LAFH - 2

Romance Series 665659

“YES?” Lelaki itu jungkit kening memandang Daneen. Hujung bibirnya ternaik sedikit.

Berkerut dahi Daneen memandang lelaki itu. Langsung tak rasa bersalah masuk ke dalam pejabatnya.

Haqq bangun daripada duduknya. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia berjalan menghampiri Daneen. Dipandang Daneen dari atas ke bawah. Membuatkan gadis itu tak senang duduk.

“Daneen Qaysa.” Melengkung bibirnya senyum.

“You siapa?” soal Daneen bengang. Dah lah masuk pejabat orang sesuka hati, boleh pula dia tersenyum-senyum macam tu. Langsung tak ada rasa bersalah.

“You tak kenal I?” soal Haqq kembali. Dirapatkan lagi wajahnya dengan Daneen.

“Jauh sikit boleh tak?” Selamba Daneen menolak dada Haqq menjauhinya.

“Wow... aggressive.” Haqq ketawa kecil. Seronok pula dia mengusik Daneen.

Daneen ketap bibir. Lelaki di hadapannya ini benar-benar mencabar kesabarannya. Baru Daneen nak buka mulut, tiba-tiba Dato' Tarmizi muncul di muka pintu.

“Daneen.”

Daneen menoleh. “Ya Dato'?”

“Haqq pun ada?” Terangkat keningnya memandang anaknya itu. Patutlah tiba-tiba menghilang tadi. Rupanya ada disini.

“Ya papa.” Haqq senyum segaris.

Daneen terkedu. Papa? Jadi lelaki di hadapannya ini anak majikannya? Oh no!

“Maaf Daneen, saya lupa nak kenalkan awak dengan anak saya. Ni anak saya, Haqq Qidran. Dia baru balik dari UK.”

Haqq tersenyum sinis memandang Daneen. Lagi-lagi bila nampak riak wajah Daneen yang terkejut tu. Haa tadi kau kerek sangat kan!

“Haqq, ni pengarah hotel kita. Daneen Qaysa,” ujar Dato' Tarmizi.

“Haqq.” Haqq hulur tangannya pada Daneen.

Teragak-agak Daneen mahu menyambut huluran lelaki itu. Lambat-lambat tangan Haqq disambut juga. Nasib baiklah bapak kau ada dekat sini. Kalau tak, jangan haraplah!

“Daneen.” Daneen tersenyum kelat. Senyum yang dibuat-buat.

“Sedap nama tu,” puji Haqq. Tangan Daneen sengaja digenggam lama.

“Haqq, behave yourself,” tegur Dato' Tarmizi.

Haqq cepat-cepat melepaskan tangan Daneen. Ditayang wajah tak bersalah.

“Daneen, mulai hari ini Haqq akan bekerja di sini. Saya harap awak boleh beri tunjuk ajar pada Haqq tentang selok belok hotel ni.”

Daneen mengangguk faham. Dia mula rasa tak sedap hati. Rasa macam tak lama lagi kebahagiaannya akan tergugat dengan kehadiran Haqq.

“Oh ya, buat masa sekarang pejabat Haqq belum siap lagi. Masih renovate. Jadi saya nak minta awak tumpangkan pejabat awak untuk Haqq sementara pejabat Haqq siap.”

Daneen ketap hujung bibir. Duduk lima minit dengan Haqq pun dia tak mampu rasanya. Apatah lagi nak duduk sebilik sepanjang waktu kerja. Gila!

“Kalau macam tu, saya boleh pindah ke pejabat lain,” balas Daneen. Dia lebih rela mengalah.

“Eh tak perlu. Awak stay jer. Lagi mudah untuk awak tunjuk ajar Haqq bila duduk dalam pejabat yang sama.”

Beria-ia Haqq mengangguk. Setuju benarlah tu.

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu. Beritahu saya kalau Haqq buat perangai.”

Daneen hanya mengangguk kecil.

“Haqq, please behave yourself okay?” Dato' Tarmizi memberi amaran sebelum dia berlalu meninggalkan bilik itu.

Tanpa mempedulikan Haqq, Daneen terus berlalu ke meja kerjanya. Bertimbun fail yang perlu dia semak pagi ini. Tak ada masa nak layan Haqq.

Haqq pula berjalan ke sofa panjang yang ada di dalam pejabat itu. Duduk dilabuhkan di situ. Matanya tak lepas daripada memerhati Daneen. Cantik.

“Yang you pandang-pandang I macam tu kenapa?” tegur Daneen. Tak selesa apabila direnung begitu.

“Mata I. Suka hati I lah,” balas Haqq bersahaja. Kemudian bibirnya mengulum senyum.

Daneen melempar jelingan tajam. Aku cucuk biji mata kau dengan pen ni baru kau tahu. Jadi Kasim Selamat kau nanti.

Hampir dua jam menyemak fail, Daneen tarik nafas lega. Siap juga akhirnya! Dia mengurut perlahan lehernya yang terasa lenguh itu.

Dipanjangkan sedikit lehernya untuk menjengah Haqq. Senyap saja dari tadi. Apa entah yang dia buat?

“Tidur?” Luas biji mata Daneen memandang ke arah Haqq yang lena tidur di atas sofa itu.

Bertuah punya Hulk. Eh Haqq. Orang tengah sibuk buat kerja, kau pula sedap membuta. Makan gaji buta. Mentang-mentanglah ni hotel bapak kau. Huh! Siap berdengkur lagi tu.

Daneen terus bangun daripada duduknya. Langkah diatur menuju ke pantri.

DANEEN tarik satu kerusi untuk memanjat mengambil mug yang terletak di kabinet atas. Siapalah yang buat kabinet ni? Tak mesra alam betul untuk orang yang tak berapa tinggi macam dia.

Terjengket-jengket kakinya cuba capai sebiji mug tapi tiba-tiba ada satu tangan lain yang terlebih dahulu capai mug itu.

“Mak!” Daneen terjerit kecil. Terkejut tiba-tiba saja ada tangan yang muncul. Dia hampir terjatuh daripada kerusi.

“Haqq?”

Haqq tersengih menayangkan barisan giginya. Geli hatinya melihat wajah cuak Daneen tadi.

“Ya, I lah. Bukan hantu,” ejeknya.

“Tapi perangai you dengan hantu sama jer,” gumam Daneen perlahan. Entah bila Haqq terjaga daripada tidurnya. Tadi bukan main lena tidur.

“You cakap apa tadi?” soal Haqq.

Daneen geleng kepala. “I cakap thank you.” Dia terus turun daripada kerusi.

Mug yang Haqq hulurkan disambut. Kemudian Daneen capai nescafe 3 in 1 di dalam laci kabinet. Serbuk nescafe itu dituangkan ke dalam mug. Air panas dituangkan sedikit ke dalam mug. Selepas ini dicampur dengan air kosong . Sudu kecil dicapai. Laju tangannya mengacau air.

Belum sempat dia minum, Haqq sudah terlebih dahulu meneguk air nescafe itu.

“Hey!” marah Daneen. Ewah ewah sesuka hati dia jer minum air yang aku buat.

“Sedap.” Haqq letak kembali mug itu di atas meja.

Daneen merenung tajam wajah bersahaja lelaki itu.

“Papa selalu puji you. Dia cakap kerja you bagus,” Haqq memulakan perbualan. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan Daneen.

“So?” Daneen jungkit kening memandang Haqq.

“You tahu kan jawatan you tu...” Tak sempat Haqq nak habiskan ayatnya, Daneen terlebih dahulu memotong.

“I tahu.” Sudah berulang kali Datin Mariam mengingatkannya jawatan yang dia pegang sekarang hanya sementara. Bila Haqq pulang, jawatannya itu akan diserahkan pada Haqq.

“Daneen!”

Daneen dan Haqq terus menoleh. Salwa sudah tercegat di hadapan pintu pantri. Dia nampak terkejut saat terpandangkan Haqq.

“Kenapa Salwa?” soal Daneen.

“Err...err... tak ada apa-apalah.” Kepala digeleng perlahan.

“Hai Salwa” sapa Haqq ramah. Nak jadi bos yang disukai ramai, haruslah ramah.

Salwa tersipu-sipu malu. “Hai encik Haqq. Tak sangka encik Haqq tahu nama saya.”

“Tadi kan Daneen sebut nama awak.”

Pap! Salwa rasa nak menyorok dalam gua sekarang ni. Huwaaa malunya aku! Daneen pula seronok ketawa. Siap kau dekat rumah nanti Daneen!

“Saya minta diri dululah.” Salwa cepat-cepat beredar meninggalkan pantri.

Daneen juga turut bangun daripada duduknya.

“You tak minum ke?” soal Haqq. Mug yang berisi air nescafe tadi dihulurkan pada Daneen.

Daneen tayang muka menyampah. Kau dah minum air aku, lepas tu kau nak suruh aku minum balik air tu? Memang tak lah!

Tanpa menjawab soalan Haqq, Daneen terus beredar meninggalkan pantri.

Haqq tersenyum sendiri. Jangan nak sombong sangat Daneen. Kita tengok nanti, sejauh mana kesombongan you boleh pergi.

KLUK... klak... kluk... klak...

Daneen menghempas kuat fail di atas meja. Dia merengus geram. Haqq yang sejak daripada tadi bermain dengan pen itu terus angkat wajah memandang Daneen.

“Kenapa?” soalnya.

“Boleh tak you jangan main pen tu?Bisinglah! Tak senang I nak buat kerja. Menganggu fokus I,” marah Daneen. Baru sehari dia duduk satu pejabat dengan Haqq lelaki itu dah cabar kesabarannya. Macam mana dia nak hadap hari-hari yang seterusnya nanti?

“Opss sorry.” Macam biasa, Haqq tayang wajah tak bersalah.

Daneen menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi. Tak sampai lima minit, suara gelak ketawa Haqq menampar gegendang telinganya. Lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.

Bibir diketap rapat. Berombak laju dadanya menahan geram. Kalau macam ni hari-hari, boleh kena darah tinggi dibuatnya. Rasa macam nak pergi jumpa kontraktor yang renovate pejabat Haqq. Nak minta dia siapkan pejabat Haqq secepat mungkin. Tak tenang dia nak buat kerja bila sebilik dengan lelaki itu.

Tak lama selepas itu Haqq buka lagu hindustan kuat-kuat. Sengaja nak menyakitkan lagi hati Daneen.

“Argh! Enough Haqq!” Daneen sudah hilang sabar. Dia terus bangun daripada duduknya.

“What?” soalnya. Pura-pura tak mengerti. Puas dia tahan dirinya daripada ketawa.

Daneen kemas meja kerjanya. Dibawa bersama komputer ribanya keluar daripada pejabat.

“Nak kemana tu?” soal Haqq. Seronok dia ketawakan Daneen.

Bamm! Sengaja Daneen menghempas kuat pintu bilik itu. Kalau tercabut pun lagi bagus!

HAQQ keluar daripada perut lift. Sambil itu matanya meliar mencari Dato' Tarmizi di lobi hotel itu. Namun pandangannya terhenti pada seorang gadis yang sedang duduk di ruang menunggu di lobi itu.

“Daneen?” Bekerut dahi Haqq memandangnya. Di hadapan Daneen ada seorang lelaki muda. Mereka berdua nampak begitu mesra. Membuatkan Haqq jadi tertanya-tanya apa hubungan lelaki itu dan Daneen.

“Hai encik Haqq,” sapa Mira. Salah seorang housekeeping di Majestic Hotel.

Haqq terus menoleh. Dia pandang gadis itu atas bawah.

“Err hai.”

“Encik Haqq tengah tengok cik Daneen ke?” soal Mira. Daripada tadi dia perasan Haqq asyik memandang ke arah Daneen.

“Eh tak adalah,” nafi Haqq. Takkan dia nak mengaku kot.

“Saya bukannya nak buat cerita atau nak mengadu domba. Tapi saya cuma nak ingatkan encik Haqq. Jangan rapat sangat dengan cik Daneen tu.”

“Kenapa pula?” soal Haqq hairan.

“Cik Daneen tu suka goda lelaki. Saya risau kalau encik Haqq jadi mangsa seterusnya. Cukuplah Dato' Tarmizi jer yang dia goda.”

Haqq terkedu mendengarnya. Daneen goda papanya juga?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience