BAB 9

Romance Completed 15169

Bangun saja pagi itu, dia terus menuju dapur. Bersarapan. Macam biasa. Hujung minggu begini biasanya pak ngah pun ada sekali.Tapi bila dia turun, hanya Kak Mira dan Puan Nora saja yang ada.

“Selamat pagi cikgu.”

Ujar Puan Nora bergurau. Suria senyum manis.

“Mak ngah ni…. Pak ngah mana mak ngah?”

Soalnya ramah, sambil menarik kerusi dan duduk.

“Keluar, ada urusan kecemasan dekat pejabat. Syamil pulak, lepas sarapan tadi terus naik ke bilik, kemas barang katanya.”

“Eh.abang Syamil dah habis cuti ke?”

“Lusa dah start kerja.”

“Balik Labuan semula la ye?”

“Takla sayang… Lumut je. Pangkalan TLDM tu. Kan dah lalu situ semalam.”

Suara Syamil! Suria memandang Syamil semacam. Sayang? Sedap-sedap mulut dia. Dahlah depan mak ngah. Mak ngah memandang hairan pada Syamil. Sejak bila anak dia dah berubah jadi macam ni ni? Biasanya kalau dengan perempuan, tingkahnya macam kayu! Cuma kayu ni terlebih handsome.

“Erk…”

Suria tidak terkata. Kak Mira senyum-senyum sambil menghulurkan mee goreng yang diletak sambal kerang kepadanya.

“Ma, Mil nak ajak Suria keluar, boleh? Kejap je ma.”

Pinta Syamil. Suria yang sedang menyuap makanan, terkaku seketika.

“Pergi mana?”

Soal Puan Nora.

“Cari barang sikit nak bawak pergi Lumut. Dekat Tesco Manjung tu je pun. Tak pun kat Giant.”

Jawabnya, masih mengharap. Suria cuma diam. Puan Nora memandang Suria. Suria anak saudaranya, Syamil anaknya. Dua-dua nak kena jaga.

“Mama tak nak ajak pulak.”

“Err.ala.nanti mama penat jalan sana sini.kesian.”

Jawab Syamil lancar sambil menyengih. Puan Nora menggeleng kepala. Dia pandang Mira. Mira angguk saja.

“Jangan lama-lama sangat. Jangan buat benda bukan-bukan.”

“Lah, benda bukan-bukan apa pulak.”

“Mana tau.awak tu memang la anak mama, tapi tetap lelaki.”

“Mama ni, ke situ pulak. Mil ni sebaik-baik anak, boleh pulak tak percaya.”

Syamil menjawab, senyum manja. Puan Nora senyum mendengar jawapan anaknya. Saja dia mahu mengingatkan Syamil.

“Jaga Suria.”

Pesan Puan Nora ketika mereka sudah mahu bergerak keluar sebaik saja Suria selesai makan dan bersiap. Tak banyak kerenah pula dia hari ini bila diajak menemani Syamil. Mungkin kerana hatinya mula terasa sesuatu. Sayu pula bila tau Syamil sudah mahu mula bekerja. walaupun di Lumut saja, pasti sudah jarang berjumpa. Eh, Suria, apa kena ni!!!????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience