BAB 3

Romance Completed 15169

Ketukan di pintu kedengaran. Kuat benar. Apa stail mak ngah ketuk pintu macam tu ke? Dia yang baru nak masuk alam mimpi dengan lebih jauh terkocoh-kocoh bangun dan membuka pintu. Tudungnya yang tidak ditanggal tadi sudah herot benyot. Melihat saja gerangan yang sedang berdiri di depan matanya, dia terasa bagaikan sedang berada di sebuah padang yang dipenuhi bunga-bunga nan indah! Oh.

“Mama panggil minum petang. Petang-petang pun tidur ke?”

Suara dingin lelaki yang tersangat kacak menyebabkan padang yang penuh bunga-bunga itu berubah menjadi sebuah stor yang gelap tanpa cahaya. Huh. Mulut dia ni.

“Kejap lagi orang turun.err…ni abang Syamil kan?”

Soalnya, dan lantas lelaki itu tersenyum sinis.

“Sejak bila pulak mak ngah dan pak ngah awak ada anak lain?”

Amboi…dia ni… Suria mengetap bibir perlahan. Mana berani tunjuk depan-depan. Dia akhirnya menutup saja pintu biliknya dengan hati membengkak. Bukan Suria tidak kenal anak pak ngahnya. Tapi kali terakhir dia berjumpa abang Syamil adalah semasa tiga tahun lepas. Semasa hari raya kat rumah opah. Lepas tu, abang Syamil kena bertugas dekat Labuan, sekarang dah masuk tiga tahun dia kat Labuan. Selepas tu, kalau Suria pergi rumah pak ngah pun, dia tidak akan berjumpa dengan abang Syamil. Takkan la tiga tahun berubah benar wajahnya. Nampak makin….kacak. Mungkin sebab dah makin berisi sikit kot, atau mungkin sebab umur dah makin banyak kot, tu yang menyerlahkan kehandsomannya tu. Biasalah, ambik baka pak ngah, kan.

“Kenapa lama sangat.selagi awak tak turun, selagi tu saya ni kena ulang alik panggil awak, tau tak. Entah apa la yang dia buat dalam bilik tu.”

Kedengaran lagi suara dari luar bilik. Suria tersentak. Alamak!!! Dia kembali ke pintu dan membukanya,

“Kejap la. Orang nak mandi dulu. Abang turun la dulu. Cakap kat mak ngah.”

Jawabnya, lepas. Syamil angkat kening, lantas turun. Suria mencebik. Awak saya? Sejak bila ni??? Ek eleh. Dulu elok je berabang dengan dia. Makin handsome makin berlagak tak kenal sepupu ke?? Manusia manusia. macam la handsome sangat. Aaron aziz laaaaaagai handsome. Dia lantas mencapai tuala, menuju ke bilik mandi di dalam bilik itu. Mandi tidak sampai 15 minit dia sudah keluar, bersiap dan bersolat, lantas menyarungkan tudung kembali, segera melangkah keluar dan turun ke laman. Pak ngah dan mak ngah nya serta abang sepupunya yang berlagak tu. Dia menarik kerusi. Pak ngahnya menhulurkan cawan kepadanya.

“Suria nanti ulang alik pergi sekolah, pakai motor yang kat sana tu. Motorsikal tu tak ada siapa guna. Pak ngah je kadang-kadang pakai kalau nak keluar beli surat khabar. tu pun kadang-kadang je, biasanya Pak ngah mintak Pak Mat belikan.”

Encik Syakir bersuara sambil menunjukkan ke arah sebuah motorsikal berwarna hitam. Hmm. boleh tahan. Keluaran Honda yang terbaru.

“Ada lesen ke… walaupun dekat tapi kalau bawak tak ada lesen, sempat jugak masuk longkang nanti.”

Suara seksi paling tak sedap didengar tu kedengran sudah. Suria diam saja.

“Ada?”

Pak ngah menyoal. Suria mengangguk. Lesen kereta pun orang ada la. Lesen lori je tak sempat nak buat! Jawabnya dalam hati, ditujukan pada Syamil sebenarnya. Mana boleh cakap depan-depan! Seram tengok muka dinginnya.

“Senangla macam tu. ambik saja motorsikal tu.”

“Err.tak menyusahkan ke nanti…”

Soal Suria ragu-ragu. Pak ngahnya terlalu baik, terlalu menjaga kepentingannya.

“Tak ada yang menyusahkan pun, Suria. Motorsikal tu tak ada siapa nak guna. Pak ngah, ke pejabat, pak mat hantar pakai kereta. Motorsikal tu, terperuk je kat situ, melainkan hujung minggu je pak ngah naik sekali sekala, keluar pergi pekan.”

Puan Nora menambah.

“A’ah. berdating dengan mak ngah naik motor, best jugak.”

Sela En. Syakir. Suria tergelak. Suara gelaknya membuatkan seorang lelaki mengangkat wajah memandangnya. Serentak padangan mereka bertemu. Tapi cepat pulak lelaki handsome tapi kayu tu alihkan anak matanya.

“Thank you pak ngah. Mak ngah.”

Ujar Suria sambil mengukir senyum. En. Syakir senyum manis. Puan Nora mengusap lembut lengannya.

“Kami ni dah tak ada anak lain. Ada anak lelaki sorang je. Kamu ada ni, boleh la hilang rindu sikit dekat arwah Aina.”

Suara sendu Puan Nora kedengaran. Suria diam, mengemam bibir. Arwah Aina? Sepupunya yang muda dua tahun darinya, meninggal lima tahun lepas dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari sekolah.

Sudahnya Suria hanya mampu membalas sentuhan di tangan mak ngahnya lembut. Menenangkan hati mak ngahnya. Pasti kehadirannnya di rumah ini membuat mak ngahnya rindukan Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience