BAB 29

Romance Completed 15169

En. Shahmi memandang wajah Suria. Muram saja anak dara termenung tepi tali air belakang rumah. dia mendekat. Duduk di sebelah. Suria diam tidak berkutik. Tidak pasti pak su sudah tahu perkara ini atau tidak.

“Antara anak saudara, dengan kawan, pak su mesti utamakan anak saudara.”

Kata-kata pak sunya membuat dia tertanya-tanya. Dia berpaling mengadap pak su. Sejak semalam pak su ada kat rumah opah, hari Jumaat dan Sabtu biasanya pak su balik rumah opah sebab tak kerja.

“Apa.maksud pak su?”

“Mak ngah dah bagitau pasal Syamil dengan adik. pak su sokong Syamil.”

Suria merenung wajah kacak pak sunya.

“Orang tak tau apa yang orang rasa.”

“Tak tau nak pilih.Tawfiq, Cikgu Syarif, Syamil?”

Duga paksu. Dia senyum mengusik. Suria mencebik.

“Kawan pak su yang doktor tu.tak nakla.segan.”

“Cikgu Syarif la ni?”

Suria geleng lambat-lambat.

“Dia tu.orang mana pernah ada perasaan.”

Luahnya. Mengaku. Pak su diam seketika. Dapat meneka apa yang ada dalam hati.

“So…Syamil??”

Bisik pak su, lembut. Suria diam. Pak su senyum. Kemudian ketawa.

“Dah agak dah.tengok cara pun dah boleh tahu.”

Ujarnya sambil membaling anak batu ke dalam air. Berkocak airnya, membuatkan anak-anak ikan bertempiaran lari.

“Tapi tadi, opah cakap, ada rombongan merisik nak datang dari Perak.Manjung. Bila opah sebut Manjung, pak su rasa pak su dapat teka siapa.”

Ujar pak su. Suria telan liur. Manjung? Bukankah Cikgu Syarif?

“Tapi sebab jarak jauh, so, opah kata datangnya bukan hanya merisik, terus meminang, bertunang. Opah suruh abah adik terima saja, tak taulah pak su.tak tau nak cakap apa dah.”

Tambah pak su lagi. Suria terasa dunianya berpusing! Apakah pak ngah yang memberi keizinan pada keluarga Cikgu Syarif untuk terus datang ke sini, meminangnya bagi mengelakkan Syamil dan dia bersama? Aduhai.apa la nasib. Wajahnya pucat tiba-tiba.

“Pak su.orang tak nak…”

Dia mula merengek. Takut. Pak su memandang. Kemudian tersenyum.

“Berdoalah supaya tak jadi.”

Ujar pak su lantas bangun, menyapu-nyapu rumput di punggungnya, dan mahu berlalu.

“Jom balik. Petang sangat dah ni, tak elok duduk sini.”

Ajaknya. Suria bangkit, tiada semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience