BAB 14

Romance Completed 15169

“Terima kasih sekali lagi sebab kamu semua jadi murid yang sangat bagus hari ni.”

Suria berkata sambil memandang anak-anak muridnya dalam bentuk Z. Senyuman di bibirnya masi terukir manis.

“cikgu.selalu pun kami memang dah bagus.”

Azreen bersuara. Kembarnya si Azree pula menyokong.

“A’ah. Bagus dan pandai.”

Katanya. Suria menyembunyikan senyum agar tidak menjadi terlalu lebar senyumannya.

“Ye.cikgu tau.memang anak-anak murid cikgu ni baik-baik dan pandai-pandai belaka. tapi hari ni terlebih baik pulak. Pensyarah cikgu pun puji. haa.kan bagus kalau jadi baik, semua orang suka.”

Katanya, sambil memandang ke arah Azreen. Hero dalam kelas.

“Cikgu….boring la kalau jadi baik ni…”

Suara Amira kedengaran. Suria memalingkan wajah. Menahan senyum. Oh, ini ke yang mereka rasa bila kena jadi baik dari biasa? Patutlah dalam kelas selalu je bising.

“Hmm…macam tu pulak.”

Ujarnya sambil memadam papan putih. Dia hanya menanti loceng waktu rehat berbunyi saja.

“Weh.rehat jom.lagi tiga hari dah nak puasa, nanti tak boleh makan dah kat kantiin.”

Suara Nassem kedengaran bila loceng berbunyi. Suria geleng kepala. Nama saja budak tingkatan satu tapi.

“Okay kelas, jumpa lagi hari Jumaat ni ye.”

Suria melangkah keluar setelah pelajarnya memberi ucaan terima kasih. Bibinya senyum. Puas hati dan gembira bila Prof Zain memujinya tadi. Sekali lagi penyeliaan akan dilakukan, iaitu selepas raya nanti. Selepas tu dia merdeka.hahahah

‘Selamat pagi cikgu’

Kedengaran dari telefon bimbitnya. Dia mencari telefon dari dalam beg tangan. Bibirnya senyum melihat tulisan di skrin.

1 new message; Prince KD. Unlock. Exit. Dia lantas menekan unlock, dan menekan view.

>dah selesai observed?

Eh.tiba-tiba terasa di kembali ke padang penuh bunga warna warni. Dia mesej sebab nak tanya pasal tu? Wah…prihatin.

>baru je. happy.

>baguslah.saja tanya, kot-kot ada yang dok menangis dalam jamban sekarang ni.

Eik? Pulak. tiba-tiba padang penuh bunga jadi macam dalam lori sampah Majlis Daerah Manjung! Ceh!

>nangis-nangis ni apahal.tengok orang la…

Dia membalas jua. Geram. SMSnya tidak berbalas lagi selepas itu. Tapi bibirnya tetap tersenyum. Ingat pulak Syamil hari ini dia kena selia. Hmm. entah kenapa….hati mula ditumbuhi bunga…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience