BAB 8

Romance Completed 15169

En. Syakir dan Puan Nora beriringan keluar dari bilik. Pakaian mereka, nampak macam nak pergi kenduri je.

“Pak ngah nak pergi mana? Handsome bukan main lagi. Mak ngah pun, lawa gile.”

Ujar Suria. Mak ngahnya tersenyum. Dah dapat pujian kan.

“Hah, Suria. Pak ngah lupa nak bagitahu, pak ngah nak ke majlis Tuan Iskandar, majikan pak ngah. Mak ngah pun ikut sekali. Pak ngah nak ajak Suria pun, mak ngah cakap Suria balik lambat tadi, pak ngah takut penat pulak.”

“A’ah. tadi ada meeting kat sekolah. tak apa la. Suria duduk rumah je. Kak Mira ada je kan.”

“Mira ada. abang Syamil pun ada.”

“Hah? Abang Syamil?”

“Kenapa? Takut nak duduk dengan abang?”

Suara seksi sudah mari. Suria ketap bibir, mata memandang pak ngah.

“Tak apalah. Syamil pun nak keluar tu dia kata. Suria duduk dengan Kak Mira.”

Pak ngah bersuara, faham anak saudaranya tidak selesa hanya tinggal berdua dengan anak bujangnya itu. Dia kemudian menarik tangan Puan Nora menuruni anak tangga. Setelah salam diberi, dia dan mak ngah hilang dari pandangan, menaiki kereta Toyota Camrynya itu. Suria menapak masuk ke ruang tamu kembali. Bosan duduk di situ, dia naik ke bilik. Lepak-lepak atas katil waktu-waktu begini, best juga. Nak solat maghrib, dia tengah cuti. Jadi, ini masanya mahu rehat dan bermalas-malas. Esokkan hujung mingu. Tak payah pergi sekolah.

Dalam dia nak terlelap, pintu bilik diketuk. Dia pantas membukanya, setelah menutup kepalanya dengan tualanya. Syamil terpacul depan pintu.

“Jom keluar.”

Ajaknya. Ajak orang pun kaku. Dingin. Tak ada skill langsung.

“Penat. Malas.”

“Penat ke malas?”

“Dua-dua.”

“Okay.kalau macam tu kita duduk rumah je…”

Syamil berpatah ke dalam biliknya. Suria baru tersedar. Maknanya dia kena berdua la dalam rumah tu. Kak Mira pulak, sudah lesap dalam biliknya. Senyap saja. Kak Mira tu orang gaji En. Syakir. Seorang janda beranak satu. Sangat baik orangnya. Namun dia buat tidak tahu saja. Lantaklah. Bukan berdua pun, bertiga, dengan Kak Mira.

Jam lapan, perutnya terasa lapar. Selesai menyarung tudung di kepala dia melangkah keluar. Menuju dapur. Eh. Senyap sunyi je dapurnya. Kak Mira mana? Suria membuka tudung saji. Eh, tak ada apa-apa, buat apa ditutup jugak. Tutup meja je ke? Dia melangkah ke peti ais. Apa nak makan. Apsal Kak Mira tak masak.

“Cik Suria cari apa?”

Kak Mira menegurnya dari belakang.

“Eh, Kak Mira. erm.Kak Mira ni, orang dah pesan jangan panggil cik, panggil Suria je tak pe.”

“Ye lah Sue. Kak Mira dah terbiasa.”

“Oh ya Kak Mira, Kak Mira tak masak ke?”

“Eh.Tuan Syamil bagitahu tadi tak payah masak, sebab dia dan Sue nak keluar. Makan malam Kak Mira pun dia cakap nanti dia belikan. Tu yang Kak Mira tak masak.”

Jawapan Kak Mira membuatkan Suria terasa bagai nak telan orang. Nak telan sape lagi kalau bukan Tuan Syamil kat tingkat atas tu.

“Oh. ye ke.patutla tadi dia ajak keluar.tak apa lah Kak Mira. Nanti keluar Sue belikan Kak Mira makanan. Nak makan apa?”

Soalnya ramah. Senyum menutup rasa hati yang geram dengan Syamil. Saja je kan.

“Eh.apa-apa je la Sue.Kak Mira tak kisah.”

Suria menapak naik ke tingkat atas. Mengetuk bilik Left.Komander Mohd Syamil Syakir!

“Jomlah keluar.”

Ujarnya tanpa salam bila Syamil buka pintu. Lelaki itu angkat kening, saja la tu.

“Tadi kata malas, dan penattt.”

“Lapar…”

“Oh.tapi abang pulak rasa tiba-tiba penat. Malas pun ye juga.”

Jawab Syamil. Menyebalkan hati. Nasib baiklah kau ni abang, Tuan Syamil oi. Kalau adik, dah lama kena luku-luku kepala!

“Oh. okay, orang masak je lah dengan Kak Mira.”

Jawabnya. Saja, menduga. Dia tahu sangat Syamil nak ajak dia keluar. Tu jual mahal saja la tu nak balas dendam. Dulu abang sepupunya ini suka juga pelik-pelik semacam tapi tak ada la sampai macam ni.

“Err. tiba-tiba rasa rajin pulak nak keluar. Jom.”

Suria menyembunyikan senyum. Kan dah cakap.

“Orang tukar baju kejap.”

Jawabnya lantas menghilang ke bilik. Bibir tersenyum mengenangkan tingkah Syamil. Dulu kecik-kecik Syamil sering juga jadi teman mainnya, melayan bila dah tak ada kawan nak main dengan dia. Abang sorang tu layan je, walaupun dia mintak temankan main anak patung.

Tapi bila besar, makin terpisah. Makin terpisah, makin berjurang pulak hubungan mereka. Dan waktu mula-mula sampai rumah mak ngah dulu bukan main dingin dan berlagak lagi mamat sorang tu. Cuma kini je macam dah makin ok sikit. Suria geleng kepala. Dia lantas menukar pakaian, sekadar jeans biru dan baju T lengan panjang berwarna biru laut, dipadankan dengan selendang bunga-bunga melilit kepala. Ringkas, tapi tetap nampak ceria dek bunga-bunga yang menghiasi tudung.

Syamil membawanya ke sebuah restoran makanan laut di Manjung. Kira-kira empat puluh minit perjalanan dari rumah pak ngah di Kampung Kedah, Beruas itu. Selesai mengenyangkan perut, dia mengajak Syamil pulang tapi bila Syamil membawanya sampai ke Lumut, melihat laut yang seakan penuh dengan cahaya lampu, dia tidak terkata. Hanya meloihat dari dalam kereta, dengan pintu kereta dibiarkan terbuka, ditemani pengunjung-pengunjung lain yang ingin menikmati keindahan itu juga. Cantiknya. Hatinya terasa seperti kembali berada di padang yang dipenuhi bunga berwarna-warni dan disebelahnya ada seorang putera yang sangat kacak!

Tapi bila teringatkan Kak Mira di rumah, dan sup tomyam dengann nasi putih berserta ikan bakar di dalam kereta yang dibungkusnya untuk Kak Mira, dia terus terasa macam tercampak ke sebuah padang pasir yang gersang. Pantas lengan Syamil dicuit. Lelaki itu yang seperti sedang masuk alam khayalan menoleh.

“Jom balik. Kesian Kak Mira, mesti lapar.”

Dia bersuara.

“Kak Mira kan pandai masak.”

“Tak baik la dia ni. Kan dah janji nak belikan dia makanan.”

“Okay, tuan puteri.”

Syamil ukir senyum. Saja je tadi menguji.

“Suka tak tempat ni?”

Soalnya ketika dia mula menggerakkan kereta naik ke atas jalan. Suria sekadar mengangguk.

“Nak datang lagi?”

Soal Syamil lagi. Suria mengangguk.

“Okay, nanti kita datang.”

Cepat dia membalas. Suria cebik bibir.

“Orang tak cakap pun nak datang dengan abang.”

“Habis tu?”

“Dengan suami.mesti romantik.”

Jawabnya, nakal. Syamil tergelak kecil.

“Kecik-kecik dah gatal.”

“Dah lebih 18 tahun pun. tahun ni dah nak masuk 23 tahun.”

Jawabnya kembali, nakal sambil menjelir lidah membalas usikan Syamil. Syamil diam. Dia sempat mencuri pandang pada wajah adik sepupunya itu. Dulu kecik je lagi, jadi budak comel comot. Sekarang dah jadi anak dara cantik!

“Ada nak singgah mana-mana lagi tak ni?”

Soal Syamil bila sudah mahu memasuki lorong ke Beruas. Suria geleng. Terus senyap, layan lagu di radio. Dalam kepala terbayang Kak Mira je. Pasti lauk pun dah sejuk. Tak mengapalah, nanti Kak Mira boleh panaskan. Kak Mira kan sangat expert kat dapur. Sampai di rumah, kereta En. Syakir sudah tersadai di garaj.

“Hai.bawak anak dara orang sampai ke mana ni Syamil sampai dah nak pukul 11 baru balik?”

Soalan pertama muncul tatkala mereka berdua melangkah masuk. Syamil yang mengunci pintu berpaling mendengar soalan mamanya. En. Syakir hanya memandang.

“Makan-makan je kat Manjung. Lepas tu pergi Lumut kejap, tengok laut.”

Jawabnya jujur. Bimbang juga mama atau papa marah. Suria dijeling. Sepupu sepupu jugak, mahramnya sudah tentu bukan! Dia tahu papa cukup menjaga soal itu sebenarnya.

“Hmm… tu apa?”

Soal En. Syakir bila melihat plastik yang dipegang Suria.

“Makan malam Kak Mira. Tadi abang Syamil janji nak belikan dia makanan sekali. Kesian Kak Mira, lambat pulak makan malam ni.”

Jawabnya.

“Pergila masuk. Kak Mira ada kat bilik dah tu.”

Ujar Puan Nora lembut dengan senyumannya. Suria mengangguk. Dia menuju ke bilik Kak Mira. Sempat pula melayan wanita itu berbual-bual sambil menemaninya makan. Jujur, Suria suka tinggal di sini. Hitung punya hitung, dah sebulan dia di sini. Ada lagi tiga bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience