BAB 2

Romance Completed 15169

Suria memerhati sekeliling bilik. Cantik. Rumah pak ngahnya boleh tahan juga besarnya. Rumah banglo lima bilik. Suria mengukir senyum, menghirup udara petang di jendela sambil perlahan-lahan merebahkan badannya atas katil. wah, nikmatnya. Suria memejam mata. Membayangkan hari-hari mendatang. Empat bulan dia akan berada di sini. Kebetulan dia dapat menjalani latihan mengajar atau praktikum di sekolah berdekatan rumah pak ngahnya.

Bincang punya bincang, pak ngahnya menyuruh saja dia tinggal di sini, tidak membenarkan dia menyewa seorang diri di kawasan ini. Sudah rezeki, masakan mahu ditolak. Apatah lagi dia bukannya tidak biasa dengan pak ngah dan mak ngah. Mak ngah, kalau jauh-jauh begini, boleh menggantikan ibunya, walaupun sebenarnya memang tiada siapa dapat menggantikan tempat ibu. Huhu.

Tiba-tiba Suria terasa perutnya kecut. Tiba-tiba saja dia teringatkan tujuan sebenar dia di sini. Praktikum! Oh. macam mana la nanti. Sudahlah sorang-sorang. Entah macam mana dengan kehidupannya di sekolah itu nanti. Dua hari lagi, latihan mengajarnya akan bermula. Seram. Tiba-tiba terasa ada ‘rama-rama dalam perut’!

Dalam duduk mengelamun, dia terlelap juga. Hilang sudah niat nak mandi, apa lagi solat. Alahai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience