LAFH - 6

Romance Series 665659

MELIHAT Daneen tak lagi meronta seperti tadi, Haqq perlahan-lahan menarik kembali tangannya yang menekup mulut gadis itu tadi.

“You dah gila ke Haqq? Kenapa you masuk toilet perempuan?” soal Daneen bengang.

Haqq buat tak tahu. Wajah selamba ditayangkan.

“Ambil ni.” Haqq menghulurkan sesuatu padanya.

“Apa benda tu?” soal Daneen.

“Losyenlah. Sapu kat pipi you tu. Nanti you pergi report pejabat buruh pula cakap majikan you dera you.”

Daneen menjeling geram. Sehari si Hulk ni tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya?

“Ambillah,” gesa Haqq.

“I tak nak,” balas Daneen. Dia memeluk tubuh.

“You ingat I nak tolong sapukan losyen ni dekat pipi you ke Daneen?” Haqq tersenyum mengejek.

Mencerlung mata Daneen pandang Haqq. Hey, bila masa pula aku minta dia sapukan losyen tu dekat muka aku?

“Bila masa pula I minta you sapukan losyen tu dekat pipi you?”

“I kenal perempuan macam you Daneen.”

Daneen menjeling geram. Sesuka hati jer si Hulk ni nak menilai aku. Huh!

“Keluarlah! Ke you nak I panggil guard?” halau Daneen.

Haqq ketawa. “Suka hati I lah. Hotel ni bapak I punya. Jadi suka hati I lah nak masuk mana-mana tempat yang I suka.”

“Tapi you dah ceroboh privasi orang. Buatnya ada perempuan...” Bicara Daneen terus terhenti apabila Haqq tiba-tiba menarik tangan kanannya.

“Ambil ni. Sapu dekat pipi you tu,” arah Haqq. Losyen yang dibawa tadi dipaksa Daneen ambil.

Matanya sempat menilik pipi kanan Daneen yang kemerahan itu. Boleh tahan kuat tamparan Datin Mariam tadi. Nasib baik tak terteleng kepala Daneen.

“I tak nak. Mana boleh paksa-paksa I ikut cakap you,” bentak Daneen.

“You nak ambil losyen ni atau you nak I... Well, kita berdua jer dekat dalam ni Daneen.” Haqq tersenyum nakal. Jari telunjuknya dihalakan tepat ke bibir merah delima Daneen.

Bulat mata Daneen memandang Haqq. Ah si Haqq ni memang tak guna! Nak main ugut-ugut pula.

“Buatlah kalau you berani!”

“Jangan cabar I, Daneen.”

Bunyi suara orang berbual di luar tandas membuatkan mereka berdua terdiam. Haqq mula cemas. Matilah dia kalau tertangkap.

Daneen sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi lelaki itu. Tadi berlagak sangat kan. Hah! Rasakan.

“Janganlah ketawa Daneen. Cepat tolong I!”

“Manalah I tahu. You yang cari pasal.” Daneen angkat bahu.

“Argh!” Haqq terus berlari masuk ke dalam tandas. Pintu tandas dikunci. Buat sementara waktu terpaksalah dia menyorok di situ.

“Cik Danen,” sapa seorang gadis bertudung hitam.

“Hai Fara.” Daneen tersenyum nipis pada gadis itu. Fara salah seorang housekeeping di sini.

“Alah tandas favourite Fara ada orang lah pula.” Fara mengeluh perlahan melihat tandas yang pertama itu berkunci.

“Takpalah Fara tunggu,” ujarnya sambil berdiri di hadapan pintu tandas itu.

Daneen ketap bibir. Kalau Fara tunggu di sini, kantoilah Haqq berada di dalam. Ah ikutkan hatinya dibiarkan saja. Tapi nanti masalah lain pula timbul. Otaknya ligat mencari idea.

“Err Fara. Lama lagi rasanya orang dekat dalam tu. Fara masuk jer lah tandas yang lain. Kan banyak lagi tandas yang kosong. Harini ramai customer nak check in. Jadi lepas ni Fara pergi check semua bilik dulu. Make sure semuanya berada dalam keadaan baik. Saya tak nak ada customer yang complain nanti.”

“Baik cik Daneen.” Fara menurut. Tak berani dia nak melawan Daneen.

Daneen tarik nafas lega. Dia menjengah ke luar pintu tandas. Sebaik memastikan tiada orang di luar, dia mengetuk pintu tandas Haqq bersembunyi tadi. Memberi isyarat pada lelaki itu.

Haqq pula cepat-cepat keluar daripada tandas. Fuh! Berpeluh-peluh dibuatnya.

“Jangan lupa sapu losyen tu,” pesannya sebelum beredar.

Daneen mencebik. Disapu juga losyen yang Haqq berikan tadi di pipinya. Tak pasal-pasal pipinya merah sebelah. Ah ni semua Haqq punya pasal!

HAQQ merebahkan badannya di atas katil. Dia baru saja selesai menunaikan solat isyak. Songkok yanh dipakainya tadi dibuka lalu diletakkan di tepinya.

Jauh fikirannya melayang teringatkan Daneen. Dia jadi tertanya-tanya betul ke gadis itu memang ada hubungan dengan papanya?

Bagaimana mereka berdua boleh saling jatuh cinta? Ah ini pasti bukan kerana cinta. Sudah tentu kerana harta semata-mata. Berlambak di luar sana perangai gadis seperti Daneen. Yang mahu hidupnya senang. Tak perlu bersusah payah mencari duit. Cari saja lelaki kaya. Tua pun tak mengapa. Yang penting banyak harta.

Haqq bangun daripada pembaringannya. Dia bergerak ke bakul baju kotornya. T-shirt yang Daneen berikan padanya siang tadi diambil.

“I ambil baju ni sebab I terpaksa. Lepas I pakai, I akan make sure baju ni I buang. I tak akan simpan barang pemberian you.”

“Suit yourself encik Haqq. Do whatever you want. Nak jadikan kain buruk pun boleh.”

Entah mengapa berat hatinya untuk buang t-shirt itu. Padahal siang tadi dia juga yang beria-ia mahu membuangnya selepas dia pakai. Sudahnya Haqq masukkan semula t-shirt itu ke dalam bakul baju kotornya.

“I nak you pecat perempuan tu! I tak peduli.”

Dato’ Tarmizi bangun daripada pembaringannya. Dia turun daripada katil lalu bergerak ke balkoni biliknya.

“Mizi! You dengar tak apa I cakap ni?” Datin Mariam naik berang apabila suaminya itu hanya buat tak tahu.

“I tak akan pecat dia tanpa sebab. Takkan I nak pecat dia untuk puaskan hati you? Ini tak adil untuk dia.”

Datin Mariam ketawa sinis. “Apa you cakap? Adil? Wow! You pandai cakap pasal adil. You memang betul-betul nak duakan I ke? You dah miang sangat nak kahwin dengan perempuan murahan tu?!”

Dato’ Tarmizi terus berpaling menghadap isterinya. Wajahnya tegang.

“Jangan nak hina dia Mariam. Dia tak buat apa-apa kesalahan pun dengan you.”

“Inilah masalah you Mizi! You lebih pentingkan orang luar daripada isteri you sendiri! Perempuan murah tu perangai dia sama jer macam mak dia. Keturunan dia memang semuanya perangai murahan!”

“Mariam!” Mencerlung mata Dato’ Tarmizi memandang isterinya itu. Kesabarannya kian menepis. Letih menghadap perangai isterinya itu.

“Apa? Salah ke apa yang I cakap? Dulu mak dia tergila-gilakan you. Sekarang ni dia pula! Bukan ke itu perangai perempuan murahan?”

“Stop it Mariam! I dah tak nak dengar apa-apa lagi.” Dato’ Tarmizi terus angkat kaki beredar meninggalkan bilik. Tak sanggup lagi dia nak bertekak dengan isterinya itu.

DANEEN mengesat peluh yang merenik di dahinya menggunakan tuala yang tersangkut di lehernya. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Sudah lama dia tak berjogging.

Disebabkan hari ini dia terjaga awal dan tidak tahu mahu kemana, dia memutuskan untuk keluar berjogging di taman berhampiran kawasan perumahannya. Salwa pula terpaksa bekerja hari ini. Jadi dia pergi jogging sendirian.

Daneen melabuhkan duduknya di bangku yang tersedia di taman itu. Sekadar melepaskan lelah. Air mineral yang dibawa bersama tadi diteguk sedikit menghilangkan rasa dahaga.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi kucing. Ditoleh ke kiri dan kanan. Mencari dimana kucing itu berada.

Tiada.

Daneen terus bangun dari duduknya. Namun saat dia mendongak, dia terpandangkan seekor kucing yang tersangkut di atas pokok.

Tak tunggu lama, Daneen terus memanjat pokok itu untuk menyelamatkannya. Daneen memang pencinta haiwan. Lagi-lagi kucing.

Naik saja di atas pokok, Daneen terus mengangkat kucing berwarna jingga itu. Sebelah lagi tangannya memegang dahan pokok itu.

“Alolo kesiannya dia. Haa tu lah siapa suruh nakal lagi panjat pokok. Kan dah tak tahu turun.”

Eh kejap!

Tapi macam mana aku nak turun sekarang ni? Daneen perlahan-lahan tundukkan kepalanya memandang ke bawah. Mak ai tingginya! Gayat dibuatnya.

“Mak!” Dia memejam mata perlahan. Haa tu lah kau Daneen, tadi waktu nak panjat tak fikir macam mana nak turun. Kau dengan kucing tu pun sama jer. Tak ada beza.

Otaknya ligat memikirkan cara bagaimana hendak turun daripada pokok ini. Sudahlah tak ada orang yang lalu lalang di sini. Kepada siapa dia ingin meminta pertolongan?

Daneen rasa nak menangis sekarang ni. Dipandang sepi kucing yang di selamatkannya tadi.

“Daneen! You buat apa dekat atas pokok tu?”

Daneen terus mencari pemilik suara itu. Dia terkedu seketika. Hulk? Macam mana si Hulk ni boleh tiba-tiba muncul dekat sini pula? Sudahlah dia dekat atas pokok sekarang ni. Pasti lelaki itu akan ketawakannya. Ah malang betul nasib kau Daneen!

Berkerut-kerut dahi Haqq memandang Daneen. Hari ini dia saja keluar berjumpa dengan kawan lamanya. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di taman ini. Tak sangka dia terserempak dengan Daneen. Dan yang paling dia tak sangka dia jumpa Daneen di atas pokok!

“Haqq! Tolong I...” Daneen sudah tak peduli kalau Haqq nak ketawakan dia sekalipun. Hanya lelaki itu yang boleh membantunya saat ini. Takkan dia nak duduk atas pokok ni sampai bila-bila.

“I tak tahu macam mana nak turun.”

Berdekah Haqq ketawa. “Yang you panjat pokok tu kenapa? Dah buang tabiat ke?” soalnya dengan tawa yang masih tersisa.

Daneen ketap bibir. Kurang asam punya Hulk! Nasib baiklah aku betul-betul perlukan pertolongan kau sekarang ni.

“I panjat pokok sebab nak selamatkan anak kucing ni.”

Haqq geleng kepala. “You teringin nak jadi bomba pula ke Daneen?”

“Haqq! Cepatlah tolong I!” Daneen sudah hilang sabar.

“Lompatlah cepat!” arah Haqq.

“Hei you dah gila ke?” marah Daneen kembali. Takkan lah dia nak lompat. Silap-silap patang pinggangnya nanti. Boleh tahan tinggi juga pokok ini.

“Lompatlah! I sambut you. Jangan risau.”

Daneen diam. Hmm boleh percaya ke si Hulk ni? Macam mana kalau dia memang sengaja nak kenakan aku?

“Cepatlah Daneen!” gesa Haqq.

“I kira satu, dua, tiga you terus lompat okay!”

Daneen pejam mata perlahan. Bibirnya terkumat-kamit berzikir.

“Satu... dua... tiga... Lompat!” jerit Haqq.

Dengan mata yang masih terpejam Daneen terus lompat. Sedar-sedar saja dia sudah jatuh dalam dukungan Haqq.

“Fuh!” Daneen tarik nafas lega. Terus dia buka mata.

“Miaww...”

Gara-gara terkejut, Haqq terus melepaskan tangannya.

Buk!

“Aduh.” Tergolek Daneen jatuh ke atas tanah.

“Jauhkan binatang berbulu tu daripada I!” Haqq memberi amaran. Sejak kecil dia memang fobia dengan kucing.

Daneen ketawa kecil. Haqq takut kucing? Huh! Nampak macho tapi takut kucing rupanya.

“Kesian Atan. Haqq takut dengan Atan ya?” Diusap-usap perlahan badan kucing itu.

Haqq berdecit perlahan.

“Haqq, Atan nak cakap terima kasih dengan you.” Daneen bangun dan terus berdiri. Tiba-tiba tercetus idea nakalnya mahu mengenakan Haqq.

“Daneen! Jangan. Dekat.” Haqq mula cuak bila Daneen sengaja menghulurkan kucing itu padanya.

“Tapi Atan cuma nak kawan jer...”

“Daneen! Jangan cari pasal!”

Geli hati Daneen melihat reaksi lelaki itu. Lagi galak dia mengusik Haqq. Inilah masanya untuk dia balas dendam dengan lelaki itu. Dia semakin menghampiri Haqq.

“Atan cakap dia nak...” tak sempat Daneen habiskan ayatnya, Haqq sudah berlari daripada situ.

Terkekeh-kekeh Daneen ketawa. Sampai mengalir air matanya. Sekarang dia dah tahu kekurangan lelaki itu. Siap kau nanti!

Happy reading!

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-06-07 22:12:46 

tq update..nak lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience