BAB 13

Romance Completed 15169

Diam tak diam, dia sudah menghabiskan dua bulan menjadi guru praktikum di sini. Sudah dua kali diselia oleh guru pembimbingnya yang dipanggil Kak Ina, minggu depan dia bakal diselia oleh pensyarah penyelianya pula, Prof Zaim.

Penyeliaan pertama. Bimbang, takut, resah, bimbang semuanya memenuhi ruang urat saraf. Dia hanya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti. Dia juga awal-awal lagi sudah ‘berunding’ dengan pelajar-pelajarnya supaya menjadi pelajar yang lebih baik bila Professor Zain datang nanti. Syukurlah, pelajar-pelajarnya sudi memberi kerjasama. Budak-budak tingkatan satu, senang psiko.

“Buat apa?”

Soalan dari Puan Nora kedengran dari muka pintu. Dia menoleh ke arah pintu yang sengaja tidak ditutup rapat.

“Siapkan bahan-bahan nak mengajar ni. Minggu depan hari selasa Prof nak datang tengok.”

Jawabnya, sopan. Puan Nora senyum.

“Banyak lagi ke? Marilah minum petang dulu. Masih ada dua hari nak siapkan.esok pun cuti lagi. Abang Syamil pun ad akat bawah, baru sampai.”

Kata Puan Nora. Suria yang mendengar nama abang Syamil, terus terasa mata segar. Namun masih pura-pura tiada semangat nak turun. Kalau mak ngah nampak dia bersemangat bila nama Syamil disebut, malu la.

“Marilah.tinggalkan dulu kerja tu. tak elok stress.”

Pelawa mak ngah sambil meluaskan lagi bukaan pintu. Suria mengangguk, menuju ke arah tudung-tudung yang disangkutnya, memilih-milih salah satu tudung yang sepadan dengan warna baju T nya, lantas keluar setelah dirasakan letak tudungnya sudah elok menutup kepala. Dia pandang dirinya sekejap di cermin. Kain batik warna ungu gelap, baju lengan panjang berwarna ungu berjalur hitam, dengan tudung sarung bercorak kosong warna hitam. Okayla ni. Bukan ada sesiapa. Hanya Syamil saja.

Mata Syamil merenung Suria yang berjalan mendekati mereka di laman. Alahai. Tiba-tiba anak matanya terasa melekat tidak mahu beralih. Manisnya la hai budak ni. Dengan kain batiknya, nampak kemelayuannya, dan kegadisannya.

“Abang.dah lama sampai?”

Soalnya, berbasa basi. Syamil angguk. Horlick panasnya diteguk. Sepotong kek pisang dicapai dan disuap ke mulut.

“Dah nak mula puasa kita ni. Hujung minggu depan dah. Sekejap je masa.”

Sela En. Syakir. Suria angguk. Entah macam mana suasananya berpuasa dengan keluarga pak ngah. Tak sabar menanti.

“Mil, bulan puasa nanti kerap-kerap la balik sini, buka sama-sama.”

Puan Nora bersuara. Syamil diam. Bukan senang nak balik selalu walaupun jarak perjalanan tak sampai dua jam. Dia banyak kerja, apatah lagi sekarang.

“Tak boleh janji ma.kalau ada masa, Mil balik selalu.”

“Ala, awak ni macam tak biasa puasa tanpa Syamil. Dulu dia kat Labuan elok je.”

“Itu jauh.memang sah-sah dah tak boleh balik selalu. Ini dekat je.tak sampai dua jam.lain.”

Jawab Puan Nora. En. Syakir senyum kecil. Faham benar perangai isterinya. Maklumlah, Syamil saja anak mereka yang masih ada.

“Papa kata, minggu depan lecturer nak datang?”

Soal Syamil, mengalih topik. Suria angguk. Rasa debar kembali terasa bila Syamil menyebut soal itu.

“Muka cuak.”

Gelak Syamil. Suria muncung.

“Usik lagi adik tu…dah tau orang takut.”

Celah En. Syakir. Syamil tergelak kecil. Suria telan liur. Perkataan adik menjentik tangkai hati.

“Mesti bolehla.kan anak saudara pak ngah ni…”

Ujar En. Syakir sambil angkat-angkat kening. Puan Nora tergelak.

“Ni macam nak puji diri sendiri ni.”

Selanya pada si suami. Suasana tiba-tiba jadi meriah dengan gelak tawa. Dalam pada itu, sempat pula mata Syamil melirik pada gadis di sebelahnya. Kenapala makin hari makin lain macam hatinya ini? Apakah mungkin????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience