BAB 16

Romance Completed 15169

“Bak sinila cendol tu sikit, orang tak puasa buat apa makan banyak-banyak.”

Bisik Syamil kepadanya ketika dia dengan sedapnya menyuap cendol yang dimakan dengan santan dan gula melaka. Sedappp. Suria mencebik. Geram dengan kata-kata Syamil. Hari ini, emaknya mengajak pak ngah sekeluarga berbuka di rumah. Syamil yang duduk di sebelahnya dipandang tidak puas hati. Nasib baik yang lain-lain semua sudah mula berganjak, bersedia untuk bersolat magrib. Hanya tinggal dia dan Syamil serta adik-adiknya saja, masih mahu makan.

“Abang ni.kan banyak lagi kat dalam bekas tu. Ambik je la.”

Jawabnya. Syamil buat muka.

“Tolonglah ambikkan.”

“Tak kenyang lagi ke?”

Soalnya. Namun mangkuk kecil di sisi dicapai jua lantas cendol yang lazat itu diisi juga dalam magkuk.

“Patutnya abang yang tanya Sue macam tu.”

Bidas Syamil. Suria diam. Geram. Syamil sengih.

“Amboi anak bujang ni.tak habis lagi ke.”

Puan Nora bersuara. Dia sudah mahu balik ke rumah opah. Opah dari tadi lagi balik, setelah selesai berbuka dengan semangkuk cendol. Katanya nanti kalau lapar nasik, selepas terawih dia datang semula.

“Kalau dah jumpa cendol mak long dia, sampai esok pun tak apa.”

Tambah En. Syakir. Syamil senyum. Puan Anis hanya memandang Syamil dan menggosok lembut kepala anak saudaranya itu.

“Makan la Mil. selagi ada.”

Ujarnya. Suria memandang emaknya. Syamil memang agak rapat dengan emaknya. Sudah emaknya suka melayan selera makannya.

“Dengar tu ma.apa mak long cakap?”

Ujar Syamil, mengenakan mamanya dan membela diri.

“Dengar.tapi kot ye pun, jangan sampai terlepas Maghrib ye, mama balik dulu.”

Puan Nora berlalu kelua dari pintu dapur. Jarak rumah opah hanya beberapa langkah saja. Dekat sangat.

“Nanti mak long ajar budak ni buat cendol macam ni ye.”

Ujar Syamil setelah selesai menghabiskan cendolnya. Suria membeliakkan biji mata.Puan Anis hanya senyum dengan telatah anak saudaranya. Dia tiba-tiba teringatkan arwah Aina. Anak saudaranya yang itu pun suka sangat cendol makan dengan santan gula Melaka begitu. Perlahan air matanya dikesat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience