BAB 32

Romance Completed 15169

Suria mengintai. Pak ngah dan mak ngah ada sekali. Bersama dua pasang suami isteri yang dia tidak kenali. Ah, teringat kata-kata pak ngah yang dia akan jadi perantara antara keluarga Cikgu Syarif dan keluarga dia. Suria menahan sebak. Akhirnya, dia memang sah akan jadi tunangan orang, tunangan Cikgu Syarif. Bila sudah tiba masa nak menyarung cincin, Suria cepat-cepat duduk semula di katilnya. Sopan. Menunduk. Semangatnya terasa hilang.

“Assalamualaikum.”

Suara Puan Nora. Suria angkat wajah. Eh. Takkan mak ngah pula yang nak kena sarung cincin. Mana mak Cikgu Syarif? Namun dia jawab juga salam, dan menyalami mak ngah. Cincin cantik bermata satu bersinar terang tersarung jua di jari manisnya. Hatinya sayu. Alangkah indah kalau cincin tu dari abang Syamil.

“Dah selamat pun. hmm.tunangan awak kirim salam sayang dan rindu. Mak ngah tolong sampaikan saja.”

Puan Nora bersuara. Suria diam, menjawab dalam hati. Setelah mak ngah keluar, dia duduk tegak semula di katilnya. Bila kedengaran emak memanggil, baru dia keluar. Malu-malu bila diri jadi bahan tontonan. Dia hanya menunduk. Hanya sempat meamdang wajah pak su yang tersenyum di sebelah abah. Bila ahli rombongan yang datang sedang menjamu selera sebelum pulang, Suria berusaha melayani dengan baik. Dalam hati berdoa agar semuanya cepat selesai, agar dia boleh bersendirian!

Selesai semuanya, dua pasangan suami isteri yang ramah berbual dengannya tadi meminta diri. Mahu pulang ke hotel di bandar. Pak ngah dan mak ngah pula bermalam di rumah opah saja. Esok baru sama-sama berangkat pulang. Selesai semuanya, Suria angkat kaki menuju ke bilik. Dalam dok menanggalkan baju kurungnya itu dia terasa air matanya mengalir laju. Ah. Sudahlah. Tiada guna menangis lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience