BAB 20

Romance Completed 15169

“Dik.tolong tambahkan bijik selasih dalam air sirap tu.”

Suara En. Shahmi mengarah. Suria menoleh ke arah suara itu. Pak sunya sedang bersama-sama seorang kawannya. Suria angguk lantas berlalu ke dapur, mendapatkan bekas selasih yang telah pak su rendamkan dalam air tadi.

“Siapa?”

“Anak sedara aku.”

“Dari mana?”

“Tengah belajar kat Tanjung Malim. Sekarang tengah praktikum kat Sekolah Menengah Changkat Beruas tu. ada sebulan lagi.”

“Oh.bakal cikgu…”

Suria ketap bibir. Dia rasa dia tahu apa dan tentang siapa yang sedang pak su dan kawan awesomenya itu sedang bualkan. Dia buat tidak tahu saja, berlalu mencari mak ngah. Melihat mak ngah sedang melayan tetamu yang ala-ala mak datin semua tu, dia berpatah balik, menuju ke ruang tamu keluarga, sedikit tersorok dari pandangan orang ramai. Bosan. Tak tau nak buat apa. Akhir sekali dia menekan remote tv. Cerita kartun pun kartun la.

“Ambikkan soto sepinggan, boleh?”

Suara seksi! Pantas Suria menoleh. Muka beriak selamba. Syamil sedng memandangnya.

“Tuhan bagi tangan dan kaki kan?”

“Malu.ramai sangat perempuan.”

Suria mencebik. Mengada-ngada.

“Apa kisahnya kalau ramai perempuan pun.”

“Takut diorang mengorat abang.”

Jawabnya lepas. Suria bantai gelak. Geli hati. Syamil sekadar memerhati.

“Perasan handsome.”

“Sue tak kisah ke kalau diorang mengorat abang? Anak-anak kawan mama tu, boleh tahan juga.”

“Perlu ke orang kisah?”

“Perlu la juga……”

Syamil menarik kata-katanya. Suria menggeleng kepala. Dia bangun dari duduk, menuju ke ruang tamu utama. Sepinggan soto diambil, dengan air sekali. Dia kembali ke ruang atas. Dihulurkan pada Syamil. Dia pula berlalu ke bawah. Mencari pak su. Boring.

Alah. pak su masih dengan kawan dia lagi. Dia mahu berpatah semula. Tapi pak sunya lebih awal memanggilnya.

“Adik.sini kejap.”

Ajak pak su. Dia melangkah, malas, tapi masih sopan. Tudungnya dibetulkan sedikit.

“Boleh tolong?”

Soal pak su. Suria angkat kening.

“Ambikkan pudding, boleh? Pak su malas nak lalu depan mak-mak datin tu semua.hihihi.”

Ujar pak su melawak. Suria senyum.

“Pudding je?”

Soalnya. Pak sunya dan kawan pak su dipandang besilih ganti.

“Air sekali, ye?”

Pinta kawan paksu sambil menghulurkan gelas. Suria menyambutnya dengan senyuman, lantas berlalu.

Saat dia menghulurkan air dan mangkuk berisi pudding itu, dia dapat merasakan satu pandangan yang sangat unik dilontarkan oleh kawan pak su. Aihs.apa ni.

“Dik.ni, kawan pak su. Tawfiq. Tawfiq Aiman.”

Tawfiq senyum manis. Suria sekadar mengangguk sopan.

“Dia ni doktor. kawan lama pak su masa dekat kem pak su kerja tu. Sekarang dia kat Lumut dah…kat Hospital Pangkalan TlDM.”

Jelas En. Shahmi.

“Oh.”

Dia sekadar berbasa. Dia dikelilingi orang-orang tentera rupanya. Nasibla.

“Dudukla sini. buat apa kat atas tu.Syamil mana?”

“Tengok kartun. Dia naik tu yang orang turun. Tak kuasa nak duduk dengan dia.mengada-ngada.”

Omel Suria. Dia sedar Tawfiq sedang tersenyum mendengar kata-katanya. Suria menoleh pada paksunya, mengubah posisi duduknya.

“Pak su.jom jalan-jalan lepas ni.boring la.semua orang sibuk.”

Ajunya sambil memegang lengan pak su. Pak su angkat kening. Berfikir sejenak.

“Ikan bakar, Lumut, jom.”

Cadang Tawfiq. Suria kerut dahi. Eh.orang ajak pak su je. En. Shahmi pandang Suria. Angkat kening lagi. Menyoal dalam diam. Suria diam. Nak angguk ke geleng. Tadi dia jugak yang ajak.

“Bukan nak makan.nak jalan-jalan je.”

“Teluk Batik.”

Cadang En. Shahmi. Dia angguk. Pak sunya senyum.

“Lepas Asar nanti.”

Suria senyum lebar mendengar kata-kata pak su. Yesssss…

“Jangan ajak abang Syamil. Menyemak je nanti.”

Arahnya pada En. Shahmi. Lelaki itu tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience