“Kalau I dah tak ada nanti, you kena cari pengganti I juga tau.”
“Sayang! Apa ni? You nak pergi mana? Janganlah cakap macam tu. You buat I takut.” Haqq mula gelabah. Tak pernah sekali. Tak pernah dia bayangkan hidupnya tanpa Daneen.
“Haqq, I tak akan selamanya ada dengan you. Andai... andai Allah ambil I dulu, you jangan takut untuk cari pengganti I. I tak akan marah.”
“Daneen Qaysa, stop it. I tak sukalah kita cakap pasal ni. Kalau you terus nak cakap pasal ni, I tak nak cakap dengan you lagi.” Haqq pura-pura merajuk. Tangannya yang berada di atas kaki Daneen terus ditarik kembali. Baru dia nak bangun daripada katil, Daneen pantas meraih lengannya.
“Okay, okay. I minta maaf Haqq. Janganlah merajuk dengan I. Sorry...” Daneen tayang muka kesian. Salah dia juga tadi. Cakap yang bukan-bukan. Cuba kalau Haqq yang cakap macam tu, mahu seminggu dia merajuk dengan Haqq. Entah. Tiba-tiba saja terlintas di fikirannya tentang hal itu.
“Mungkin... Mungkin kalau Qaseh mengandung semua ni tak akan jadi macam ni. Ni semua salah Qaseh. Qaseh tak mampu nak bagi abang zuriat. Disebabkan Qaseh, orang tuduh abang macam-macam,” ujar Qaseh dengan sedu-sedannya.
“Qaseh... Hei, jangan cakap macam tu. Ini bukan salah Qaseh. Jangan persoalkan takdir yang Allah. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Maafkan Mak Ngah. Dia tak sengaja cakap macam tu.”
Makin lebat air mata Qaseh mendengar ayat terakhir Gibran. Gibran masih nak bersangka baik lagi dengan Mak Ngah lepas apa yang Mak Ngah sudah katakan padanya tadi?
“Abang...” Qaseh terus peluk tubuh Gibran. Erat tangannya melilit pinggang lelaki itu.
“Dah sayang. Jangan menangis. Abang takut Qaseh tertelan air mata sendiri. Batal puasa nanti,” seloroh Gibran. Cuba memujuk Qaseh kembali. Tak mahu Qaseh terus hanyut dalam kesedihan.
Qaseh tergelak kecil mendengar usikan Gibran. Perlahan air mata dikesat dengan belakang tangan.
“Abang tak marahkan Qaseh kan?” soalnya.
“Buat apa abang nak marah Qaseh? Tak ada sebab pun untuk abang marah Qaseh. Qaseh tak ada salah pun dengan abang.”
“Tapi abang tak peluk Qaseh balik pun?” soal Qaseh.
Terletus tawa Gibran. Polos betul isterinya itu. Dibalas kembali pelukan Qaseh. Tapi sekejap saja.
“Okay dah. Tak boleh peluk lebih-lebih. Siang lagi ni. Batal puasa abang nanti,” usiknya.
“Abang!” Qaseh faham maksud Gibran. Terus pipinya terasa membahang.
***
Assalamualaikum. Jika berminat untuk beli Love At First Hate Raya boleh whatsapp nombor
Share this novel