LAFH - 24

Romance Series 665659

“APA? Dah bertunang?” Terbuntang matanya. Datin Mariam sedikit terhenyak mendengar kenyataan yang baru didengarnya. Macam tak percaya selama ini, hidup-hidup dia ditipu oleh Zira.

Tengah hari ini dia menerima kedatangan Zira dan ahli keluarganya. Sangkanya mereka ingin berbincang tentang majlis pertunangan Zira dan Haqq yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Rupa-rupanya ada kejutan lain.

“Ya, anak kami dah bertunang. Majlis perkahwinannya pun dah tak lama lagi,” balas Ahmad, ayah kepada Zira.

“Kau tipu aku?!” Tajam anak mata Datin Mariam menikam wajah Zira yang duduk di sisi ibunya itu. Gadis itu sejak daripada tadi hanya membisu. Satu patah perkataan pun tak keluar daripada mulutnya.

“Sabar Mariam.” Dato’ Tarmizi mengusap perlahan lengan isterinya itu. Dia tidaklah terlalu terkejut mendengar berita ini. Daripada awal lagi dia dapat rasakan seperti ada yang tidak kena dengan Zira. Tak sangka firasat hatinya selama ini benar. Entah apa motif Zira agaknya.

“Tapi anak kami cakap, Datin yang paksa dia bertunang dengan anak Datin. Mana anak Datin? Dia yang culik Zira ke sini kan?” tempik Julia, ibu kepada Zira.

Terjengil mata Datin Mariam mendengar tuduhan mereka. Sejak bila pula dia memaksa Zira bertunang dengan Haqq? Zira sendiri yang rela hati untuk bertunang dengan Haqq dan Zira sendiri yang datang ke Kuala Lumpur. Haqq tak pernah bawa dia datang ke sini.

“Hei, kau jangan nak fitnah keluarga aku eh!” Datin Mariam bangun daripada sofa ingin menyerang Zira. Sabarnya sudah tidak tertahan lagi. Zira benar-benar dah melampau. Senang-senang saja dia menfitnah mereka.

“Mariam, bawa bertenang.” Dato’ Tarmizi turut bangun. Dia menarik tubuh isterinya. Menghalang Datin Mariam daripada menyerang Zira. Tak ada gunanya menggunakan kekasaran. Silap-silap nanti kalau keluarga Zira ambil tindakan, mereka yang susah.

“Kau ni memang perempuan tak guna. Perempuan murah!” Terjerit-jerit Datin Mariam dibuatnya. Kalau tak kerana Dato’ Tarmizi menghalangnya, sudah lama dikerjakan Zira cukup-cukup. Biar puas hatinya.

“Jangan nak hina anak kami! Datin tak berhak nak cakap anak kami macam tu!” bidas Julia geram. Sakit hati apabila Zira dihina.

Zira ketap bibir. Lengan ibunya dipeluk kemas. Takut melihat amukan Datin Mariam. Rahsianya selama ini terbongkar. Tak sempat dia nak merasa menjadi tunang Haqq. Impiannya terkubur begitu saja.

Pertunangannya dengan Bahrin bukanlah kerana kehendak dirinya sendiri. Keluarga dia dan Bahrin yang beria-ria mahu menjodohkan mereka. Dia tiada pilihan. Sekelumit cinta pun tiada buat Bahrin di dalam hatinya. Hanya nama Haqq yang terlakar kemas di hatinya saat ini. Sayangnya semua berakhir sekelip mata.

“Assalamualaikum.” Haqq melangkah masuk ke dalam rumah.

Lima pasang mata yang berada di ruang tamu itu memandang ke arahnya. Haqq melangkah merapati mereka.

“Jadi inilah lelaki yang dah culik anak kami tu?” Julia memandang Haqq atas bawah. Pandangan yang penuh tidak puas hati.

Haqq merenung tajam wajah Zira. Tak cukup gadis itu menipu ahli keluarganya, sekarang ni Zira nak fitnah mereka pula?

“Lebih baik you cerita hal yang sebenar Zira,” ujar Haqq tegas.

Zira telan air liur. Orang-orang yang berada di depannya kini nampak begitu menakutkan. Kalau dia ada kuasa, dah lama dia hilangkan diri. Tak sanggup nak menghadapi mereka.

“I boleh saman fitnah ke atas you. Kita jumpa dekat mahkamah,” ugut Haqq.

Zira makin tak senang duduk. Gusar.

“Hei, jangan nak ugut kami! Ingat kami takut ke? Kalau nak sama, samanlah. Kami boleh cari peguam untuk lawan semula!” bidas Julia.

“Silakan...”

“I minta maaf Haqq! I minta maaf. I yang salah. I yang tipu you dan family you.” Akhirnya Zira bersuara.

Julia dan Ahmad terkejut mendengar pengakuan anak mereka.

“Apa ni Zira?” soal Julia geram. Bermati-matian dia pertahankan Zira tadi. Rupanya anaknya itu memang bersalah. Mana dia nak letak muka?

Zira sudah menangis teresak-esak. Ahmad menghela nafas berat. Tak sangka anaknya itu sanggup memalukan mereka.

“Dato, Datin saya minta maaf sangat-sangat atas perlakuan anak saya. Tolong jangan ambil apa-apa tindakan ke atas dia,” rayu Ahmad.

“Mari balik!” Julia menarik kasar tangan Zira keluar daripada rumah agam itu. Malu tak terkata.

“Tak apa. Kami maafkan. Anggaplah ini suatu pengajaran untuk kita semua,” balas Dato’ Tarmizi tenang.

“Terima kasih. Saya minta diri dulu.” Ahmad terus melangkah pergi.

Datin Mariam merengus geram. Panas hatinya. Rasa macam nak meletup.

“Budak tu memang tak guna. Hidup-hidup dia tipu I.”

Haqq pula terus berlalu naik ke tingkat atas. Malas nak bercakap tentang hal ini lagi. Sudahlah dia mendapat habuan daripada tunang Zira tadi. Masih terasa senak perutnya. Tak pasal-pasal aje.

Tapi Haqq lega. Mujur saja semuanya sudah terbongkar awal sebelum majlis pertunangan mereka. Buatnya mereka masih tak tahu, tak pasal-pasal dia bertunang dengan tunangan orang.

“SAKIT lagi?” soal Raja prihatin. Takut juga kalau tangan Daneen terseliuh ketika ditolak oleh lelaki itu tadi.

Daneen menggeleng perlahan. Dia melemparkan pandangan kosong ke arah kolam renang di hadapannya. Raja mengambil tempat di sebelahnya.

“Betul ke encik Haqq rampas tunang orang?” soal Raja ingin tahu.

“I tak tahu.” Daneen malas nak ambil kisah. Itu bukan masalahnya. Nanti orang cakap dia penyibuk pula. Biarlah Haqq yang selesaikan sendiri masalahnya. Dia tak mahu masuk campur.

“You dengan Haqq memang tak ada apa-apa hubungan ke?” soal Raja lagi.

Dahi Daneen berkerut. “Siapa pula yang cakap kami ada hubungan?” soalnya kembali.

Raja angkat bahu. “Apa yang I nampak, Haqq tak suka bila ada lelaki rapat dengan you. Jadi I buat assumption yang kau orang berdua memang ada hubungan.”

“Nonsense.” Daneen menggeleng. Tak boleh terima. Raja tak nampak ke Haqq tu dah mula lancarkan perang dingin dengannya sejak kali pertama mereka bertemu? Tang mananya nampak Haqq dan dia bercinta?

“He hates me Raja,” ujar Daneen perlahan. Dibenci tanpa alasan itu sakit. Mungkin selama ini nampak dia macam tak kisah tapi jauh di sudut hatinya dia peduli. Ramai yang mula bencikannya apabila fitnah dia dan Dato’ Tarmizi ada hubungan sulit tersebar. Terlalu mudah untuk mereka menghukumnya.

Yang paling terkesan di hati Daneen ialah Datin Mariam dan Haqq. Hatinya terluka tiap kali Datin Mariam menghina arwah ibunya juga.

“Fitnah itu dimulakan oleh si pembenci, dipanjangkan oleh si dhaif dan diterima bulat-bulat oleh si...” kata-kata Raja terhenti disitu.

“I tak sangka orang sebaik you pun masih ada yang benci Daneen. I tak nampak alasan kenapa dia orang perlu bencikan you melainkan dia orang cemburu dengan apa yang you ada,” sambung Raja semula.

Daneen menghela nafas perlahan. Dia mampu nak puaskan hati semua orang dan dia juga tiada kuasa untuk buat semua orang suka padanya.

DATO’ Tarmizi menghampiri Haqq yang sedang duduk di ruang tamu. Di tangannya ada mug berisi teh tarik yang dibancuhnya tadi.

“Haqq,” tegurnya.

Haqq hanya diam. Matanya masih melekat pada komputer ribanya. Sedikit pun dia tidak menoleh memandang wajah ayahnya itu.

Dato’ Tarmizi mengambil tempat di sebelah Haqq. “Papa ada buatkan air teh tarik untuk Haqq. Mesti Haqq rindukan nak minum teh tarik yang papa buat?” Dia cuba menarik perhatian anaknya itu.

Dulu Haqq suka sangat minum teh tarik yang dibancuhnya. Kalau boleh tiap malam Haqq mahu minum teh tarik yang dibancuhnya.

Haqq masih lagi diam. Membuatkan Dato’ Tarmizi sedikit kecewa. Dia cuma mahu berbual dengan Haqq.

“Minumlah Haqq. Nanti kalau dah sejuk, tak sedap pula.” Mug itu ditolak di hadapan Haqq.

“Haqq tak haus.” Akhirnya Haqq buka mulut. Itupun acuh tak acuh sahaja.

Dingin. Dapat Dato’ Tarmizi rasakan. Namun riak wajahnya cuba dikawal. Menutup rasa hatinya.

“Minumlah sikit. Nanti belum tentu Haqq dapat rasa lagi.”

Haqq menutup kasar komputer ribanya. “Papa tak perlulah nak ambil hati Haqq. Selagi papa tak berubah, selagi tu Haqq tak boleh nak anggap papa macam seorang ayah.”

“Haqq cakap apa ni? Tak sudah-sudah lagi ke Haqq nak tuduh papa ada hubungan dengan Daneen?”

“Itu memang kenyataannya kan? Mengaku jer lah papa.”

Nafas dihela berat. “Kalau setiap kali kita cakap pasal hal ni hubungan kita jadi tegang, lebih baik...”

“Semuanya berpunca daripada papa!” Haqq memotong kata-kata Dato’ Tarmizi.

“Papa tak perasan ke hubungan papa dan mama dah mula regang? Dah tak mesra macam dulu. Dan papa langsung tak cari jalan untuk pujuk mama. Itu tandanya apa? Itu tandanya paoa memang dah tak peduli tentang kami. Yang ada dalam kepala papa tu cuma perempuan tu!”

“Suatu hari nanti Haqq akan faham kenapa papa buat semua ni.”

“Sebab papa bertuhankan nafsu!” Dada Haqq berombak laju. Sudah tidak difikirkan lagi apa yang keluar daripada bibirnya ketika ini.

Hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati seorang ayah mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut anaknya sendiri. Pelupuk mata Dato’ Tarmizi terasa panas.

Haqq terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan Dato’ Tarmizi sendirian. Dato’ Tarmizi menarik nafas perlahan. Dadanya yang terasa sakit itu dipegang. Nafasnya mula rasa tersekat-sekat.

“Haqq...” Dia cuba meminta pertolongan Haqq. Namun tak mungkin Haqq bisa dengar panggilannya. Lelaki itu sudah naik ke biliknya.

Happy reading! Maaf sebab orked dah lama tak update. Terima kasih sebab menunggu ><

Share this novel

Anis Syairah Anis Syairah
2021-08-23 23:56:35 

Haqqqqqqq kenapaa kau nakkkkk. Papa sakit tuuu

Nor Azlina
2021-08-23 22:55:22 

tq update.kalau boleh orkid update hari2 la.best cerita ni.

Nor Azlina
2021-08-23 22:55:20 

tq update.kalau boleh orkid update hari2 la.best cerita ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience