T-1

Romance Series 665659

BARU matanya nak terlelap semula, pintu bilik tiba-tiba dibuka daripada luar. Batang tubuh Haqq masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup perlahan. Tidak mahu lena Daneen terganggu.

“Haqq?” Daneen bangun daripada pembaringannya. Suis lampu tidur dinyalakan kembali.

Dalam kesamaran cahaya lampu tidur, dia dapat melihat susuk tubuh Haqq yang basah kuyup itu. Haqq berdiri tegak sambil memandangnya.

“Haqq,” panggil Daneen lagi.

Diam. Namun matanya masih lagi merenung Daneen.

“Haqq, kenapa ni?” soal Daneen. Debar jantungnya memukul dada. Seram sejuk dibuatnya melihat Haqq tiba-tiba jadi begitu. Betul ke yang sedang berdiri di hadapannya ini Haqq? Entah-entah... hantu Haqq. Ish, apa kau merepek ni Daneen?!

“Daneen.” Akhirnya Haqq bersuara. Suara seraknya menampar gegendang telinga Daneen.

Tiba-tiba Haqq terduduk jatuh dalam keadaan melutut.

“Daneen...”

“Haqq, kenapa dengan you ni?” Daneen makin bingung. Segugus debaran menggoncang dadanya. Dalam takut-takut, Daneen beranikan diri juga menghampiri Haqq. Dia duduk di hadapan lelaki itu.

“Daneen... Kita akhiri semua ni. I dah penat... I penat...I minta maaf...” Haqq menunduk. Bahunya bergegar. Esakan kecil kedengaran. Ya Haqq menangis.

Buat pertama kalinya Daneen melihat lelaki itu menangis.

“Haqq, I tak faham.” Daneen geleng perlahan. Sungguh dia keliru apa yang berlaku sekarang ni. Kenapa tiba-tiba Haqq minta maaf dan menangis?

Haqq perlahan-lahan angkat wajah memandang Daneen. Matanya merah. Air mata masih membasahi pipinya.

“I minta maaf Daneen. I minta maaf atas semua salah I pada you. I dah banyak lukakan hati you. Maafkan I. Kita mulakan hidup baru? Kita akhiri semua ni. Will you be mine? Forever...”

Daneen tergamam dalam debaran. Dia menggeleng perlahan. “I thought you hate me Haqq.”

“You have no idea how much I love you Daneen,” balasnya.

Membuatkan Daneen semakin terkejut. Haqq cintakan dia?

“I ikat you dengan perkahwinan ni bukan sebab harta tu Daneen. Tapi sebab I tak nak you pergi jauh daripada I. I silap. I silap menilai you selama ni. Mata I buta melihat segala kebaikan you. I lebih percayakan orang luar.”

Daneen cuba menghadam penjelasan Haqq. Matanya berkaca. Dadanya sebak mendengar luahan hati Haqq.

“I minta maaf. I minta maaf Daneen...” Berulang kali bibir itu mengucap kata maaf. Matanya merenung dalam mata Daneen.

“Since... since when? Since when you love me?” Daneen membalas kembali tatapan Haqq. Bola matanya bergerak-gerak merenung wajah Haqq. Mencari kejujuran.

“I love you since the day I saw you,” akui Haqq jujur.

Berlegar-legar dalam pusat ingatan Daneen detik pertemuan kali pertama mereka berjumpa. Ketika itu dia marah sangat kerana Haqq menceroboh masuk ke dalam pejabatnya tanpa izin. Dan dia terkejut apabila mengetahui Haqq adalah anak kepada Dato’ Tarmizi.

“Daneen...” Haqq merapatkan wajahnya dengan Daneen. Membawa Daneen ke alam realiti kembali.

Jantungnya berdetak hebat. Nafas terasa sesak.

“YOU tu nak pergi mana malam-malam ni? Bahaya keluar sorang-sorang. Dah lah jalan gelap,” soal Haqq prihatin.

Daneen memeluk tubuh. “Suka hati I lah nak pergi mana pun. Buat apa you nak kisah?”

Haqq ketap bibir. “Mestilah I kisah. You kan isteri I.”

Daneen ketawa mengejek. “Isteri? Sampai bila?”

“Of course sampai bila-bila. Tak akan ada tarikh luput.”

Daneen mencebik. Tiap baris kata yang keluar daripada mulut Haqq buatkan dia rasa meluat, menyampah semua adalah!

“I bukan hak you. I nak you lepaskan I bila I dah bersalin nanti,” ujar Daneen tegas. Dia nak Haqq tahu yang dia benar-benar maksudkannya.

Haqq terkesima. Permintaan Daneen seolah meragut nafasnya.

“Daneen... I tak akan lepaskan you. You tahu I cintakan you kan. You tak kesian ke dekat anak kita?” Haqq geleng perlahan.

“Kesian. I kesian dengan anak I. Tapi I lagi kesiankan nasib I yang hidup-hidup kena tipu dengan you!”

“Daneen please...”

“Cukuplah Haqq! Lepas apa yang keluarga dah buat pada arwah ibu I, you fikir I boleh terima you lagi? You fikir dengan minta maaf semuanya akan kembali semula macam dulu? Nak tengok muka you pun I dah tak boleh. Apatah lagi nak hidup macam dulu dengan you,” suara Daneen kedengaran bergetar hiba.

Terkatup rapat bibir Haqq. Dia hilang butir bicara. Terdiam seribu bahasa. Tidak tergagah lidah untuk membalas lagi. Kata-kata itu tajam menembus ke lubuk paling dalam. Wajah mendung Daneen ditatap lama.

“Selama ni I hidup dalam penipuan yang you cipta Haqq. And you know what, kesalahan terbesar yang pernah I buat dalam hidup ialah jatuh cinta pada anak seorang pembunuh yang dah bunuh ibu I sendiri.” Pandangan mata Daneen kabur dek air mata yang bertakung di kolam mata. Hujung bibirnya digigit kuat.

Bendungan air mata Haqq pecah. Dia tak mampu menahan lagi. Hatinya bagai ditoreh-toreh. Sakit tak terkata mendengar kata-kata yang terbit daripada wanita yang dicintainya itu.

“Jadi sekarang I rasa you patut balik sebab I dah tak nak tengok muka you lagi. Sebelum I bertambah benci pada you, baik you jauhkan diri daripada I.” Daneen terus membuka langkah meninggalkan Haqq sendirian di situ.

***

Happy reading!

Orked share teaser dulu. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

Happy reading! Orked share teaser dulu. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience