BAB 15

Romance Completed 15169

Mereka dalam perjalanan balik ke kampung. Untungla, Suria tidak payah susah-susah beli tiket bas, sebab pak ngah sekeluarga pun tahun ni balik ke rumah opah. Rumah opah pulak, sebelah saja rumah abah. Kan senang…rezeki. Kalaulah kebetulan tahun ni pak ngah balik rumah keluarga mak ngah dekat Kuantan, alamatnya….

“Ada sape-sape nak pergi toilet tak ni?”

Soal Syamil selepas hampir kira-kira tiga jam memandu.

“Tak ada kot.”

En. Syakir bersuara bila melihat Suria dan Puan Nora di tempat duduk belakang menggeleng.

“Kita berhenti dekat R&R Titiwangsa je la ye.”

Cadang Syamil. Dia kalau memandu, malas nak berhenti-henti kalau dah tak ada kecemasan ni. Semua setuju, pemanduan diteruskan.

“Larat ke? muka pucat?”

Soal Syamil pada Suria ketika Suria baru balik dari tandas awam di R&R Titiwangsa itu. Puan Nora dan En. Syakir masih belum kelihatan.

“Okay je.”

“Nak bukak puasa?”

Soalnya, prihatin. Suria senyum. Dulu dingin, sekarang baik macam apa. Dia menggeleng. Nak bukak apa nya, dah memang dia tak puasa. Tapi hanya mak ngah je yang tau. Eh.pak ngah pun, kebetulan pak ngah terdengar perbulannya denagn mak ngah ketika sebelum bertolak tadi.

Selepas semuanya datang, mereka bergerak lagi. Sudah tidak jauh mana kalau dah sampai di hentian ini.

“Suria kalau nak makan, tu ambik roti dekat dalam poket kerusi tu, ada mak ngah letak. Muka tu pucat sangat dah.”

Puan Nora berkata sambil memandang Suria. Suria ketap bibir. Alamak.ada risiko rahsia nak pecah! Malu.malu.

“A’ah. makan sajalah.ada lesen untuk tak puasa tak apa. Pak ngah larat lagi.sayang nak bukak.”

Tambah En. Syakir pulak. Aduh. Suria sekadar sengih. Dia sempat mencuri pandang ke cermin pandang belakang. Eh.anak mata Syamil sedang memandang ke arahnya. Hah! Terasa macam ada bara kat pipi. Panas. Panas.

“Pucat saja muka tu. Baik makan. Tak apa, bukan pak ngah dan mak ngah nak terliur pun bila tengok kamu makan.”

Cadang mak ngah sambil megusap lembut lengannya. Suria diam. Segan sebenarnya. Sebab ada Syamil la. Kalau setakat pak ngah je tau, tak kisah sangat. Seumur hidupnya, kalau dia tengah ‘bercuti’, abahnya pun tak pernah tahu, melainkan kalau dah tak boleh sembunyi.

“Makan je la. tu pun nak malu.”

Syamil dah mula bersuara. Suria gigit bibir. Laju pulak tangannya mencubit bahu Syamil yang sedang memandu. Namun cepat pulak dia mengelak. En. Syakir hanya menggeleng sambil tersenyum. Mak ngah tiba-tiba mengesat air mata.

“Mama?”

Syamil menegur mamanya.

“Awak kenapa, Nora?”

“Teringatkan Aina.”

Jawabnya perlahan. Suria diam. Dia pandang cermin. Berpandangan dengan Syamil lagi. Suasana terus jadi senyap. Suria menggosok lembut lengan mak ngahnya sambil menyandar kepalanya di bahu wanita pertengahan empat puluhan itu. Sesekali Syamil memadang dari dalam cermin padang belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience