BAB 7

Romance Completed 15169

“Balik nanti kalau motor tu tak siap lagi, call abang. Jangan dok tumpang orang lagi.”

Suria hanya angguk. Arahan. Sebijik macam dalam kem!

“Angguk-angguk ni faham tak?”

“Faham la. Ingat orang budak kecik ke?”

Balasnya.

“Menjawab.”

“Kan Tuhan bagi mulut.”

“Tengok tu. Nanti dapat anak murid yang suka menjawab baru tahu.”

“Memang la.anak murid orang semua pandai bercakap. bukannya orang ajar budak OKU.”

Balasnya lagi sambil mencapai buku di kerusi belakang. Tidak mahu berlama-lama dalam Honda Civic yang tuannya tak berapa nak ada sivik tu.

“Suria.”

“Yes, Tuan Leftenan Komander Mohd Syamil Syakir.”

Jawabnya, dalam satu nafas. Sudah nak naik hantu dah ni. Asal nak keluar ja mesti kena tahan. Syamil senyum kecil mendengar jawapannya.

“Tak ada apa-apa. Saja nak panggil.”

Jawab Syamil main-main. Suria ketap bibir. Sabar saja la dengan abang sorang ni.

“Dah la. Orang pergi dulu. Terima kasih la banyak-banyak.”

Ujarnya sambil membuka pintu kereta.

“Eh.tak nak salam ke?”

Soal Syamil, lebih pada mengusik. Suria kerut kening. Buang tabiat ke apa ni.

“Abang bukan suami orang pun.buat apa nak salam…”

Jawabnya lantas keluar dan pap! Bukan main kuat lagi dia menutup pintu kereta. Syamil hanya tergelak kecil. Nasib kau la pintu oi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience