BAB 24

Romance Completed 15169

Hari terakhir praktikum. Hari terakhir dia menjadi cikgu di sini. Lepas ni tak ada dah orang nak ucap ‘selamat pagi cikgu’, ‘cikgu cantik la hari ni’, ‘cikgu kenapa garang sangat hari ni’, ‘cikgu’,.’cikgu’.’cikgu’.

“Walaupun cikgu dah tak mengajar dekat sini, tapi kamu kena ingat, tetap kena jadi budak baik, okay, macam semasa cikgu mengajar kamu. Boleh?”

Dia merenung pelajar-pelajarnya, sebagai pesanan terakhir sebenarnya selepas selesai memberi cenderahati kepada setiap pelajar. Ala, gula-gula dan jeli saja pun, saja dia bungkus membentuk bunga ros dan tangkainya. Pelajar-pelajarnya mengangguk. Muka sayu. Suria mengukir senyum. Empat bulan di sini, pelbagai kenangan dan pengalaman dia dapat.

“Cikgu takkan lupakan kami?”

Soalan Amira. Suria geleng kepala.

“Tak akan.cikgu akan selalu doakan kamu, jadi pelajar dan anak yang baik.”

“Cikgu…lepas ni bila cikgu dah habis belajar, cikgu mintak la mengajar kat sini lagi. Lepas saya dah habis tingkatan lima, baru cikgu boleh pindah ke sekolah lain.”

Ujar Azreen. Suria menyembunyikan rasa sebak. Dia sekadar mengangguk. Setelah memberi salam, dia berlalu. Membawa satu beg kertas berisi hadiah! Dari anak-anak muridnya. Di bilik guru, sebelum balik dia bersalaman dengan guru-guru perempuan sambil mengucapkan terima kasih. Sekadar adat, walaupun hubungan mereka tidaklah semesra mana. Kemudian dia turun ke tigkat bawah, mencari Kak Dila, ada hadiah untuk wanita itu, tanda penghargaan sepanjang dia di sini. Dia juga sempat berjumpa guru pembimbingnya, Kak Ina.

Akhir sekali, dia ke pejabat, bertemu pengetua yang sangat baik hati. Tepat jam 3.00 petang, dia melangkah keluar dari pejabat, dia menuju ke garaj motorsikalnya. Sedih.Sayu. Tapi adat dunia. Yang bermula pasti berakhir. Yang bertemu pasti akan berpisah.

“Muram saja muka?”

Tegur Kak Mira sebaik saja dia masuk. Senyuman diukir. Kak Mira hulurkan air masak.

“Mak ngah mana kak?”

Soalnya sambil duduk di sofa.

“Hari ni kan hari Jumaat. Dengan kumpulan ceramahnya la. belum balik lagi. Banyak dapat hadiah.”

Kak Mira menjeling pada beg kertas. Bukan satu tapi dua, semua penuh dengan macam-macamm hadiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience