LAFH - 4

Romance Series 665659

SAMBIL tolak troli yang berisi barang-barang pembersihan, sambil itu mulut Haqq terkumat-kamit mengutuk Daneen. Tak pasal-pasal pagi ini dia perlu mengemas bilik. Ini di luar bidang tugasnya!

“Pak Aji suka nombor sebelas, siap kau nanti aku balas.”

Segugus kunci yang diberikan oleh Daneen tadi dikeluarkan daripada poket baju kemejanya. Setelah yakin dia berada di bilik yang betul, Haqq terus masukkan kunci ke dalam lubang kunci. Tombol pintu dipulas.

Troli yang dibawa tadi turut ditolak masuk ke dalam bilik.

“Macam tongkang pecah,” rungut Haqq sebaik melihat bilik yang baru saja ditinggalkan oleh pelanggan itu.

Cadar entah tercampak kemana-mana. Bau sisa makanan kuat menusuk hidungnya. Membuatkan tekaknya terasa loya.

“Uwek...” Dia hampir saja termuntah di situ.

Wajah diraup kasar. “Ah kenapa aku yang kena buat semua ni?!”

Kemas rumah pun dia tak pernah, inikan pula nak kemas bilik hotel. Dia tak sanggup. Ah! Ini semua gara-gara Daneen. Dia akan pastikan Daneen menyesal selepas ini kerana perbuatannya.

Lambat-lambat Haqq mula juga mengemas bilik itu. Kalau dia tak buat nanti mesti Daneen mengadu pada papanya. Dia tiada pilihan!

Lengan bajunya dilipat sehingga ke paras siku. Haqq mengutip plastik dan bekas makanan yang ditinggalkan merata di dalam bilik itu lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah yang dibawa tadi. Sebelah lagi tangan menutup hidungnya sendiri. Pasti penghuni bilik ini seorang yang pengotor. Langsung tak tahu nak menjaga kebersihan.

Haqq cabut sarung bantal untuk ditukarkan dengan yang baru. Mulutnya masih lagi tak berhenti merungut. Dia bersumpah ini kali terakhir dia buat semua ni.

Namun rungutannya serta merta terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu. Rasa lembik dan melekit di tapak kakinya. Perlahan-lahan Haqq tundukkan kepala untuk melihat benda yang melekat di tapak kakinya itu.

“Ahh... shit!” Terbuntang matanya melihat ‘sarung getah’ aka kondom rupanya yang dipijak.

“Tak guna! Tak guna!” Entah mengapalah begitu malang nasibnya hari ini.

Tiba-tiba pintu kamar mandi terbuka. Haqq tergamam. Ada orang?

Terjengul wajah seorang lelaki berkulit gelap yang hanya memakai tuala. Tubuhnya sasa. Di belakangnya ada seorang perempuan memakai bathrobes. Mereka berdua nampak terkejut saat melihat Haqq berada di dalam bilik itu.

“Kau siapa?” soal lelaki itu.

Haqq masih lagi tergamam. Ah cari masalah betul lah! Daneen cakap pelanggan bilik ini sudah mendaftar keluar pukul sembilan pagi tadi. Tapi mengapa mereka masih berada di dalam bilik ini lagi? Jangan jangan... Daneen sengaja nak kenakan dia lagi. Ah kau memang tak guna Daneen! Haqq menyumpah dalam hati.

“Saya ditugaskan untuk kemas bilik ni.”

“Kau dah ganggu privasi aku!” Lelaki itu tiba-tiba bertindak menumbuk kuat wajah Haqq.

Disebabkan tumbukan itu, Haqq tersungkur jatuh di lantai. Terasa ada cecair mengalir di tepi bibirnya Penumbuk digenggam kuat. Terus dia berdiri kembali. Haqq tak duduk diam. Dia menumbuk lelaki itu kembali.

“Arghhh!” Perempuan yang bersama lelaki tadi menjerit kuat melihat teman lelakinya dan Haqq bergelut. Masing-masing tak mahu mengalah.

“KAU suruh dia kemas bilik Daneen? Biar betul?” soal Salwa bagai tak percaya. Daneen memang gila!

Daneen tergelak kecil. “Yalah. Ingat aku main-main ke? Nak jadi pengarah hotel, kenalah tahu buat semua benda.”

“Habis tu macam mana? Dia ikut tak arahan kau?”

“Dia tak ada pilihan. Nak tak nak, dia kena ikutlah. Padan muka dia. Puas hati aku.”

Salwa geleng kepala. Tu lah Haqq, siapa suruh cari masalah dengan Daneen? Kan dah kena.

“Aku tak boleh bayangkan muka dia yang hensem tu kena kemas bilik hotel. Tak pasal-pasal jadi housekeeping hari ni.”

Daneen hanya ketawa. Dia tak kisahlah apa yang nak jadi dengan Haqq sekalipun. Yang penting dia puas hati sebab dah berjaya kenakan lelaki itu.

“Dia tak kenal lagi Daneen Qasya.” Daneen tersenyum puas. Sepuas hatinya ketika ini.

“Daneen!” Joana berlari anak ke arah Daneen dan Salwa yang sedang duduk di bangku tepi kolam itu. Wajahnya nampak cemas. Seperti ada sesuatu yang sedang berlaku.

“Apa lagi si pondan ni nak?” soal Salwa.

“Kenapa Joana?” soal Daneen.

“Kita ada masalah besar sekarang ni Daneen. Encik Haqq!”

Dengar saja nama Haqq disebut, Daneen terus bangun daripada duduknya. Ah! Mesti si Hulk ni cari masalah lagi.

“Cepat Daneen!” gesa Joana.

Tanpa menunggu lama Daneen terus bangun dan mengikut Joana pergi. Hanya Salwa yang masih di situ.

DANEEN dan Joana berlari anak menuju ke bilik bernombor 140 itu. Dia terkejut saat melihat Haqq sedang bergelut dengan seorang pelanggan lelaki. Sudahlah lelaki itu hanya memakai kain tuala. Ah gila!

“Haqq stop it! Sudah!” Daneen tarik lengan Haqq untuk menghentikan lelaki itu daripada terus memukul pelanggan lelaki tadi.

“Dia yang mula dulu! Lepaskan I!” Haqq menepis tangan Daneen.

“Haqq!” Daneen mula naik geram.

Joana pula terpaksa menahan lelaki itu daripada berhenti menyerang Haqq. Tapi tiba-tiba...

Tuala yang dipakai pelanggan lelaki tadi terlucut dari tubuhnya. Haqq dengan pantas memusingkan tubuh Daneen menghadapnya supaya tidak memandang pelanggan lelaki itu. Wajah Daneen disembamkan pada dadanya. Boleh buta mata oi!

“Jangan tengok!”

“Arghh! Aduh terlucut pula tualanya,” terjerit Joana dibuatnya.

Pelanggan lelaki itu pula dengan pantas mengutip kembali tualanya. Suasana di dalam bilik itu menjadi kecoh seketika.

“Isy!” Daneen menolak kasar dada Haqq. Dia harus selesaikan masalah ini secepat mungkin.

“Joana, bawa Haqq keluar daripada sini,” arah Daneen.

Joana mengangguk akur. “Jom encik Haqq.”

Berat kaki Haqq nak meninggalkan bilik itu. Macam mana dengan Daneen nanti? Ah kenapa kau sibuk-sibuk nak fikirkan tentang dia Haqq? Disebabkan dia lah semua masalah ni jadi.

Joana terus tarik tangan Haqq keluar daripada bilik itu. Tinggallah Daneen bersama dengan pelanggan tadi.

HAQQ melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia merengus geram. Habis wajahnya luka gara-gara dipukul lelaki tadi.

“Argh!” Wajah diraup kasar.

Butang baju kemejanya dibuka satu per satu. Habis kotor bajunya gara-gara mengemas bilik tadi. Bau sisa makanan tadi turut melekat di bajunya. Dia tak mahu terus memakai baju kemeja itu.

Tiba-tiba pintu pejabat terbuka. Terjengul wajah Daneen. Haqq turut memandang ke arah pintu.

“Err sorry...” Terasa membahang wajah Daneen saat melihat badan Haqq yang terdedah itu. Dah kenapa pula mamat ni buka baju? Aduh!

Baru Daneen nak melangkah pergi daripada situ, pergelangan tangannya sudah ditarik oleh Haqq. Haqq terus menariknya masuk ke dalam bilik itu. Pintu bilik ditutup rapat.

“Apa ni Haqq?” Daneen merentap kembali tangannya. Gagal. Pegangan Haqq sangat kuat.

“Jangan nak lari!”

“Mana ada I lari. You pakailah baju.” Sekali lagi Daneen merentap kembali tangannya. Kali ini barulah Haqq melepaskannya.

Haqq tersenyum sinis. “You nak suruh I pakai baju busuk tu? No way!”

Daneen ketap bibir. Sedaya upaya dia mengalihkan pandangannya supaya tak pandang dada bidang Haqq yang terdedah itu.

Dia mengambil peti first aid kit yang terletak di atas rak.

“Come,” panggilnya. Tak sampai hati pula tengok luka di wajah Haqq.

Haqq hanya menurut. Dia ikut Daneen yang sudahpun duduk di atas sofa panjang itu.

Daneen menuang ubat kuning pada kapas kemudian perlahan-lahan kapas itu ditekapkan pada luka di tepi bibir Haqq.

“Perlahan-lahanlah,” rungut Haqq. Berkerut dahinya menahan pedih.

“Perlahanlah ni,” selar Daneen geram. Tahanlah sikit. Huh!

“Ini semua salah you Daneen! You memang sengaja nak kenakan I kan? You cakap customer tu dah check out. Tapi kenapa dia masih ada lagi dalam bilik tu?” soal Haqq geram.

“Manalah I tahu. Sepatutnya customer tu dah check out dua jam yang lepas. I sendiri tak sangka dia masih belum check out,” bidas Daneen mempertahankan dirinya.

Haqq tak percaya. Dia tetap dapat rasakan yang Daneen memang sengaja nak kenakan dia.

Wajahnya tiba-tiba dirapatkan dengan Daneen. Sangat dekat. Sehingga Daneen dapat rasakan hembusan nafasnya.

“You jangan nak macam-macam eh Haqq. I jerit nanti!” Daneen memberi amaran. Sudahlah lelaki ni tak berbaju. Sesak nafas dibuatnya.

“Jeritlah,” cabar Haqq. Sengaja dirapatkan lagi jarak mereka. Seronok pula tengok muka cuak Daneen. Haa tahu takut.

Daneen mengundur ke belakang sehingga belakang tubuhnya tersentuh bahagian pemegang sofa. Saat ini dia tahu dia dah tak dapat nak lari lagi.

“Jangan. Dekat.” Daneen menahan dada Haqq.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka daripada luar.

Mereka berdua serentak menoleh ke arah pintu.

“Haqq! Daneen!”

Bulat mata Daneen.

Dato' Tarmizi! Kaki Daneen automatik menendang Haqq.

“Aduh!”

Haaa padan muka Haqq >< Siapa suruh cari pasal dengan Daneen.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-06-03 07:36:01 

morning dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience