BAB 1

Romance Completed 15169

Suria menarik nafas. Menghembuskannya kuat-kuat.

“Assalamualaikum.”

Salam dilontarkan. Kemudian sabar menanti jawapan dari dalam. Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Terjengul wajah lembut seorang wanita yang sedang tersenyum kepadanya. Senyuman dibalas. Tangan wanita itu dicapai dan disalami serta dicium penuh hormat.

“Kenapa tak telefon pak ngah. Nanti boleh pak ngah jemput dekat stesen bas tu.”

Wanita yang penuh kelembutan itu menyoal sambil menarik tangannya masuk.

“Alah, tak pe la mak ngah. Bukan susah pun nak datang sini dari stesen bas tu. Orang naik teksi je tadi. Teksi melambak. So tak payahla menyusahkan pak ngah.”

Jawabnya sambil duduk di sofa. Penat. Enam jam perjalanan, sangat memenatkan. Dia hanya memerhati Puan Nora, mak ngahnya yang menghilang ke satu ruang.

“Apa yang menyusahkan pulak. Pak ngah kan cuti hari ni. Lagipun awak tu nanti akan jadi tanggungjawab pak ngah jugak.”

Suara pak ngahnya, Encik Syakir kedengaran dari anak tangga. Suria menoleh, bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Tangan pak ngahnya disalami dan dicium. Pak ngah, adik kepada abahnya, pak sedara paling sporting. Eh, tak. pak su lagi sporting! Sebab perangai pak su sebijik macam perangai abah. Hehehe.

“Kamu naik la dulu. Bilik paling hujung tu. Mak ngah dah suruh Mira kemaskan semalam lagi. Selama empat bulan ni, duduk sajalah bilik tu. Tak ada siapa guna pun.”

Ujar Puan Nora, yang datang tiba-tiba dari dapur dengan membawa dua gelas air oren. Segelas air oren dihulurkan kepada Suria, anak saudara suaminya itu. Segelas lagi diberikan kepada suaminya. Selesai meneguk minumannya dan berbual ala kadar, Suria meminta diri naik ke bilik, mahu mandi dan bersolat asar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience