LAFH - 14

Romance Series 665659

HAQQ mendongak memandang langit gelap yang cuma diterangi dengan cahaya bulan. Wajah Daneen bermain di ruang matanya. Mengusik ketenangan di malam hari. Semakin dia cuba melupakan gadis itu, semakin kuat pula ingatannya pada Daneen. Entah kenapa bayang Daneen kerap menghantui fikirannya.

Dia teringat perbualannya dengan Salwa tadi. Rupanya dia salah faham dengan Daneen. Lelaki itu adalah adik Salwa. Jadi sudah tentulah dia masuk ke dalam rumah Daneen tempoh hari. Pasti dia mahu bertemu dengan Salwa.

Haqq meraup perlahan wajahnya. Kesal kerana menuduh Daneen melulu. Daneen pula langsung tidak menidakkan tuduhannya. Mungkin juga gadis itu sudah letih mahu menjelaskan hal yang sebenar.

Langkah dibawa masuk ke dalam. Pintu balkoni ditutup. Haqq terus merebahkan badannya di atas katil. Telefon bimbit yang diletakkan di sebelah dicapai.

Bibirnya mengukir senyum saat melihat gambar Daneen. Sempat dia mencuri-curi merakam gambar gadis itu saat Daneen sibuk melayan tetamu tadi. Ah! Daneen benar-benar buat dia angau.

DANEEN melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Haqq sudah berada di mejanya. Awal pula lelaki itu masuk ke pejabat hari ini. Selalunya Daneen yang akan sampai dahulu.

“Kenapa you masih ada dekat sini?” soal Daneen. Dia berdiri di hadapan meja Haqq.

Haqq angkat wajah memandangnya. “Kenapa I tak boleh ada dekat sini pula?” soalnya kembali.

“Office you dah siap. Jadi you dah boleh pindah ke office baru you.”

Haqq terdiam. Awal pula kontraktor tu menyiapkan pejabatnya. Tak dapatlah dia nak usik Daneen lagi selepas ini.

“I tak kemas barang lagi.” Haqq memberi alasan.

“I boleh tolong kemaskan.”

Haqq geleng perlahan. Daneen benar-benar tak sabar nak dia keluar daripada sini.

“I nak tengok dulu office tu. Kalau I tak suka, I tak nak pindah. I nak stay dekat sini.”

Daneen mengeluh perlahan. Haqq benar-benar menguji kesabarannya. Apa yang lelaki ini mahukan sebenarnya? Bukan ke Haqq tak sukakan dia? Mengapa lelaki itu mahu terus duduk di pejabat ini?

“Kalau you tak nak pindah, biar I yang pindah.”

Baru Daneen nak melangkah keluar, Haqq terlebih dahulu menyambar lengan gadis itu. Daneen yang hilang imbangan tak sengaja memeluk tubuh Haqq.

“Haqq!” Ditolak kasar dada lelaki itu.

Haqq ketawa. Membuatkan Daneen semakin bengang.

“Nanti I pindahlah office baru I. You tak perlu risau. Bagi I masa untuk kemas dulu barang-barang I. I pun tak nak share office dengan you.”

“Good!” Daneen melempar jelingan tajam sebelum dia melangkah ke meja kerjanya. Pagi-pagi lagi Haqq dah buat dia naik darah.

TEPAT pukul lapan pagi, semua staf Majestic Hotel berkumpul di hadapan hotel untuk menunggu bas. Hari kekuarga syarikat akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Memang setiap tahun hari keluarga syarikat akan diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.

Daneen mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan. Bahang mula terasa.

“Daneen, nanti kau satu kumpulan dengan aku tau,” beritahu Salwa.

“Yalah.”

“Hei Johan, dah boleh naik bas ke belum ni? Naik basah dah ketiak aku ni,” soal Salwa pada Joana.

Joana ditugaskan sebagai ketua urus setia pengendalian acara temasya hari keluarga syarikat kali ini. Jadi dia yang bertanggungjawab menguruskannya.

“Isy, selekehlah you ni Salwa.” Joana tayang muka geli.

“Kau tak payah nak buat muka jijik tu eh, aku suruh kau cium ketiak aku ni nanti baru kau tahu,” bidas Salwa.

“Salwa.” Daneen tarik lengan kawan baiknya itu.

“Apa?”

“Tak habis-habislah nak bergaduh.” Daneen geleng kepala.

“Dia yang cari pasal.”

Daneen mencebik. “Dua-dua sama jer.”

“Okay semua dah boleh masuk dalam bas dulu!” Joana memberi arahan. Terus keluar suara jantannya.

Salwa terkekeh-kekeh ketawa sambil menarik Daneen masuk ke dalam bas.

JAM sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Sepatutnya mereka sudah perlu bergerak ke destinasi yang dituju supaya tidak terlewat. Tapi disebabkan Haqq masih belum tiba, mereka terpaksa menunggu.

“Joana, tak boleh ke kalau kita jalan jer? Berapa lama lagi nak kena tunggu ni?” soal Daneen.

“Sekejap ya cik Daneen. Kita kena tunggu encik Haqq. Tadi I dah call dia, dia cakap dia on the way.”

Daneen mengeluh perlahan. Paling tak suka jika orang tidak menepati masa. Haqq dah menyusahkan semua orang. Terpaksa menunggu dia.

Beberapa minit kemudian Haqq tiba dengan riak wajahnya yang bersahaja. Langsung tak menunjukkan dia bersalah. Dia masuk ke dalam bas.

“Kay, you duduk belakang. I tak boleh duduk belakang. Nanti I pening kepala,” arah Haqq.

Kay yang duduk di sebelah Daneen tadi terus bangun dan berlalu ke tempat duduk belakang. Haqq tersenyum. Sengaja memberi alasan sebenarnya. Dia mahu duduk di sebelah Daneen.

Duduk terus dilabuhkan di sebelah Daneen. “Good morning.”

Daneen menjeling. Dia turut mahu bangun dan duduk di belakang. Tak kuasa nak menghadap Haqq. Sudahlah perjalanan mereka masih jauh.

Baru Daneen mahu bangun, Haqq menarik tangannya. Ketika itu juga bas bergerak. Membuatkan Daneen hilang imbangan lalu jatuh terduduk di atas pangkuan Haqq.

“You nak duduk atas pangku I ke?” bisiknya perlahan di telinga Daneen.

Daneen cepat-cepat bangun dari pangku Haqq dan duduk kembali di tempat asalnya. Rambutnya yang berserabai dibetulkan. Haqq ketawa melihat reaksi gadis itu. Suka benar dia mengusik Daneen.

“I ingat you nak duduk atas pangku I tadi.”

Daneen menjeling. Terus dipusing kepala menghadap tingkap. Telinganya menangkap suara Haqq ketawa. Ah! Annoying!

HAMPIR enam jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga. Haqq mengerling sekilas Daneen di sebelahnya. Gadis itu masih lagi lena dibuai mimpi. Kepalanya disandarkan di bahu Haqq.

“Daneen.” Salwa datang menghampiri.

Rakan mereka yang lain sudahpun meninggalkan bas. Cuma Haqq dan Daneen yang masih belum turun.

“Takpa Salwa. I kejutkan dia. You turunlah dulu,” ujar Haqq.

Salwa mengangguk perlahan. Dalam hati bertubi-tubi dia mengutuk Daneen. Boleh pula Daneen tidur nyenyak di bahu Haqq. Kalau dia sedar nanti, mesti dia akan menyesal. Nasib kaulah Daneen!

Haqq keluarkan telefon bimbitnya daripada poket. Aplikasi kamera dibuka. Beberapa gambar bersama Daneen yang masih lagi nyenyak tidur itu diambil. Kemudian dia ketawa kecil.

“Daneen,” panggilnya.

Diam.

“Daneen,” panggil Haqq sekali lagi.

Daneen masih tak sedarkan diri. Nyenyak sangat agaknya tidur di bahu Haqq.

“Hei, bangun.” Haqq tarik perlahan hidung Daneen.

Daneen tersentak. Terus dia terjaga daripada tidurnya. Matanya meliar memerhati sekeliling. Kosong. Cuma dia dan Haqq yang tinggal di dalam bas itu.

“Mana yang lain?” soalnya cemas. Mahu tak cemas bila tinggal berdua jer dengan Haqq. Pemandu bas pun tiada di situ.

“Dah turunlah. Takkan nak tunggu you bangun baru diorang boleh turun.”

Daneen ketap bibir. Dia rasa nak tenyeh-tenyeh mulut Haqq. Geram.

“Habis tu kenapa you tak turun juga?”

“Macam mana I nak bangun kalau kepala you dekat atas bahu I?”

Wajah Daneen terasa membahang. Betul ke? Entah-entah Haqq sengaja buat cerita.

“Kalau tak percaya, tengok ni.” Haqq hulurkan telefon bimbitnya pada Daneen.

Daneen menekup mulutnya. Rasa nak maki diri sendiri sekarang ni. Macam manalah dia boleh terlena di bahu Haqq. Malu! Kalau macam ni, tiga tahun lagi pun belum tentu Haqq habis ungkit. Tak pasal-pasal jadi bahan untuk dia kenakan Daneen.

“KENAPA kau tak kejutkan aku ha?” soal Daneen tak puas hati. Ketika itu dia dan Salwa sudah berada di dalam bilik.

Salwa yang sedang baring itu hanya ketawa.

“Jangan gelaklah Salwa!” marah Daneen. Ah! Salwa pun sama jer dua kali lima macam Haqq.

“Aku memang nak kejutkan kau tadi. Tapi encik Haqq yang suruh aku turun dulu. Dia cakap nanti dia kejutkan kau.”

Daneen menoleh memandang Salwa. Dia merengus geram. Haqq memang sengaja nak kenakan dia.

“Lagipun salah kaulah. Bukan main lagi kau ambil kesempatan tidur dekat bahu dia eh. Amacam? Hempuk tak? Ada rasa macam tidur dekat hotel lima bintang?” usik Salwa.

“Sekarang ni aku rasa macam nak hempuk kepala kau pula.” Daneen menjengilkan matanya pada Salwa. Bengang.

Salwa cepat-cepat ambil bantal lalu menekup wajahnya. Renungan tajam Daneen macam nak telan dia hidup-hidup.

DANEEN berjalan sendirian di tepi pantai. Petang itu mereka tiada aktiviti. Ramai yang berehat di bilik saja. Dia melabuhkan duduknya di kerusi batu yang terletak di tepi laut itu. Daneen memandang laut yang bergelora di hadapan mata. Angin kuat menampar lembut pipinya. Rambutnya yang ditiup angin diselak ke belakang telinga.

Tenang.

Mata dipejam perlahan menikmati bunyi laut yang bergelora.

“Buat apa kat sini?”

Suara garau itu menampar lembut gegendang telinganya. Mata Daneen kembali terbuka. Anak mata mencari si pemilik suara. Haqq.

Lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Daneen terus menjarakkan sedikit kedudukan mereka.

“Ombak pun berubah setiap waktu. Begitu juga dengan hati manusia kan?”

Daneen menoleh memandang Haqq. Dah kenapa pula dengan si Hulk ni? Tiba-tiba nak cakap pasal ombak dengan hati manusia.

“Harini boleh jadi dia benci, esok pula benci tu boleh bertukar jadi cinta,” ujar Haqq lagi.

Dahi Daneen berkerut halus. Tidak mengerti apa sebenarnya yang cuba Haqq sampaikan.

“Macam perasaan I pada you.”

Keadaan jeda sedetik. Mata saling berpandangan.

“Daneen sebenarnya I...” Bicara Haqq terhenti apabila telefon bimbit Daneen berdering.

Daneen tunduk memandang telefon bimbit di tangan. Haqq turut memandang telefon bimbit Daneen. Tertera nama Dato’ Tarmizi di skrin telefonnya. Daneen pandang Haqq sesaat sebelum dia melarikan anak matanya daripada terus direnung Haqq.

“You...” Haqq hilang kata-kata. Ternyata Daneen masih menjalinkan hubungan dengan papanya. Kenapa susah sangat untuk Daneen tinggalkan Dato’ Tarmizi?

Daneen ketap bibir. Dada mula terasa sebu.

Haqq nak luahkan perasaan ke tu? ><

Share this novel

Nor Azlina
2021-06-27 22:04:03 

knapa ngan haqq nii suka buat andaian sndiri rasa mcam aku nak katok kpala hang biaq bagi betoi kit.

Asidah Abdullah
2021-06-27 20:06:40 

thank update tapi slow sangat updatenya


NovelPlus Premium

The best ads free experience