BAB 22

Romance Completed 15169

“Suka bear ke?”

Soal Tawfiq, tiba-tiba ada di sebelah. Suria senyum kecil. Masih segan dengan lelaki itu. Nampak macam lebih muda dari pak su yang berusia 35 tahun itu. Suria mengalih anak mata dari patung-patung beruang pelbagai saiz yang digantung sepanjang kedai itu. Mencari pak su dan Syamil. En. Shahmi sedang berbual denan seorang peniaga makanan laut tidak jauh darinya.

“Nak?”

Soal Tawfiq lagi.

“Taklah. Saja tengok. Yang besar warna merah jambu tu comel sangat.”

Jawabnya. Tawfiq senyum. Suria meninggalkannya, mendekati En. Shahmi.

“Nah.”

Hulur Tawfiq. Suria hanya mampu melihat patung beruang sebesar pemeluknya itu dihadapan mata. Kemudian dia memandang pak sunya. Pak su diam. Suruh tak, larang tak. Syamil pandang dari jauh.

“Ambik je la.dah ada orang nak beri.”

Akhirnya En. Shahmi bersuara. Suria teragak-agak. Mengambil jua dengan ucapan terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience