BAB 34

Romance Completed 15169

“Pak su tak cakap apa-apa. Pak su cuma cakap, perkahwinan sepupu tu tak salah. Ramai je orang kahwin sepupu, hidup bahagia, anak berjaya sampai ke universiti. Zeti Aziz tu, mak bapak dia sepupu. Ungku Aziz dengan Azah Aziz tu, sepupu, kahwin, dapat anak lawa bukan main lagi, Gabenor Bank Negara kita tu, dah la brilliant.cantik. Cuma satu sajalah kekurangan kahwin sepupu, kita tak bolah nak bina silaturrahim dengan keluarga lain. Sebab dua-dua keluarga suami dan isteri tu memang dah asalnya dari satu keluarga, so tak ada pembentukan hubungan baru, itu saja. Selain dari tu, okay saja. InsyaAllah, selagi tidak melanggari hukum yang Allah tetapkan.”

Ujar pak su. Suria memandang pak sunya. Rupanya pak su yang berjaya memujuk pak ngah.

“Pak ngah bukan bantah keras sangat, pak ngah tu pun sukakan adik, sudah anggap macam anak sendiri, pengganti arwah Aina.”

Tambah pak su lagi. Suria mencapai tangan pak su. Tangan itu disalami dan dicium hormat. Pak su tersenyum memandangnya.

“Terima kasih pak su.”

Ucapnya. Pak su angguk. Senyum lagi.

“Amboi.mengorat tunang kita.”

Suara seksi yang tidak sedap didengar sudah datang. Suria pantas menoleh. Dia ni suka tegur tanpa salam.

“Dalam keadaan sekarang ni, saya lebih berhak tau. Saya mahram dia. Awak tu bukan mahram, so, senyap-senyap saja…”

Bidas pak su. Syamil mencebik.

“Nasib baik pak sedara. kalau orang lain, dah lama kena tembak pakai…”

“Hah, tak payah berlagak sangat. Awak dapat dia pun sebab jasa pak su tau.”

Balas pak su lagi. Dia dengan Syamil memang begitu dari dulu. Syamil ketawa lepas. Suria diam, menunduk. Malu pula bila berhadapan begini. Dijelingnya sekilas kepada Syamil. Segak berseluar jeans gelap dan baju T hijau berjalur hitam lengan pendek berkolar.

“Tak payah dok tenung-tenung macam tu, berdosa. Tunggu cuti sekolah bulan 12 nanti, baru boleh tenung puas-puas.”

Ujar pak su. Suria membuntang mata. Syamil senyum lebar.

Cuti sekolah bulan 12? Erk. dah tak lama. Sekarang pun sekolah dah nak cuti. Dah masuk awal bulan 11. Eh. biar benar.

“Pak su???”

“Majlis sekali dengan majlis pak su. deal???”

Pak su angkat-angkat kening. Suria senyum.

“Deal.”

Dia menyambut huluran tangan pak su, bersalaman macam baru selesai buat deal dalam bisnes! Suria menoleh ke arah Syamil. Menyedari Syamil sedang merenung, dia menunduk dan berlindung di belakang pak su. Pak su senyum lebar. Geli hati betul dengan dua makhluk ni.anak sedara siapa entah!

“Jom balik.”

Arah pak su. Petang-petang Suria suka duduk tepi tali air, sekadar melihat-lihat alam. Biasanya kalau pak su balik rumah opah, dia pun dah jadi macam Suria. Macam hari ini.

“Err.pak su, Mil nak cakap dengan Sue kejap, boleh? Don’t worry, cakap aje.”

Syamil meminta izin. Pak su merenungnya tajam, tapi senyum selepas itu. Dia angguk.

“Cakap je.lepas tu balik. kalau tak…”

Dia membuat isyarat tembak dengan jarinya. Syamil ketawa kecil, mengangguk faham.

Syamil membetul-betulkan suara yang tiba-tiba jadi parau.

“Sue.”

Suria mengangkat wajah. Syamil ambil kesempatan merenungnya.

“You love me, do you?”

Soalnya, berani. Sekadar meminta kepastian.

“Wajib jawab ke?”

“Wajib, nak tau.”

“Nak tau? Jadi selama ni tak tau lah? Tapi berani pulak mintak mak ngah masuk minang?”

“Sebab ikut kata hati.”

“Kata hati abang cakap apa?”

“Dia cakap ‘Princess School’ cintakan Prince KD.”

Ujarnya tersenyum. Suria menekup mulut. Aduh. Prince. KD???

“Mana abang tau orang setkan nombor abang dengan nama macam tu?”

“Masa abang pinjam handphone dulu. Masa raya. Saja je sebenarnya.”

Suria diam tak terkata.

“And, you know what? Abang setkan nombor Sue dengan nama Princess School.”

Katanya. Suria membesarkan mata. Tak romantik langsung! Dia menahan senyum. Syamil mengenyitkan mata.

“Abang tau ke kenapa Prince KD?”

“KD, Kapal Diraja. Sebab tu abang letak nama Sue jadi Princess School. baru padan… muka.”

Ujarnya. Suria tergelak.

“So, berbalik pada soalan abang.do you??”

Ulang lagi. Suria tarik nafas. Hembus kuat-kuat. Angguk. Syamil senyum.

“Angguk je?”

“Yes.i do.and will always do.”

Tekan Suria, Syamil tergelak kecil. Wajahnya menggambarkan dia tengah bahagia. Tidak sangka semudah ini urusan jodohnya.

“Dah. balik oiiiiiiiiiiiiii.”

Suara pak su melaung dari rumah. Suria ketawa kuat. Syamil mencebik. Tapi langkah diatur juga ke rumah. Senyum-senyum. Hati bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience