BAB 35

Romance Completed 15169

~Mawar…mawar dipilis….~

“Abang betul cinta Sue ke?”

“Siapa abang, siapa Sue ni?”

Syamil menyoal. Hari itu hari pertama perkahwinan mereka. Tetamu baru saja beransur pulang sebaik saja waktu Asar tamat tadi. Sekarang dia baru saja selesai solat Isyak berjemaah dengan Suria.

“Err.”

“You, call me, Sayang.and I, call you, Darling.okay?”

Ucap Syamil. Muka mengada-ngada. Suria mencebik.

“Tak sedap la. abang la, lagi rasa hormat.”

“No, dah tu panggil Charming.”

“Perasan! Lagi tak nak.”

“Lawan cakap suami tu.”

Hidung Suria diketuk manja.

“Abang…”

“Okay…boleh tukar-tukar, abang dan sayang. and you, I’ll call you, darling. and singkatannya, maybe, Ling.Linn.whatsoever. okay?”

Ucapnya. Suria diam seketika. Angguk juga akhirnya. Macam budak-budak! Entah macam mana boleh dapat pangkat dua paku setengah kat uniform navy dia tu. Hati Suria mengutuk.

“Good. so, kenapa baru hari ni nak tanya?”

Soal Syamil.

“Hari tu tak sempat nak tanya, sebab pak su dah panggil pulang!”

Balas Suria membuat Syamil ketawa.

“Of course abang sayang Ling.cinta juga. Kalau tak, tak ada la nak suruh mama pinangkan cepat-cepat.tak tahan mental tau tak bila lepas satu, satu lelaki nak ambik peluang kat darling. Abang terus cakap kat mama abang suka Ling. Bimbang nanti dapat kat Cikgu Syarif atau kawan pak su tu.”

“Tapi papa bantah.”

“Luckily pak su ada.jadi superman.”

Suria senyum.

Syamil mencapai handphonenya. Senyum nakal terpamer di bibir bila teringatkan paksunya. Suria hanya memerhati. Pelik.

>Senyap saja kat rumah opah tu.buat apa. Takkan waktu macam ni dah masuk bilik.

Dia ketawa selepas butang send ditekan. Suria merampas telefpn pintar suaminya. Membacanya. Mata membulat.

“Tak senonohla abang ni cakap macamtu kat pak su.”

Teeett.teeet.

>Siapa yang dok kat bilik sekarang ni? Saya ke tuan Syamil??? Cuba keluar dulu, jangan dok gelojoh sangat. orang lain tengah syok makan ni.

Suria menampar kuat bahu Syamil setelah dia membaca balasan dari pak su. Syamil terpinga-pinga, lantas mengambil telefon dari tangan isterinya. Selesai membaca, dia tergelak kuat.

“Eeee…abang la ni punya pasal. Malu dah dekat pak su…nak keluar macam mana ni, takkan nak pakai purdah!”

Suria merengek, manja dan geram. Syamil senyum. Menarik Suria dekat dengannya. Dia pandang anak mata Suria. Sehingga Suria tidak selesa.

“Kenapa pandang orang macam tu?”

“Ling.tak ada orang-orang dah.”

“Ye lah, kenapa pandang macam tu sekali?”

“Sebab abang ada nampak sesuatu bila pandang mata Ling.”

Suria angkat kening.

“Nampak apa?”

“Nampak…something wonderful.”

Jawabnya romantik. Suria tersenyum. Menyalami tangan suaminya, dan bangun melipat telekung. Syamil yang baru berkesempatan melihat rambut isterinya bagaikan terpukau. Seingatnya, kali terakhir dia dapat tengok rambut Suria masa gadis itu tamat darjah enam!

“Apa lagi? Keluarla, nanti kena bantai lagi dengan pak su.”

“Abang nampak sesuatu lagi bila tengok rambut Ling.”

“Apa lagi ni.”

“Something….adorable.that ignite my sense of…desire…of…”

“Dah.dah.sayang, please, keluar sekarang. Orang nak sikat rambut, lepas tu orang keluar. Abang baik keluar dulu, nanti orang malula dengan pak su.”

Suria menolak tubuh suaminya mendekat dengan pintu. Syamil senyum. Manis.

“Okay darling.”

Dia kenyit mata. Suria mengurut dada. Debaran yang terasa tidak mahu hilang. Apakah. Hmm. dia menyikat rambut. Selepas itu, terus keluar ke ruang tamu rumahnya. Keluarganya, bersama pak ngah dan mak ngah, malah pak su dan isterinya sekali sedang berselera makan. Dia duduk di sisi suami, menyendukkan nasi dan lauk, lantas diberi pada Syamil.

Pak ngah dan mak ngah yang melihat hanya tersenyum bahagia. Suria memandang abah dan emaknya. Wajah emak yang berseri membuat hatinya lapang dan bahagia.

“Ingatkan dah kenyang.”

Suara pak su. Suria diam. Menunduk. Syamil gelak.

“Tak baik bercakap masa makan, tuan doktor.”

Balas Syamil. Pak su senyum. Dia pandang Suria. Kenyit mata. Suria senyum. Pak su direnung seketika. Sayang pak su giler-giler. Suria memandang semua yang ada. Hatinya bahagia saat itu. Bahagia melihat senyuman di wajah abah dan emak, bahagia melihat kemesraan pak ngah dan mak ngah terhadapnya, bahagia melihat telatah pak su dah buah hati kesayangan.dan bahagia bila melihat ke dalam mata suami tercinta yang suka merenung dan mencuri pandang.hmm.

“Nampak.something wonderful.”

Dia senyum mengingatkan kata-kata romantik itu. Ya Allah. terima kasih atas anugerahMu. Semoga jodoh ini jodoh yang kau berkati. Semoga kisah cinta Charming and Darling ini akan terus berkekalan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience