BAB 12

Romance Completed 15169

Suria melangkah masuk ke dalam rumah lantas mengunci pintu. Rumah sunyi saja. Puan Nora biasanya ke kelas mengaji Al-Quran setiap petang selasa begini. Dia menuju ke dapur, mencari air sejuk untuk menghilangkan haus. Kak Mira sedang makan di meja makan.

“Kak Mira baru makan tengah hari ke? Dah dekat pukul 4 ni.”

Soalnya. Kak Mira hanya mengangguk.

“Banyak sangat kerja tadi. Kak Mira sampai lupa makan.”

“Ish.Kak Mira ni.makan pun lupa. Tak elok tau.”

Dia mencapai gelas, mahu mengambil jus mempelam yang tersedia di atas meja. Kak Mira cepat-cepat bangun untuk menuangkan kepadanya tapi dihalang.

“Kak Mira ni, suka layan orang macam tu. orang boleh buat sendiri. Jangan bimbang. Kak Mira makan je.”

Ujarnya, sopan. Kak Mira senyum, menyambung makan.

“Sunyi kan rumah ni, tak ada Tuan Syamil.”

Kak Mira bersuara setelah selesai makan. Suria senyum kecil. Mengakui kata-kata itu. Sunyi. Dah dua minggu Syamil mula bekerja. Dia berjanji dengan mak ngah akan balik setiap dua minggu sekali pada hujung minggu, tapi tak taula pulak betul ke tidak. Orang dah naik pangkat, entah-entah makin sibuk. Apa lagi duduk kat pangkalan utama tu.

“Puan kata dia tak jadi balik minggu ni. Lagi dua minggu dia balik. Ada tugas katanya.”

Sela Kak Mira lagi. Suria berdehem kecil. Kan dah kata. Hati tiba-tiba rasa rindu. Ah, sudah!

“Eh.Kak Mira, orang naik dulu lah.nak mandi.”

Dia meminta diri, tidak mahu membiarkan diri dibawa masuk dalam alam khayalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience