BAB 23

Romance Completed 15169

Syamil mempamer wajah masam. Dari tadi senyap. Hanya tekun memandu. Pak su diam saja di sebelah. Ada sesuatu yag tak kena dengan anak-anak saudaranya ini. Tapi dia diamkan saja.

“Bila habis dik?”

Soal pak su, mengelak susasana sepi. Tawfiq sudah pulang ke rumahnya beberapa minit yang lalu.

“Lebih kurang 4 minggu lagi. Seminggu lagi, Prof nak datang, last observation. Lepas tu, orang merdekaaaaa”

Ujar Suria, ceria dalam takut. Pak su senyum.

“Pak su…”

“Hmm…?”

“Bila nak kahwin? Tadi yang call pak su tu, awek eh?”

“Hmm…”

“So?”

“So what?”

“Kahwin…?”

“Cuti sekolah ni.belum bincang dengan opah lagi pun.ingat nak kahwin terus.”

“Oh.”

“Kawan pak su tadi tengah cari orang nak buat bini jugak.”

Luah En. Shahmi. Suria teguk liur. Tetiba rasa lain macam ni.

“Pak su tolong carikan la.kawan-kawan awek pak su ke?”

Cadangan bernas. Suria senyum.

“Dia tak mahu orang kerja pejabat. Apa lagi sama tugas dengan dia. Dia suka adik.”

Suria memandang paksunya. Pandangan mereka bertemu. Wajah Suria memerah. Gila je.

“Tua la kawan pak su tu.”

Syamil mencelah tiba-tiba.

“Baru 29. tua dari awak setahun.”

Jawab En. Shahmi. Syamil senyap. Suria diam tiba-tiba. Kata-kata pak su buat dia serammmm. Kawan pak su? Memang handsome, dengan cermin matanya itu, dengan kulit sawo matangnya.tapi…ish. dia menjeling pak su. Pak su melakar senyum. Nakal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience