LAFH - 12

Romance Series 665659

“KAK Daneen!” Aqil melangkah keluar daripada keretanya.

Daneen yang sedang mencuci keretanya itu menoleh. Dia tersenyum kecil pada Aqil. Aqil ialah adik Salwa.

“Hai. Lama tak nampak. Busy ke?” soal Daneen. Selalunya kerap juga Aqil datang ke rumah sewa mereka untuk berjumpa dengan Salwa.

“Aqil busy dengan final exam. Maklumlah dah final year. Kenalah struggle sikit. Kak Salwa ada?”

“Ada dekat dalam. Pergilah masuk.”

“Terima kasih kak Daneen.” Aqil terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Daneen menutup paip air. Langkah terus dibawa masuk ke dalam rumah.

“KAU ni kan Aqil, asal datang rumah aku nak pinjam duit. Cuba kau tengok muka kakak kau ni, ada rupa Ah Long ke?” Bising mulut Salwa memarahi adiknya itu.

Dia sudah mengagak tujuan Aqil ke sini pasti ingin meminjam duitnya.

“Nanti bila Aqil ada duit, Aqil gantilah balik.”

“Ah tak ada, tak ada. Aku tak percaya. Duit yang aku bagi bulan lepas mana?”

“Lah, nama pun bulan lepas. Tu bulan lepas punya ceritalah,” balas Aqil selamba.

Salwa ketap bibir. Agak-agak kalau aku cekik dia ni berdosa tak?

“Kenapa ni?” soal Daneen yang baru saja masuk ke dalam rumah.

“Budak ni lah. Tak habis-habis nak pinjam duit,” jawab Salwa. Aqil yang duduk di hadapannya itu dijeling tajam.

Daneen mengambil tempat di sebelah Salwa. “Berapa Aqil nak pinjam?” soalnya.

“Tak banyak kak Daneen. Seribu jer.”

Mencerlung mata Salwa memandang adiknya itu. Terus diambil bantal sofa lalu dibaling pada Aqil.

“Tak banyak kau cakap? Hei, dengan seribu tu aku boleh buat belanja untuk dua bulan kau tahu tak?” marah Salwa.

“Salwa.” Daneen menepuk perlahan paha kawan baiknya itu.

“Eh Aqil cubalah kau menyenangkan sikit hati kakak kau ni. Kau nak buat apa duit banyak-banyak tu? Rumah sewa kau, aku tolong bayarkan. Duit PTPTN pun kau dapat. Apa lagi yang kau nak?”

“Aqil nak beli kamera. Aqil ingat nak jadi photographer part time. Nak cari duit lebih.”

Salwa mencebik. Entah ya ke tidak agaknya. Bukan boleh percaya sangat di Aqil ni. Kuat kelentong orang. Sepuluh Aqil cakap, sebelas dia tak percaya.

“Sekejap lagi kak Daneen transfer dalam akaun Aqil.”

“Betul ke?” soal Aqil tak percaya.

Daneen mengangguk.

“Tak payahlah Daneen,” bantah Salwa. Selama ini pun sudah banyak kali Daneen membantu Aqil membayar yuran pengajiannya. Apabila Salwa mahu ganti semula, Daneen menolak.

“Aqil janji nanti Aqil ganti semula duit kak Daneen.”

Daneen tersenyum nipis. “Kalau Aqil ada duit lebih, Aqil gantilah. Kalau tak ada, tak apa. Anggap saja duit tu hadiah dari akak. Nanti jangan lupa tangkap gambar akak banyak-banyak.”

“Mestilah boleh. Aqil akan jadikan akak model pertama Aqil.”

Salwa geleng kepala. Nak buat macam mana, Daneen memang suka manjakan Aqil. Dia juga sudah menganggap Aqil seperti adiknya sendiri.

PAGI itu Daneen masuk ke pejabat seperti biasa. Tak sampai hati nak kecewakan Dato’ Tarmizi yang sudah banyak membantunya selama ini, Daneen terpaksa melupakan hasratnya untuk berhenti kerja di sini.

Langkah dibawa masuk ke dalam pejabat.

“Daneen.” Haqq terkejut apabila pintu dibuka daripada luar. Terjengul wajah Daneen.

Daneen jungkit kening. Dah kenapa pula si Hulk ni tengok aku macam nampak hantu?

Haqq terus berdiri. Dia menghampiri Daneen.

“Daneen. Ni betul-betul you ke?” soalnya. Risau kalau ini cuma bayangannya saja. Atau hantu raya Daneen. Eh tapi sekarang waktu siang?

“You merepek apa ni?” soal Daneen kembali. Baru dua hari dia tak berjumpa dengan lelaki itu. Takkanlah dah ting tong kot.

“Cuba you baca ayat kursi,” arah Haqq.

Daneen menjeling geram. Malas nak melayan perangai lelaki itu. Dia terus duduk di mejanya. Banyak kerja yang menanti.

“Daneen, you dengar tak I cakap dengan you ni?” soal Haqq sebal.

Daneen hanya diam. Tak kuasa nak melayan. Hilang moodnya gara-gara lelaki itu.

“Kenapa you tak jadi resign? Bukan you dah hantar surat resign ke?” soal Haqq tiba-tiba.

Daneen terus angkat wajah memandang Haqq. Dia pandang wajah lelaki itu buat seketika kemudian dia menyambung kembali kerjanya.

“Papa I tawarkan you gaji lagi mahal? Sebab tu you sayang nak berhenti kan? Atau you sengaja cakap nak resign supaya papa I naikkan gaji you?”

Keluhan berat terlepas daripada bibir Daneen. Kenapalah Haqq tak habis-habis menuduhnya?

“You tak perlu tahu kenapa I terus kerja dekat sini.”

Haqq ketap bibir. Kalau dah melawan macam ni, sah ni memang Daneen. Bukan hantu raya Daneen.

“Of course I perlu tahu. Syarikat ni akan jadi milik I juga nanti. I akan jadi bos you.”

Daneen mencebik. Mulalah tu nak tunjuk kuasa veto dia.

“Tapi sekarang ni you bukan bos I,” bidas Daneen.

“Daneen, Daneen.” Haqq menggeleng perlahan. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia berdiri di hadapan meja Daneen.

“I tak sangka you berminat juga dengan lelaki muda daripada you. I ingatkan taste you lelaki macam papa I jer. You nak cari anak ikan pula? Dah ubah selera?”

Kening Daneen berkerut. Tidak mengerti apa yang Haqq maksudkan.

“I nampak you bawa lelaki muda tu masuk dalam rumah you.”

“You intip I?” soal Daneen. Haqq memang gila! Pasti lelaki yang Haqq maksudkan itu Aqil. Ah! Semakin buruklah pandangan Haqq padanya.

“Kenapa? You takut kalau I mengadu dekat papa I? Agak-agaknya kalau papa I tahu, apa reaction dia? Mesti terkejut kan. Tak sangka you simpan lelaki lain belakang dia.”

“I tak takut pun kalau you nak beritahu Dato’ Tarmizi. Silakan.”

“You cabar I?” Haqq jongket kening.

Daneen angkat bahu. Dia sudah penat. Terpulanglah Haqq nak pandang dia macam mana sekalipun. Dia tak kisah. Tak semua perkara perlu dijelaskan. Lagipun lelaki itu tak ada kena mengena dalam hidupnya. Tak penting.

Tok... tok... tok...

Pintu pejabat mereka diketuk daripada luar.

“Masuk!” sahut Daneen.

“Cik Daneen! Kita ada masalah besar sekarang ni!” Terjengul wajah cemas Joana di muka pintu.

“Kenapa?” soal Daneen hairan.

“Naim jumpa baby dekat bilik yang dia kemas tadi.”

“Hah?” Daneen terkejut.

Begitu juga dengan Haqq. Siapa pula yang tinggalkan bayi dekat dalam bilik hotel mereka?

“Anak manusia ke anak jin?” soal Haqq.

Daneen menjeling sekilas. Soalan bodoh apa yang Haqq tanya ni?

“Mana baby tu sekarang?” soal Daneen.

“Ada dekat dalam bilik tu lagi. Kami tak berani nak dukung,” balas Joana.

“You pergi jumpa jumpa Salwa. Minta dia tengokkan maklumat pelanggan yang check in bilik tu,” arah Daneen.

“Baik.” Joana menurut. Dia terus berlalu daripada situ.

“You nak pergi mana?” soal Haqq apabila melihat Daneen bangun.

Daneen tak menjawab. Dia terus keluar meninggalkan pejabat. Haqq mendengus geram. Dia juga turut keluar mengikut Daneen.

DANEEN menepuk-nepuk perlahan bayi lelaki yang berada di dalam dukungannya itu. Mereka baru saja menghubungi pelanggan yang menginap di bilik tadi. Rupanya lelaki itu tertinggal anaknya. Entah macam mana agaknya boleh terlupa.

Dia meminta pertolongan pihak hotel untuk menjaga anaknya sementara menunggu dia datang semula.

“Dia nak susu kot Daneen,” ujar Joana. Dia mula rimas apabila bayi itu tak berhenti menangis sejak daripada tadi.

“Hah kau bagilah ‘susu’ kau tu,” celah Salwa. Bibir dijuihkan pada dada palsu Joana.

Daneen tergelak kecil. Dua orang ni memang pantang dekat, mesti nak bergaduh.

“Mulut you ni kan Salwa, memang macam longkang,” marah Joana.

Salwa menjelirkan lidahnya.

“Diapers dia dah penuh ni. Joana, tolong pergi belikan diapers and susu dia,” arah Daneen.

“I? Manalah I tahu nak cari semua tu. Suruhlah Salwa.”

“Eh aku pulak?”

“Okay kau orang berdua pergi,” arah Daneen.

“Eh tak nak aku pergi dengan si pondan ni,” tolak Salwa.

“Ehem,” Haqq yang sejak daripada tadi diam berdehem perlahan. Pening pula kepalanya melihat mereka berdua bergaduh.

“Okaylah I pergi beli. Cepatlah Salwa!” gesa Joana.

Melihat mata helang Haqq sedang memandang ke arahnya, Salwa terpaksa bersetuju mengikut Joana. Dalam hati bertubi-tubi dia menyumpah.

MATA Haqq ralit memerhati Daneen yang sedang membancuh susu untuk bayi tadi. Tak nampak kekok langsung.

“Haqq, tolong tukarkan diapers dia,” arah Daneen.

Haqq tersentak. Aku pula yang kena?

“You tunggu apa lagi? Cepatlah. Kan I tengah bancuh susu ni.”

Lambat-lambat Haqq bangun mendekati bayi yang dibaringkan di atas katil itu. Seluar bayi itu ditanggalkan. Kemudian dia buka diapers yang dipakai bayi itu. Patutlah dia menangis. Diapers yang dipakainya sudah penuh.

“Cak cak!” Haqq mengagah bayi itu. Cuba memujuknya supaya berhenti menangis.

Tapi semakin kuat pula tangisan bayi itu kedengaran. Daneen geleng kepala.

“Dia takutlah tu tengok muka buruk you.”

Haqq terus menoleh memandang Daneen. “Apa you cakap? Buruk?” soalnya tak puas hati. Tak pernah lagi ada yang mengutuk wajahnya. Selama ini hanya pujian yang dia terima.

Tiba-tiba Haqq terasa tangannya basah. Dia tunduk ke bawah.

“Argh! Seriously?” Dia berdecit perlahan. Bayi itu membuang air kecil padanya.

Salah dia juga kerana tidak cepat-cepat memakaikan bayi itu diapers baru. Daneen tergelak besar. Puas hatinya.

Happy reading!

Share this novel

Asmah
2021-06-20 21:57:33 

dada palsu ada susu ka hahaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience