BAB 25

Romance Completed 15169

“Lusa dah nak balik ye? Tiket dah dapat?”

Soal En. Syakir petang itu ketika mereka minum petang di kerusi batu di laman. Suria angguk.

“Semalam ajak Pak Mat pergi pekan Manjung tu.”

“Suria.mak ngah dan pak ngah ada benda nak cakap.”

Mak ngah bersuara setelah meneguk air dalam cawan. Suria hanya mendengar.

“Semalam masa Suria keluar, keluarga cikgu.apa namanya, ah, Cikgu Syarif datang.merisik-risik Suria.”

Suria membulatkan mata. Perkhabaran tidak diduga. Nyata dia terkejut.

“Pak ngah.macam mana tiba-tiba….eh.orang dengan Cikgu Syarif tak ada apa-apa hubungan pun, macam mana dia boleh fikir nak datang sini dan…”

“Itu namanya orang beradat. Dia tak melamar awak, dia mintak terus dari pak ngah dan mak ngah selaku penjaga. Tapi kami masih tak boleh beri jawapan la sebab hak sebenarnya ada pada Suria, dan abah dan emak Suria. Pak ngah ni setakat jadi perantara je la nanti.”

Jelas pak ngahnya. Suria gigit bibir.

“Kenapa macam kena serang garuda je tiba-tiba ni?”

Soalan dari Syamil yang masih dalam uniform kerjanya. Segak. Suria terpaksa akuinya. Syamil menyalami papa dan mamanya lantas duduk. Baru tiba dari tempat kerjanya. Biasalah, esok hujung minggu yang free, kalau tak balik, nanti tebal pula telinga dengar suara mamanya.

“Keluarga Cikgu Syarif datang merisik Suria.”

Jawab Puan Nora. Syamil terasa badannya yang penat tiba-tiba terkena renjatan elektrik. Dia pandang wajah Suria. Suria terimakah? Aih. tak boleh jadi. Tempoh hari pak su memberi perkhabaran yang hampir sama tentang kawannya itu. Hari ini cikgu sekolah Suria pulak? Cantik sangatkah budak sorang ni sampai dua orang sekali gus suka kat dia.eh, bukan dua, tapi tiga! Syamil kulum senyum dalam resah. Dia jeling wajah Suria lama-lama. Memang agak cantik! Dan manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience