BAB 19

Romance Completed 15169

Dari pagi sampai tengah hari, dia sibuk membantu mak ngah di dapur. Selesai menghiris batang serai, dia beralih ke tempat mengisar. Selesai mengisar segala bagai yang mak ngah mintak, dia kembali ke ruang kering, menyusun biskut dalam balang. Selepas itu, bila mak ngah memanggil meminta dia mengacau sebentar kuah sup, dia kembali ke dapur. Dah sebijik macam orang gaji. Nasib baik ada Kak Mira yang cekap. Sudahnya Kak Mira hanya meminta dia mengutis isi ayam rebus saja dan memasukkan ke dalam bekas. Selepas tu dia perlu menyusun semua bahan-bahan soto tu ke dalam bekas yang disediakan. Mak ngah menyediakan menu soto, dan juga mee goreng. Ditambah dengan agar-agar dan pudding buatan Kak Mira, dan pelbagai makanan ringkas lain.

“Dah la dik. pergila mandi. Bersiap. Kejap lagi orang dah nak sampai.”

Pak su datang menjenguknya yang masih melakukan kerja. Tinggal sikit lagi isi ayam yang nak dikerjakan. Pak su mengesat peluh. Jadi tukang buat air hari ni.

“Kejap la pak su. Sikit lagi.”

Balasnya lembut. En. Shahmi melabuh punggung atas kerusi sebelahnya.

“Semua okay kat sekolah tu?”

Suria angguk. Senyum. Tangan masih ligat dengan kerja.

“Ada orang mengurat?”

Soalan pak su membuat dia senyum. Terbayang Cikgu Syarif.

“Ada.handsome.macam pak su.”

Saja dia membalas, menekan perkataan handsome. Pak su sengih. Teringat ayat perasannya semalam ketika di panggung wayang.

“Suami orang?”

“Ish.muda lagi.belum kahwin.”

Suria menampar lembut lengan pak sunya. En. Shahmi tersengih. Saja mengusik anak buah yang manja dengannya.

“Kalau bukan suami orang, boleh la.”

“Boleh apa pak su? Kenal pun tak.entah siapa-siapa.”

Aik.suara itu! Suria buat tidak tahu. Ada la tu yang dia tak puas hati.

“Yang kau nak sibuk apasal. Memang la tak kenal, nanti esok-esok kenal la.”

Balas pak su. Sengaja. Dia dapat merasakan sesuatu antara Syamil dan Suria sejak di kampung lagi. Nampak sangat si bujang teruna ni menyimpan perasaan. Tapi anak daranya ini tak pulak tunjuk nak melayan.

“Dah la dik. Pergi mandi sekarang. Yang lain biar pak su dan tuan Syamil ni yang tolong siapkan. Hah. ni, awak, tolong bawak semua ni pergi depan, susun atas meja tu.”

Arah pak su pada Syamil. Suria senyum, lantas berlalu ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience