan pendek hijau gelap tanpa kolar. Anak rambutnya nampak basah.

“Err…”

“Hmm…nak apa. skodeng anak bujang orang?”

Suria ketap bibir. Pagi-pagi dah mula nak perang.

“Err…a…”

“Yes dear.nak apa ni?”

Soalnya, menukar ton suara. Suria terkelu. Aish. Apsal tetiba masuk ton romantik nih?

“Hmm…”

Dia membetulkan suara.

“Abang boleh hantarkan orang pergi sekolah tak hari ni…?”

Soalnya lancar. Hah. laju bukan main. Syamil angkat kening.

“Should i?”

Soal Syamil, jual mahal. Padahal dia sudah tidak larat menahan senyum melihat riak wajah Suria.

“Erm. okay, never mind.”

Ujar Suria lantas mengorak langkah mahu turun. Tapi…. Tapi tangan dia dipegang. Membuatkan dia berpaling, dalam keadaan kelu.

“Apa yang akan abang dapat kalau hantar Sue?”

Soalnya, sambil mempamer senyum. Suria diam, tiada jawapan, namun tetap menarik tangannya dari pegangan Syamil. Syamil tergelak kecil.

“Okaylah cikgu Suria. Saya hantarkan. Jom.”

Dia melangkah turun tanpa menanti Suria. Suria hanya memandang. Pelik. Kunci memang sudah tersedia dalam genggaman tangan lelaki itu bila dia mendengar bunyi kunci berlaga antara satu sama lain ketika lelaki itu melangkah menuruni tangga. Eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience