LAFH - 10

Romance Series 665607

HAMPIR sepuluh minit mereka bertiga membisu. Hanya pandangan mata yang menjadi pengganti bicara. Bibir masing-masing seakan terkunci saat ini.

“Apa Haqq buat dekat sini?” Dato’ Tarmizi akhirnya bersuara. Memecahkan tembok kesunyian antara mereka bertiga.

Daneen sedari tadi hanya menunduk dan memintal jari sendiri. Terasa darah menyerbu ke wajah. Bahang. Dia malu dengan Dato’ Tarmizi. Pasti lelaki itu akan fikir yang bukan-bukan tentangnya. Dan ini bukan kali pertama mereka tertangkap dalam keadaan begini. Ah! Memalukan.

“Sepatutnya Haqq tanya papa. Apa yang papa buat dekat sini?” soal Haqq kembali. Dikerling sekilas ke arah Daneen. Nak tergelak pun ada melihat wajah pucat gadis itu. Tadi bukan main seronok kenakan orang kan.

“Haqq jangan ingat papa tak tahu apa yang Haqq dah buat.” Tajam anak mata Dato’ Tarmizi merenung anak tunggalnya itu.

Haqq diam seketika. Pasti ayahnya itu sudah tahu dialah punca mengapa Daneen berada di hospital ketika ini.

Daneen mula tak senang duduk. Bilik yang sejuk itu terasa panas. Keadaan menjadi tegang ketika ini. Dia mula risau kalau dua beranak itu tiba-tiba bertumbuk. Apa kau merepek ni Daneen? Takkanlah Haqq nak pukul ayah dia sendiri.

“Aduh...” Daneen tiba-tiba mengaduh kesakitan. Kakinya yang berbalut itu dipegang.

Dato’ Tarmizi dan Haqq serentak bangun dan menghampirinya.

“Kenapa ni Daneen?”

“Kaki you sakit lagi ke?”

Serentak dua beranak itu menyoal. Daneen tak menjawab. Dia hanya mengangguk. Dahi dikerutkan supaya lakonannya nampak lebih menjadi.

“I panggilkan doktor.” Haqq terus beredar meninggalkan bilik itu.

“Tahan sikit ya Daneen,” ujar Dato’ Tarmizi.

Daneen sekadar mengangguk. Terpaksa dia berpura-pura sakit untuk menghentikan dua orang lelaki itu daripada terus bergaduh. Lain pula yang jadinya nanti.

“HAQQ masih berhutang jawapan dengan papa. Explain sekarang. Apa yang Haqq dah buat dekat Daneen?”

Haqq yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen itu terus angkat wajah memandang Dato’ Tarmizi yang sudah berdiri di tepinya.

“Kenapa papa tak tanya dia sendiri?” soal Haqq kembali.

“Jangan nak mengelak. Jawab soalan papa cepat.”

“Haqq akan jawab. Tapi lepas papa jelaskan dulu tentang gambar ni.” Telefon bimbitnya dihulurkan pada Dato’ Tarmizi. Gambar yang Datin Mariam terima tempoh hari terpapar di skrin telefonnya.

Dato’ Tarmizi terdiam seketika. Macam mana Haqq ada gambar tu?

Haqq ketawa sinis. “Kenapa papa diam? Sampai hati papa berlaku curang dengan mama kan. Dengan perempuan yang lebih kurang sebaya dengan anak papa sendiri pula tu. Papa tak malu ke buat perangai macam ni?”

Dato’ Tarmizi meraup perlahan wajahnya. Nafas dihela berat.

“Jangan biadab dengan papa.”

“Salah ke apa yang Haqq cakap? Apa kurangnya mama? Papa sedarlah yang papa tu dah tua. Daripada sibuk bercinta dengan perempuan muda macam tu lebih baik papa siapkan diri untuk mati.”

Dato’ Tarmizi terpempam. Dia tak sangka kata-kata itu akan keluar daripada bibir Haqq sendiri.

Haqq juga terdiam. Sedar akan keterlanjurannya. Dia tak berniat nak melukai hati ayahnya itu.

“Papa... Haqq... Haqq minta...”

“Haqq dah tak sabar nak tengok papa mati ke?” Dato’ Tarmizi memotong.

Haqq ketap bibir. Kepala digeleng perlahan. Bukan itu maksudnya.

“Papa dah jelaskan banyak kali pada Haqq yang papa dan Daneen tak ada apa-apa hubungan. Kalau Haqq nak terus fikir begitu, silakan. Papa tak boleh nak halang. Tapi ingat, kalau sekali lagi Haqq cuba buat sesuatu pada Daneen, papa tak akan duduk diam.” Langkah kaki terus dibawa meninggalkan ruang tamu. Hatinya benar-benar terluka dengan kata-kata Haqq sebentar tadi.

Haqq meraup rambutnya ke belakang. Dia mengeluh perlahan.

PINTU bilik kerja dibuka. Suis lampu ditekan. Bilik yang tadinya gelap kini sudah terang benderang. Langkah kaki dibawa ke meja yang diletakkan di tepi bilik. Duduk dilabuhkan di situ.

Dato’ Tarmizi menarik laci meja. Sebuah buku bersaiz A5 dikeluarkan. Buku itu dibuka. Sekeping gambar wanita yang terselit di situ diambil.

“Maafkan saya Bainon. Saya dah mungkir janji. Saya tak jaga Daneen baik-baik.” Mata dipejam perlahan. Rasa bersalah menghurung hatinya kerana tidak menjalankan amanah yang diberikan padanya dengan baik.

Sehingga kini dia rasa bersalah dengan Bainon dan Daneen. Kerana rasa bersalahnya itulah dia menjaga Daneen seperti anak kandungnya sendiri. Tapi lain pula yang orang luar sangkakan.

Terutama Datin Mariam. Wanita itu benar-benar benci dengan Daneen. Padahal dialah sebab utama mengapa Dato’ Tarmizi lakukan semua ini.

Dato’ Tarmizi menyimpan kembali gambar itu. Diselak buku itu ke halaman yang seterusnya. Di situ ada sekeping sampul. Sampul itu dibuka. Ada beberapa keping gambar. Gambar itu dikeluarkan.

Mata dipejam perlahan. Setiap kali dia melihat gambar itu, setiap kali itulah juga hatinya bagai disiat-siat. Kenyataan yang sehingga kini dia tidak boleh terima. Tapi rasa cinta membuatkan dia terus bertahan. Membuatkan dia sanggup menelan segala luka.

Tak sedar air matanya menitis perlahan. Menitik di atas gambar yang dipegangnya.

DANEEN berjalan ke stor belakang. Tempat di mana housekeeping berehat. Dia mahu memantau kerja mereka. Setelah seminggu dia berehat di rumah, hari ini Daneen kembali bekerja. Kakinya juga sudah kembali pulih.

“Amboi seronoknya berkelah,” tegur Daneen.

Mira dan beberapa orang housekeeping yang lain terkejut dengan kehadiran Daneen. Cepat-cepat mereka bangun.

“Sekarang ni waktu bekerja atau berehat?”

“Kerja cik Daneen,” balas salah seorang daripadanya.

“Jadi yang tercegat dekat sini kenapa? Pergilah buat kerja.”

Bertempiaran mereka berlari meninggalkan stor itu. Daneen seorang yang tegas. Dua minggu lepas saja sudah lima orang pekerja yang dipecat gara-gara buat masalah ketika waktu kerja. Mereka tak mahu menerima nasib yang sama.

“Hei Daneen! Kau tak payah nak tunjuk bagus sangatlah. Kau lupa ke tak lama lagi jawatan kau tu akan jadi hak milik encik Haqq? Jadi jangan nak tunjuk bagus sangat. Lepas ni silap-silap kau tu akan dipecat! Kalau bernasib baik, dia orang akan ambil kau jadi cleaner. Bawah tapak kaki aku jer.”

Daneen ketawa. “Jauhnya kau fikir Mira. Aku pun tak terfikir semua tu. Tapi kan, kalau aku nak pecat kau sekarang pun boleh. Yalah, aku masih ada kuasa.”

Riak wajah Mira terus berubah. Bibir diketap rapat.

“Tapi aku kesian dengan mak dan adik-adik kau. Kalau kau tak kerja, siapa yang nak tanggung dia orang. Jadi sementara masih ada peluang ni, kerjalah elok-elok. Jangan sampai aku ubah fikiran.”

Mira terus beredar daripada situ. Hatinya mendongkol geram. Terkumat-kamit bibirnya menyumpah seranah Daneen.

Dari kejauhan, rasa cemburu menggigit tangkai hati Haqq. Dia tidak suka melihat Daneen rapat dengan Raja. Sehingga kini dia masih tertanya-tanya apa sebenarnya hubungan Daneen dan lelaki itu. Dipandang lama ke arah Daneen yang sedang berbual dengan Raja di lobi.

“Johan!” Haqq terus tarik lengan Joana yang kebetulan lalu di hadapannya.

Lelaki itu tersentak. “Joana lah.”

“Ah tak kisahlah Johan ke, Joana ke, Joyah ke, asalkan kau tahu yang panggil kau.”

Joana menjeling geram. Nasib baik kau ni helok! Huh, suka-suka jer tukar nama aku.

“Ada apa encik Haqq?” soal Joana.

“Siapa mamat tu? Apa yang dia buat dekat sini? Selalu sangat aku nampak dia datang sini.”

Joana memandang ke arah yang Haqq tunjuk. “Oh. Tu encik Raja. Encik Haqq tak tahu ke dia salah seorang pemegang saham dalam syarikat kita?” jelas Joana.

Terangguk-angguk kepala Haqq. Patutlah Raja selalu sangat datang ke sini. Dia sendiri tak pernah tahu lelaki itu salah seorang pemegang saham syarikat mereka.

“Oh... Encik Haqq cemburu ya?” Joana tersengih-sengih memandang Haqq.

Haqq laju menggeleng menafikannya. “Jangan nak mengarutlah. Aku cuma tak suka staf dekat sini bawa hal peribadi waktu kerja.”

“Ya ke?” Joana jungkit kening. Dia tak percaya. Gaya Haqq seperti kekasih yang cemburu.

“Tu... buah dada kau tu. Betulkan. Dah senget sebelah. Salah parking ke?” Haqq tersenyum mengejek sebelum berlalu meninggalkan Joana. Meremang bulu romanya melihat gaya Joana. Elok-elok diciptakan sebagai lelaki sejati, nak juga jadi perempuan.

Joana cepat-cepat membetulkan dadanya. Jelingan tajam dilempar pada Haqq. Haish, mulut tu jahat betul! Muka jer helok.

HAQQ masuk ke dalam pejabat. Dilihat Daneen sudah berada di meja kerjanya. Gadis itu sedang menyiapak laporan yang Dato’ Tarmizi minta. Tiba-tiba telefon bimbit Daneen berbunyi. Terus dijawab panggilan itu.

Mata Haqq tak bergerak daripada memandang Daneen. Dia ingin tahu siapa yang menghubungi gadis itu. Sesekali terdengar gelak ketawa Daneen. Membuatkan dia semakin tertanya-tanya.

“Siapa yang call?” soal Haqq apabila Daneen sudah habis berbual di telefon.

“Adalah. Kenapa? Jealous?”

“Huh, tak ada masa I nak jealous.” Haqq buka menghidupkan komputer ribanya. Telefon bimbitnya pula tiba-tiba berbunyi. Tertera nama Syazwan di skrin telefonnya.

Terus dia menjawab panggilan kawan baiknya itu.

“Kau kat mana tu Haqq?” soal Syazwan di hujung talian.

“Ya sayang. Ada apa call? Rindu ke? I miss you too baby boo.” Haqq menjeling sekilas ke arah Daneen. Sengaja dia mahu buat Daneen cemburu.

“Baby boo kepala hotak hang! Apa yang kau mengarut ni setan?”

“Sekejap lagi I call you semula ya baby boo. I nak siapkan kerja dulu ni.” Panggilan terus ditamatkan. Ah mesti Syazwan ingat dia dah buang tebiat.

“You ingat you seorang jer ada orang call,” ujar Haqq tiba-tiba.

Dahi Daneen berkerut. Si Hulk ni dah kenapa? Aku tak ada cakap apa-apa pun. Macamlah aku kisah.

Daneen bangun daripada duduknya. Di tangannya ada sehelai surat.

“Nak pergi mana tu?” soal Haqq.

“Jumpa Dato’ Tarmizi,” balas Daneen ringkas.

Haqq turut bangun daripada duduknya. Dia menghampiri Daneen. “Surat apa ni?” Kertas di tangan Daneen dirampas.

“Hei!” marah Daneen. Si Hulk ni kan hisy!

“Resignation letter?” Haqq terkedu saat membaca isi kandungan surat itu.

Happy reading! Minta maaf sebab orked lambat update. Orked busy sikit sebab PDPR dah mula. InsyaAllah orked cuba update selalu okay!

Share this novel

Isya Batrisya Dania
2021-08-29 22:44:38 

hahahahahahahha lawak lah Cite ni

Hawani Hashim66
2021-06-18 01:32:23 

tq update...

Asmah
2021-06-17 12:20:25 

gelabah habis si haqq tu haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience