BAB 5

Romance Completed 15169

Suria menuju ke garaj tempat dia memarkir motorsikalnya. Hari ini terpaksa balik lambat disebabkan guru sukan, Cikgu Adlan meminta dia membantu menyiapkan laporan sukan yang baru saja selesai kerana pihak pemantau dari Pejabat Pendidikan Daerah akan datang membuat pemantauan Isnin depan. Nasib baiklah kerjanya tidak banyak. Namun dia tidak kisah, sekurang-kurangnya sambil-sambil buat kerja dia boleh menimba ilmu daripada guru sukan yang baik hati itu. Erm. Yang sorang ni pun handsome juga walaupun dah agak berumur. Hah. Gila kau Suria. Semua orang kau nampak handsome.

Sampai saja di pintu pagar sekolah, dia terasa ada yang tidak kena dengan motorsikalnya. Berat semacam. Dia memperlahankan motorsikalnya, dan saat itu juga seorang jaga sekolah menegurnya.

“Tayar belakang tu pancit tu cikgu.”

Suria menaikkan kening. Pancit? Aduh. Habislah kali ni. Takkan nak balik jalan kaki. Ada jugak 2 kilometer. Tak jauh mana tapi panas-panas begini……dia fikir dua tiga kali.

“Cikgu tinggalkan la motor kat sini. Saya call kawan saya. Dia kerja kat workshop depan tu.nanti saya suruh dia ambik bawak pergi bengkel dia tu.”

Cadang abang jaga tu lagi. Suria berfikir. Nampaknya terpaksa jugakla jalan kaki. Perlahan-lahan dia menyorong motorsikalnya ke tepi pondok keselamatan, memberi kepercayaan kepada jaga yang nampak mesra sejak pertama kali dia datang ke sini.

“Nanti dah siap, saya letak di sini jugakla. Esok insyaAllah cikgu dah boleh pakai balik motor ni. Saya mintak dia buat petang ni jugak.”

Ujarnya lagi. Suria mengukir senyum.

“Terima kasih bang. menyusahkan saja.”

Ujarnya berbahasa. Lelaki itu tersenyum.

“Alah.cikgu ni macam adik saya dah. Saya pun ada adik perempuan, sebaya cikgu. Tapi dia tak la pandai macam cikgu.kerja biasa saja.”

Suria malu dipuji begitu. Masyarakat masih memandang kerjaya guru itu sebagai kerjaya yang bagus, sering menganggap guru itu sebagia seorang yang sangat bijak dan disegani walaupun ada masanya kerjaya ini tercalar dengan pelbagai isu panas.

“Cikgu Suria.kenapa ni?”

Cikgu Syarif menurunkan cermin keretanya disebelah penumpang.

“Eh.Cikgu Syarif. Erm.motor ni tayar dia pancit pulak.”

“Habis tu macam mana?”

“Abang Amad cakap nanti dia mintak kawan dia uruskan.”

Ucap Suria sambil memandang abang jaga itu. Amad hanya mengangguk.Cikgu Syarif melempar senyum.

“Kalau begitu, cikgu Sue balik dengan apa ni? Sapa datang jemput?”

Soalnya lagi. Suria diam seketika. Balik dengan apa? Jalan kaki la nampaknya, sapa nak datang jemput.

“Jalan kaki je kot.depan sana saja. Tak jauh.”

Suria mengawal riak wajah. Tak jauh sangat ye. hah, mau patah ibu jari kaki kau nanti Suria oi.

“Eh…matahari terik lagi ni cikgu. Panas ni nak jalan kaki. Lagipun tak elok jalan sorang-sorang macam ni. Marilah saya tumpangkan.”

“A’ah.cikgu. Rasanya jalan Cikgu Syarif dengan jalan rumah mak cik cikgu tu sehala je.”

Celah Amad. Suria memang pernah memberitahu tempat tinggalnya ketika awal-awal dia datang melihat-lihat sekolah ini dulu. Rupanya Amad kenal juga dengan pak ngah, walaupun jarang-jarang saja bertegur sapa tapi bila disebut rumahnya, dia kenal.

“Oh. ye ke abang Mad? Erm…eloklah macam tu.mari la cikgu.”

Suria mula serba salah. Amad dipandang. Cikgu Syarif masih menanti. Amad hanya tersenyum. Dalam hati, menyokong Cikgu Syarif. Dia boleh agak, cikgu yang masih bujang trang tang tang tu macam ada hati dengan cikgu praktikum mereka ini. Dia pun lelaki juga, tengok bahasa mata tu pun dah paham.

“Ikut je la cikgu. bukan selalu. Tak apa eh, orang tak kata. Lagipun saya ada ni jadi saksi.”

Dia berlawak. Suria senyum. Akhirnya dia mengalah, melangkah masuk ke dalam kereta Proton Preve Cikgu Syarif.

Terasa macam lidahnya pendek tiba-tiba la pulak bila berdua-duaan begitu. Nasib baiklah Cikgu Syarif kemudiannya membuka siaran radio, Hit.fm. Siaran radio yang turut menjadi kegemarannya.

“Cikgu suka dengar radio ni ke?”

Soalnya, sekadar menghilang rasa kaku dan canggung. Cikgu Syarif memandangnya lantas mengangguk.

“Selalu dengar. kenapa? Cikgu suka jugak ke?”

Soal Cikgu Syarif pula. Suria mengangguk. Dia suka JJ dan Ean. Suara yang sangat romantic!

“Macam ada jodoh pula.”

Bisik Cikgu Syarif perlahan. Suria hanya senyum kecil. Cikgu ni kan, selalu buat dia berdebar!

Sampai saja di hadapan pintu pagar rumah En. Syakir, Cikgu Syarif memberhentikan kereta. Suria mengucapkan terima kasih sebelum dia keluar dari kereta. Saat dia keluar dari kereta, sebuah kereta Honda Civic keluaran paling terbaru, merayap mendekati pintu pagar. Dia buat tidak tahu saja. Orang handsome berlagak sudah balik dari jumpa awek agaknya. Kata mak ngah, lelaki itu cuti sebulan setengah selepas selesai kursus kenaikan pangkat. Hmm.

Syamil memandang semacam ke arah kereta Cikgu Syarif. Cikgu Syarif yang mahu berlalu sekadar mengangkat tangannya saja. Suria terus masuk menonong.

“Siapa tu? Motor mana?”

Soal Syamil, macam biasa, cakap tanpa ton. Suria berpaling seketika.

“Motor pancit.”

Jawabnya ringkas.

“Apasal tak call orang kat rumah ni.dok tumpang orang tu buat apa. Lelaki pulak tu.”

Tambah Syamil lagi. Suria garu pipi yang tak gatal. Macam bapak-bapak la dia ni. Abah pun tak bebel macam ni.

“Err. orang malas nak menyusahkan. Ingat tadi nak jalan kaki je, tapi dah ada Cikgu Syarif ajak tumpang, orang naik la. Lagipun, tumpang aja kan.”

Jawabnya, berani. Kadang-kadang tak boleh tahan juga mulutnya bila berhadapan dengan lelaki ini, walaupun tak banyak cakap, dingin semacam, tapi sekali dia keluar ayat, boleh berdesing telinga.

“Hmm…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience