BAB 18

Romance Completed 15169

Suria leka menonton skrin besar di hadapan. Cerita memang best, dah lama dia nak tengok The Expendables 2 ni, baru hari ni berkesempatan. Itupun nasib baik ada pak su, ajak datang Big Cinema ni.

“Ngantuk dah?”

Soal pak sunya. Suria menggeleng memandang En. Shahmi. Pak su duduk di tengah-tengah antara Suria dan Syamil. Tadi boleh pulak berebut tempat, tapi mestilah pak su yang menang. Anak kena hormat dengan bapak. Lagipula, alasan pak su kukuh bila soal mahram disentuh.

“Mana boleh mengantuk, hero dia handsome.”

Jawabnya nakal. En. Shahmi sengih sambil menggeleng.

“Macam tu handsome?”

Sempat pulak Syamil mencelah.

“Mata dia kuyu….handsome la tu.sangat-sangat.”

“Alah.setakat si Rambo ni mana handsome.”

Balasnya balik. Suria cebik. Dia ni kan…

“Masa jadi Rambo memang la tak nampak sangat handsome. Sekarang jadi Barney, handsomeeeeeeeeee…”

Suria tidak mahu kalah.

“Heh.apa ni. bertekak kat sini pulak.sudah, sudah. Tak ada mata kuyu, tak ada handsome.sebab yang handsome hanya pak su.okay. Tutup mulut. Dah nak habis dah ni.”

En. Shahmi mencelah. Suria diam, menahan tawa mendengar kata-kata pak sunya. Syamil sengih. Jarak umurnya dengan umur En. Shahmi yang hanya berbeza tujuh tahun kadang-kadnag membuatkan dia macam kawan.

Suasana kembali sepi antara mereka. Sehinggalah tayangan tamat mereka bertiga kembali ke rumah En. Syakir. Kebetulan esok Puan Nora mahu mengadakan rumah terbuka hari raya. Jadi kebetulan En Shahmi baru saja selesai urusan di pangkalan TLDM Lumut, itu yang dia singgah. En. Shahmi sebenarnya bertugas di Kem Gong Kedak, Terengganu, sudah beberapa tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan kanan di kem tersebut.

“Lamanya keluar tiga beranak ni.”

Tegur En. Syakir. Pak su senyum.

“Layan budak ni tengok wayang.kat Setiawan tu.”

Balasnya sambil duduk atas sofa sebelah kakak iparnya, Puan Nora. Syamil juga. Suria meminta diri naik ke atas. Mahu solat isyak.

“Dik, buat milo panas dik.”

En. Shahmi meminta. Suria kembali berpatah mahu menuju ke dapur.

“Buat lebih pun tak apa.”

Suara seksi yang suka cari pasal sudah berbunyi. Suria diam saja. Setelah selesai membuat milo panas penuh satu teko, dia kembali ke ruang tamu. Selepas menuang secawan untuk pak sunya, dan secawan untuk pak ngah dan mak ngah, dia meminta diri naik ke atas.

“Aik.untuk abang?”

“Tuangla sendiri.”

Jawabnya berlalu. Kedengaran suara gelak pak sunya memecah ruang. Bergabung dengan suara pak ngah. Suria senyum. Mengada-ngada je. Dia tu siapa. Sepupu je kott. haha. biar dia rasa. Suka sangat kena-kenakan orang.

“Suria.esok pagi teman mak ngah ke pasar ye. lepas tu kita masak. boleh?”

Pinta mak ngah. Suria berhenti di anak tangga. Mengangguk dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience