Teaser

Romance Series 665659

BERKERUT halus dahi Haqq saat melihat Daneen sedang mengemas pakaiannya. Kemana pula gadis itu ingin pergi? Takkan nak lari rumah kot.

“You nak pergi mana?” soal Haqq.

Diam.

Sejak daripada semalam Daneen hanya mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun tak keluar daripada bibirnya. Puas Haqq menyoal namun dia hanya membisu.

“Daneen you dengar tak ni?” Haqq mula geram. Tak tenang hatinya melihat Daneen terus membisu begini.

Daneen langsung tak hiraukan Haqq. Dia terus melipat pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam bagasi.

“Daneen!” Haqq menarik bagasi Daneen sehingga terkeluar semula pakaian yang sudah dimasukkan ke dalam bagasi itu.

“You ni kenapa?” Akhirnya bibir itu bersuara juga.

“Ada suara rupanya. I ingatkan you dah bisu.”

Daneen merengus geram. Dia kutip semula pakaiannya yang sudah bertaburan. Tak pasal-pasal nak kena lipat semula. Haqq turut membantunya mengutip kembali pakaiannya yang bertaburan di lantai itu.

“Haqq!” Bulat mata Daneen saat melihat Haqq mengutip pakaian dalamnya. Dengan pantas dia merampas kembali pakaian dalamnya yang berada di tangan Haqq.

Haqq ketawa kecil. “What? I cuma nak tolong kutip semula jer.”

“Pervert!” Usai mengutip pakaiannya yang bertaburan, Daneen melipat semula pakaiannya itu untuk dimasukkan semula ke dalam bagasi.

Haqq rampas pakaian di tangan Daneen lalu ditolak tubuh gadis itu ke atas katil.

“Haqq Qidran!”

Haqq terus menindih tubuh Daneen. Wajahnya sengaja dirapatkan. Sehingga dia dapat rasakan hembusan nafas isterinya itu.

“Kenapa?” soal Haqq.

“Kenapa apa?” soal Daneen kembali. Kedua belah tangannya menahan dada Haqq daripada terus menindih tubuhnya. Si Hulk ni ingat dia ringan ke ha?

“Silent treatment?” Haqq jungkit kening. Dia tahu Daneen sengaja mendiamkan diri. Mungkin gadis itu marah padanya kerana hal semalam.

“Suka hati I lah!” balas Daneen geram. Dia dah penat nak bertekak dengan Haqq kerana itu dia sengaja mendiamkan dirinya.

“You nak pergi mana kemas baju tu semua? Lari rumah?” soal Haqq.

“Tepilah!” Dia menendang kaki Haqq membuatkan lelaki itu jatuh ke tepi. Lalu Daneen cepat-cepat bangun daripada katil.

“Aduh!” Haqq mengaduh kesakitan. Minum susu apalah agaknya si Daneen ni waktu kecik-kecik dulu? Bukan main ganas!

“I belum gila lagi nak lari rumah. Selagi you tak lepaskan I, I tak akan keluar daripada sini. Walaupun rumah ni macam...” Bicaranya terhenti di situ.

Haqq diam. Menanti Daneen menghabiskan bicaranya. Riak wajah Daneen kosong. Sukar dia nak menebak apa yang sedang Daneen fikirkan ketika ini.

***

Cuaca malam ini sangat sejuk. Daneen memeluk tubuh sendiri. Sejuknya terasa sehingga ke tulang. Sudahlah sehelai baju sejuk pun dia tak bawa. Ini semua salah Haqq. Lain kali beritahulah awal-awal nak singgah ke Cameron Highlands. Bolehlah dia bawa baju sejuknya bersama. Mujur dia bawa t-shirt lengan panjang yang kainnya sedikit tebal. Itupun masih tidak mampu menahan rasa sejuk yang mencengkam tubuh.

Haqq perasan Daneen kesejukan. Bukannya dia tak nampak bibir gadis itu kelihatan menggeletar. Dia yang memakai jaket itupun masih terasa sejuk. Apatalah lagi Daneen.

“Haqq...” Daneen tarik hujung jaket yang dipakai Haqq. Wajah simpati ditayang. Berharap Haqq baik hati nak pinjamkan jaket itu padanya.

“Oh... Nope. I bukan macam hero drama yang bagi jaket dia dekat perempuan. I pun sejuk.”

Daneen berdecit perlahan. Cis! Kedekut betul!

“Salah you lah! You yang bawa I datang sini tiba-tiba. Kalau I tahu nak datang sini, I dah bawa baju sejuk sendiri,” rungut Daneen. Panjang sedepa muncungnya. Sebal! Haqq memang betul-betul tak ada perasaan.

Haqq buat tak tahu jer. Dia menikmati jagung bakar yang dibeli tadi. Nikmat sangat makan jagung bakar panas-panas ketika waktu sejuk begini. Melihat Haqq hanya buat tak tahu, Daneen bawa diri jauh daripada lelaki itu.

Haqq tersenyum sendiri. Merajuk lah tu. Dia tak adalah kejam sangat. Lebih kepada nak mengusik Daneen jer sebenarnya.

Daneen perhatikan pengunjung di pasar malam itu. Ada beberapa pasangan yang lalu lalang di hadapannya. Hatinya tiba-tiba jadi sebak. Cuba membayangkan jika pasangan itu adalah dia dan Haqq. Alangkah indahnya...

“Daneen.” Haqq datang menghampiri Daneen.

Daneen memalingkan wajahnya ke arah lain. Malas nak layan Haqq!

Tiba-tiba Haqq meraih kedua belah tangan Daneen lalu dimasukkan ke dalam poket jaketnya. Daneen terkedu. Dia cuba menarik kembali tangannya tapi tangan Haqq lebih kuat menggengam tangannya.

“Better? Hmm?” soal Haqq.

Daneen tak menjawab. Rasa selesa sebenarnya. Rasa sejuk tadi hilang sedikit digantikan dengan rasa hangat tangan Haqq.

Haqq rapatkan jarak antara mereka. Membuatkan Daneen panik.

“Haqq... You nak buat apa ni?” soalnya.

“Hugging can make your body warm.”

Terjengil mata Daneen memandang Haqq. Gila ke nak berpelukan dekat pasar malam ni? Terus dia tarik tangannya keluar daripada poket jaket Haqq.

“I tunggu dalam kereta.” Daneen terus berlalu meninggalkan Haqq. Lebih baik dia duduk dalam kereta. Tak kuasa nak melayan perangai gila Haqq.

Terletus ketawa Haqq. “Malu lah tu,” gumamnya sendiri.
? ***

“HAQQ, sakitlah!” marah Daneen. Haqq tak peduli. Tangannya masih menarik pergelangan tangan Daneen.

Sampai di bilik mereka baru dia lepaskan tangan Daneen. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

“You ni kenapa?” soal Daneen bengang. Tiba-tiba jer si Hulk ni naik hantu. Entah apa masalahnya.

“I cuba lindungi maruah isteri I. Salah ke?”

Daneen terdiam. Tak mengerti apa yang Haqq cuba sampaikan.

“Sepatutnya I yang tanya, you tu kenapa? You tu isteri I Daneen. Jadi tolong jaga perangai you.”

“Apa yang I dah buat?” soal Daneen tak puas hati.

“You ingat I tak nampak ke tadi? Seronok mandi kolam? Tu... tak malu ke Gibran nampak?” Jari telunjuknya dihalakan ke arah bahagian dada Daneen.

Daneen tunduk melihat dirinya. Terbuntang matanya. Dia terlupa dia pakai blouse berwarna putih. Apabila basah, kelihatan pakaian dalamnya. Cepat-cepat tangannya disilangkan ke dada.

“Oh dengan I you nak malu? Dengan Gibran tadi selamba jer you tayang.”

Daneen ketap bibir. “You ingat I perempuan jenis apa Haqq? Bukan I sengaja terjun kolam tadi. Carl yang tarik I. I terjatuh dalam kolam. Then Gibran cuba bantu I keluar. Itu jer.”

“Boleh tak sekali jer you tak fikir yang bukan-bukan tentang I?” soal Daneen keras

Haqq terdiam. Wajah dipalingkan ke tepi lalu diraup perlahan sebelum kembali memandang Daneen.

“Daneen,” panggil Haqq. Rasa bersalah pada gadis itu. Cepat sangat dia menghukum.

Daneen terus berlalu masuk ke kamar mandi untuk menukar pakaiannya. Terserah Haqqlah. Dia sudah letih.

Hai! Kalau nak tahu macam mana nak baca sambungan LAFH boleh follow ig orked ya. Instagram - orkedungu_14

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience