LAFH - 9

Romance Series 665659

BARU Daneen ingin turun daripada katil, pintu wadnya tiba-tiba ditolak daripada luar. Terjengul wajah Haqq. Lelaki itu masih memakai pakaian yang dipakai semalam.

“Dah bangun?” tegur Haqq.

“Kenapa you tak balik rumah semalam?” soal Daneen. Jadi betul lah apa yang jururawat tadi cakap. Haqq tidur di kerusi luar. Ah si Hulk ni memang tak faham bahasa.

“I malas nak drive. Lagipun dah lewat sangatkan semalam,” Haqq memberi alasan. Ceh! Baik punya cover.

Daneen mengecilkan matanya memandang Haqq. Boleh percaya ke mamat Hulk ni?

“Dah tu, kenapa you masih ada dekat sini? Pergilah balik.”

Haqq menghela nafas perlahan. Daneen tak habis-habis menghalaunya pulang daripada semalam lagi.

“Kaki you macam mana? Sakit lagi?” soal Haqq prihatin.

“Pergilah balik. Nanti family you risau,” gesa Daneen. Soalan Haqq dibiarkan tak berjawab.

“Daneen, I bukan budak kecik. Kenapa you ni tak habis-habis nak halau I balik?”

“Sebab I tak suka you ada dekat sini.”

Zap! Jantungnya bagai direntap. Jawapan yang keluar daripada mulut Daneen membuatkan Haqq terdiam seketika.

“Kenapa you pandai-pandai cakap yang you tu tunang I?” soal Daneen bengang.

Haqq tayang muka tak bersalah. “Ya? Ada ke I cakap macam tu?” soalnya.

Daneen menjulingkan matanya ke atas. Menyampah! Dia perlahan-lahan turun daripada katil. Mahu ke bilik air.

“Biar I tolong.” Haqq menghampiri Daneen. Lengan gadis itu dipegang.

“Tak payahlah. I boleh jalan sendiri.” Tangan Haqq ditepis kasar.

“Janganlah degil. Kaki you kan sakit lagi.”

“Tak payahlah. I boleh jalan sendiri.” Daneen masih berdegil. Dia tolak perlahan tubuh Haqq menjauhinya.

“You ni memang degil kan Daneen. I cuma nak tolong jer.” Haqq juga tak mahu mengalah. Seboleh-bolehnya dia mahu membantu Daneen ke bilik air.

Entah di mana silapnya, Daneen hampir terjatuh. Tapi tangan Haqq pantas menyambut tubuhnya. Pinggang Daneen dirangkul erat. Mata mereka saling menatap buat seketika.

“Isy! You lah ni.” Daneen cepat-cepat menepis tangan Haqq. Langkah kaki terus dibawa masuk ke dalam bilik air.

Haqq tersenyum nipis. Dadanya dipegang.

Daneen meraup perlahan wajahnya. Tubuh disandarkan di belakang pintu. Jantungnya berdegup laju. Tak pernah dia rasa perasaan begini. Kepalanya digeleng perlahan. Ah tak mungkin! Dia tak boleh jatuh cinta dengan Haqq.

HAQQ masuk ke dalam perut kereta. Mahu memandu pulang ke rumah. Sejak daripada tadi Datin Mariam asyik menghubunginya. Meminta dia pulang ke rumah segera. Haqq mengeliat kecil. Lenguh satu badannya gara-gara tidur dalam keadaan duduk semalam.

Mata Haqq terpandangkan tas tangan Daneen yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu. Dia ambil tas tangan gadis itu. Telefon bimbit Daneen dikeluarkan. Dia cuba membuka telefon bimbit Daneen tapi tidak berjaya. Ada kata laluan.

Haqq ambil telefon bimbitnya pula. Dia mendail nombor Daneen. Saja nak tengok Daneen simpan nombornya ataupun tidak.

“Hulk Hijau?” Bulat mata Haqq saat melihat nama yang tertera di skrin telefon Daneen.

TENGAHARI itu Salwa datang ke hospital. Melawat Daneen. Mujur saja hari ini dia cuti.

“Daneen, apa yang jadi sebenarnya? Macam mana kau boleh jatuh? Dan macam mana pula encik Haqq boleh bawa kau pergi hospital?” soal Salwa bertubi-tubi.

“Banyaknya soalan. Nak jawab yang mana satu ni?” soal Daneen kembali.

“Jawab semuanya! Cepat, ” gesa Salwa. Dia sudah tak sabar ingin tahu apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

Daneen menceritakan semuanya yang terjadi padanya semalam.

“Ni mesti ada yang sengaja hantar gambar tu dekat encik Haqq. Isy, kalau aku tahu siapa yang hantar gambar tu siaplah dia. Aku ganyang-ganyang dia.”

“Tapi kan Daneen, sweet juga encik Haqq tu. Sanggup temankan kau malam tadi.” Salwa tersengih-sengih.

Daneen mencebikkan bibirnya. “Dia rasa bersalah lah tu. Yalah disebabkan dia, aku ada dekat hospital ni.”

“Entah-entah encik Haqq tu suka kau kot Daneen.”

“Mulalah tu nak mengarut. Kau tak nampak ke yang dia tu benci dengan aku? Kalau tak, takdalah dia asyik nak tuduh aku yang bukan-bukan.”

“Itu sebab ada orang fitnah kau. Aku rasa betullah, encik Haqq tu memang suka dekat kau.”

Daneen mengeluh perlahan. Dia tak rasa macam tu. Tak ada sebab untuk Haqq jatuh cinta dengan dia. Kalau boleh lelaki itu mahu dia cepat-cepat pergi daripada sini. Jauhkan diri daripada keluarganya.

“Aku ingat aku nak resign lah Salwa.”

“Hah? Kau biar betul? Kenapa pula?” soal Salwa tak puas hati.

“Aku rasa dah tiba masa untuk aku resign. Aku tak nak keruhkan keadaan lagi. Mungkin ini jalan yang terbaik.”

“Kalau kau resign, kau nak kerja dekat mana pula?”

Daneen angkat bahu. “Cari kerja lainlah. Rezeki Allah tu luas.”

“Alah Daneen. Tak bestlah kalau kau tak ada nanti.”

“Joana kan ada,” usik Daneen.

“Heh! Si pondan tu nak buat apa. Menyakitkan hati jer.”

Daneen tergelak kecil. Anti betul Salwa dengan Joana.

HAQQ menutup fail yang berada di atas meja kerjanya. Keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Dipandang sepi meja Daneen yang kosong. Rasa sunyi apabila gadis itu tiada.

Dia bangun daripada duduknya. Langkah dibawa ke meja Daneen. Tangannya mencapai bingkai gambar yang berada di hujung meja Daneen.

Gambar Daneen dan seorang wanita berusia lingkungan 50-an. Lama Haqq menatap gambar itu. Wajah Daneen dan wanita itu saling tak tumpah. Hujung bibirnya ternaik sedikit.

Haqq mengerling sekilas jam di tangan. Diletakkan kembali bingkai gambar itu di tempat asalnya. Langkah kaki terus dibawa keluar meninggalkan pejabat.

PINTU wad Daneen ditolak daripada luar. Dijengahkan kepalanya ke dalam. Pandangannya beradu dengan Daneen yang sedang duduk bersandar di hujung kepala katil.

“Hai.” Haqq tersenyum sinis. Dia melangkah masuk ke dalam.

Daneen mengeluh perlahan. Apa lagi si Hulk ni nak? Tak tenang dibuatnya.

“You nak apa lagi?” soal Daneen. Rimas sebenarnya dengan kehadiran Haqq.

“I nak pulangkan handbag you. You tak nak ke?” Haqq menghulurkan tas tangan milik Daneen.

“Thank you.” Daneen sambut huluran Haqq. Tas tangannya diletakkan di atas meja kecil tepi katil. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

Keluhan berat terlepas daripada bibir Daneen saat melihat telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.

“Hulk hijau. Seriously Daneen?” soal Haqq. Kepala digeleng perlahan.

Daneen ketap bibir. Alamak! Kantoi.

“Hei, you buat apa dekat handphone I?” soal Daneen menukar topik.

Haqq tak menjawab. Pandangannya jatuh pada sejambak bunga ros merah yang Daneen letakkan di meja sebelah katilnya.

“Siapa yang bagi you bunga tu?” soal Haqq.

Daneen tak menjawab. Malas. Melihat Daneen hanya membisu, Haqq capai bunga itu. Kad kecil yang terselit pada bunga itu ditarik keluar.

“Get well soon sweetie. Raja?” Haqq berdecit perlahan saat melihat nama yang tertera pada kad itu. Ah si Rajagopal ni lagi!

“Macam mana dia tahu you ada dekat hospital? Handphone you kan ada dekat I,” soal Haqq.

“Salwa kan ada.”

Haqq ketap bibir. Ya tak ya juga. Pasti Daneen minta tolong Salwa maklumkan pada lelaki itu.

“I ingat taste you lelaki macam papa I jer. Lelaki muda macam Raja pun masuk dalam list you juga? So, kenapa you tak nak try I?” Haqq jungkit kening memandang Daneen. Kalau nak bandingkan dia dengan Raja, dia jauh lebih kacak daripada lelaki itu.

Daneen ketawa. Tiba-tiba dia menarik tali leher Haqq. Membuatkan jarak mereka semakin dekat. Haqq tergamam seketika.

“Haqq, you ni dah cukup pakej tau. Hensem. Kelakar pula tu. Perfect.”

Haqq telan air liur. Terus kaku tubuhnya. Daneen tahan ketawa tengok reaksi lelaki itu. Aik terus jadi patung?

“Tapi sayang, I tak suka lelaki macam you. Lagi-lagi lelaki yang anak mak. I suka lelaki yang matang.” Dada Haqq terus ditolak menjauhinya.

“You!” Haqq ketap bibir. Rasa tercabar.

Tiba-tiba Haqq mendekatkan wajah mereka berdua. Terlalu dekat sehingga Daneen dapat rasakan hembusan nafas lelaki itu.

“You yakin yang you tak akan jatuh cinta dengan I?” bisik Haqq perlahan. Senyuman sinis terhias pada bibirnya.

Jantung Daneen bagai nak melompat keluar saat ini. Dia tahan dada Haqq daripada terus rapat dengannya.

“Lets see how it works.” Dagu Daneen ditarik. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Daneen.

Pintu wad tiba-tiba dibuka daripada luar.

“Haqq!”

Alamak! Siapa yang datang tu?

Share this novel

Asmah
2021-06-13 13:12:29 

oppps siapa tu?

YAZNI-ERNIE
2021-06-13 11:29:21 

noon dear. tqvm. best. nk lg....


NovelPlus Premium

The best ads free experience