LAFH - 5

Romance Series 665659

HAQQ dan Daneen kedua-duanya bagaikan pesalah yang sedang menunggu hukuman gantung saat ini. Masing-masing tunduk menekur lantai. Dato’ Tarmizi pula bagaikan hakim yang bakal menjatuhkan hukuman pada mereka berdua. Wajah kedua-dua itu dipandang silih berganti.

“Kenapa Haqq buka baju? Tak malu ke dengan Daneen? Sekarang ni kita dekat office. Bukan dekat rumah. That’s not professional!” Tegas kedengaran suara Dato’ Tarmizi ketika ini.

Perlahan-lahan tangan Haqq naik menutup dadanya yang terdedah itu. Kedua belah tangannya disilangkan pada dadanya. Riak wajahnya masih tenang. Seolah tiada apa yang berlaku. Dikerling sekilas ke arah Daneen. Nampak wajah gadis itu kerisauan. Daneen gigit hujung bibirnya.

“Apa yang berlaku sebenarnya?” soal Dato’ Tarmizi. Berkerut sedikit dahinya apabila terpandangkan kesan luka di wajah anaknya itu. Dia baru perasan.

“Maafkan saya Dato’. Semuanya salah saya. Ada salah faham sikit di antara encik Haqq dan pelanggan kita,” Daneen terlebih dahulu membuka mulut.

“Haqq bergaduh dengan pelanggan kita ke?” tebak Dato’ Tarmizi.

“Dia yang pukul Haqq dulu. Takkan Haqq nak duduk diam pula. Haqq balaslah balik,” ujar Haqq membela dirinya.

“Tapi semuanya memang berpunca daripada Daneen pun. Dia memang sengaja nak kenakan Haqq. Dia cakap pelanggan tu dah check out, tapi pelanggan tu masih ada dekat dalam bilik tu.” Dijeling tajam ke arah Daneen. Masih tak puas hati dengan gadis itu.

Daneen gigit hujung bibirnya. Si Hulk ni memang tak faham bahasa betul lah. Berapa kali aku nak cakap bukan aku yang rancang semua ni? Suka sangat menuduh aku!

“Saya minta maaf Dato’ atas apa yang terjadi. Saya janji perkara ni tak akan berulang lagi.” Daneen tundukkan sedikit kepalanya.

Haqq mencebik.

“Tak apa Daneen. Awak boleh keluar dulu. Saya nak cakap sikit dengan Haqq.”

“Baik Dato’.” Daneen terus bangun daripada sofa dan berlalu keluar meninggalkan bilik itu.

Haqq tak senang duduk melihat renungan tajam ayahnya itu.

“So, Haqq Qidran. Please explain.”

“Explain apa lagi? Kan Haqq dah cakap yang Haqq tak salah. Perempuan tu yang sengaja nak kenakan Haqq.”

“Bukan pasal tu. Tapi apa yang jadi dalam office tadi. Apa yang Haqq nak cuba buat dekat Daneen?”

Haqq ketawa sinis. Lupa. Daneen kan perempuan simpanan Dato’ Tarmizi. Pasti lelaki itu marah setelah melihat apa yang berlaku tadi.

“Haqq tak sangka selama ni papa ada perempuan simpanan. Sampai hati papa buat mama macam ni kan?”

“Haqq cakap apa ni? Jangan nak merepek boleh tak. Siapa yang dah hasut Haqq? Mama?”

Haqq geleng perlahan. “Patutlah papa risau sangat kalau apa-apa jadi dekat dia. Dan jawatan tu... sebab tu papa tak nak bagi Haqq jawatan tu kan?”

Dato’ Tarmizi mengeluh perlahan. Tak cukup dengan isterinya, sekarang ni dia perlu menghadap tuduhan anaknya pula. Entah siapa yang pandai-pandai bawa mulut mengatakan dia dan Daneen mempunyai hubungan sulit.

“Soal jawatan tu tak ada kena mengena langsung. Haqq masih baru. Takkan papa nak serahkan jawatan tu pada Haqq. Banyak lagi yang perlu Haqq belajar daripada Daneen.”

“Itu cuma alasan papa! Haqq tak percaya. Haqq betul-betul kecewa dengan papa.”

Dato’ Tarmizi diam. Apa lagi yang perlu dia lakukan apabila anaknya sendiri sudah tidak mempercayainya? Fitnah itu benar-benar ‘penyakit’ yang cukup berat. Boleh menghancurkan hubungan kekeluargaan.

“Papa tak boleh nak paksa Haqq untuk percayakan papa. Terpulang pada Haqq.” Dato’ Tarmizi tak mampu nak sembunyikan riak wajah kecewanya.

Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan keluar daripada bilik itu. Meninggalkan Haqq sendirian.

Haqq meraup perlahan wajahnya. Dia mendengus geram. Semuanya berpunca daripada Daneen! Gadis itu perlu pergi jauh daripada sini.

MIRA tersenyum puas melihat rakaman video yang dirakam sebentar tadi. Sempat dia merakam kekecohan yang berlaku di bilik hotel itu. Tanpa menunggu lama, dia terus menghantar video itu pada Datin Mariam.

“Satu... dua... tiga...” Dia mula menghitung.

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Bingo! Seperti yang dia sudah agak. Pasti wanita itu akan terus menghubunginya.

“Apa yang dah jadi Mira? Kenapa dengan Haqq? Kenapa lelaki tu pukul Haqq?” Cemas kedengaran suara wanita itu di hujung talian.

“Datin Mariam, encik Haqq kena pukul dengan salah seorang pelanggan hotel kita. Ini semua salah Daneen. Dia yang arahkan encik Haqq untuk kemas bilik tu. Padahal pelanggan tu masih belum check out.”

“Kurang ajar punya perempuan!”

Mira tersenyum lebar. Sebentar lagi perang pasti akan berlaku.

“Sekejap lagi saya datang ke sana.”

Panggilan terus ditamatkan. Mira ketawa sendiri. Padan muka kau Daneen!

DANEEN membawa beg kertas yang berisi sehelai T-shirt untuk diberikan kepada Haqq. Dia yakin Haqq tak akan pakai kembali bajunya tadi. Daripada dia terpaksa tatap dada lelaki itu yang terdedah sampai habis waktu kerja, lebih baik dia membelikan lelaki itu baju lain. Sempat jugalah dia lari ke mall yang terletak di sebelah hotel. Mujur dekat saja.

Pintu pejabat diketuk terlebih dahulu sebelum masuk. Rasanya Dato’ Tarmizi dah keluar kerana dia nampak kelibat lelaki itu di pejabatnya tadi.

“Masuk!”

Dengar saja suara Haqq menyahut daripada dalam, Daneen terus memusingkan tombol pintu. Perlahan-lahan pintu ditolak daripada luar.

Haqq tayang muka kelat saat melihat Daneen masuk ke dalam pejabat. Dia masih sakit hati dengan perbuatan gadis itu.

“Nah.” Daneen hulur beg kertas yang dibawa tadi.

“Apa tu?” soal Haqq dingin.

“Baju. Takkanlah you tak nak pakai baju sampai balik? Ke you memang suka tayang badan you?” sinis Daneen.

Haqq terus bangun daripada duduknya. Dia menapak menghampiri Daneen.

“Atau you yang suka tengok badan I? You dah tergoda dengan I?” bisiknya perlahan di telinga Daneen.

Pecah ketawa Daneen. Terus ditolak dada Haqq menjauhinya.

“Haqq, Haqq... you ni memang suka masuk bakul angkat sendiri ya? Kan I dah pernah cakap, you're not in my list.”

Haqq ketap bibir menahan rasa. Daneen membuatkan dia rasa tercabar! Dia terus merampas kasar beg kertas di tangan Daneen.

“I ambil baju ni sebab I terpaksa. Lepas I pakai, I akan make sure baju ni I buang. I tak akan simpan barang pemberian you.”

“Suit yourself encik Haqq. Do whatever you want. Nak jadikan kain buruk pun boleh,” tenang Daneen membalas.

Haqq keluarkan t-shirt itu daripada beg kertas lalu disarungkan ke tubuhnya. Muat dengan saiz badannya. Pandai pula si Daneen ni cari size dia?

“Haqq!” Pintu ditolak kasar daripada luar. Terjengul wajah Datin Mariam.

“Mama?” Haqq terkejut dengan kehadiran ibunya disitu.

“Haqq! Haqq tak apa-apa ke sayang?” Datin Mariam meluru mendapatkan anak kesayangan itu. Wajah Haqq dibelek-belek.

“Haqq okay mama. Kenapa mama tiba-tiba datang sini?” soal Haqq hairan.

Datin Mariam terus berpaling menghadap Daneen. Soalan Haqq sengaja dibiarkan tak berjawab.

“Kau! Kau ni memang sengaja cari masalah kan.”

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Daneen.

“Mama!” Haqq terkejut dengan tindakan Datin Mariam. Terus dia tarik tangan wanita itu menjauhi Daneen.

Daneen ketap bibir menahan rasa kebas di pipi. Wajahnya cuba dikawal. Penumbuk digenggam kuat. Ringan saja tangannya mahu membalas kembali tamparan Datin Mariam. Jika tidak kerana hormat, dah lama pipi wanita itu ditampar kembali.

“Biar mama ajar perempuan ni Haqq. Siapa dia nak arahkan Haqq buat kerja housekeeping tu? Yang layak buat kerja tu cuma kau! Tak sedar diri. Kau berambus! Mulai harini aku pecat kau!”

“Maaf Datin. Saya tak akan ikut arahan Datin. Majikan saya Dato’ Tarmizi. Bukan Datin,” tegas Daneen.

Makin panas hati Datin Mariam mendengar jawapan yang Daneen berikan. Dia mahu menampar pipi Daneen sekali lagi tapi kali ini Haqq menghalangnya.

“Keluar Daneen!” arah Haqq.

Daneen masih berdiri tegak di situ.

“I cakap keluar!”

Lambat-lambat Daneen capai tas tangannya di atas meja lalu melangkah keluar daripada bilik itu.

“Perempuan tu memang biadab! Kenapa Haqq halang mama? Biar mama ajar perempuan murahan tu!” Datin Mariam terpekik-pekik.

“Mama relaks mama. Nanti mama sakit lagi,” Haqq cuba menenangkan Datin Mariam. Bahu wanita itu diusap-usap lembut.

DANEEN membelek-belek dirinya di hadapan cermin tandas. Pipi kanannya kemerahan dek kerana tamparan percuma daripada Datin Mariam tadi.  

Keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Sampai sekarang dia perlu menghadap kebencian wanita itu. Gara-gara fitnah yang mengatakan dia dan Dato’ Tarmizi ada hubungan sulit, wanita itu terus melancarkan perang dengannya.

Telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut seseorang masuk ke dalam tandas. Daneen terus menoleh ke muka pintu. Namun dia terkejut saat melihat Haqq. Apa Haqq buat di tandas wanita? Gila!

“Argh... umph!” Haqq dengan pantas menekup mulut Daneen membuatkan jeritan gadis itu terhenti.

“Jangan jerit.” Haqq memberi amaran.

Meronta-ronta Daneen ingin melepaskan diri. Sudahlah mereka berdua jer yang ada di dalam tandas ini. Macam-macam boleh jadi!

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience