LAFH - 13

Romance Series 665659

“DIA dah tidur ke Daneen?” soal Haqq. Suara bayi tadi tak lagi kedengaran selepas Daneen memberinya minum susu.

Senyap.

“Daneen,” panggil Haqq lagi.

Senyap.

Haqq terus bangun daripada sofa panjang itu. Dia berjalan menghampiri katil. Patutlah senyap. Daneen turut tertidur sambil memeluk bayi itu.

Hujung bibir Haqq ternaik sedikit. Lama diperhatikan seraut wajah yang sedang tidur lena itu. Penat agaknya menjadi babysitter tak berbayar hari ini.

Haqq melabuhkan duduknya di birai katil. Tangannya ringan saja mahu menyelak rambut Daneen yang menutupi separuh wajahnya. Dia tak puas melihat wajah Daneen apabila separuh wajahnya ditutupi dengan rambut. Rambut Daneen perlahan-lahan diselak ke belakang telinga.

Ha baru nampak jelas wajah Daneen. Wajah cantik ini tak patut diselindungkan.

Hampir lima minit Haqq duduk di situ sambil memerhatikan Daneen tidur. Matanya meneroka seluruh wajah polos itu. Daripada kening, hidung, bibir, semuanya Haqq perhatikan. Sempurna. Itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Daneen. Apa yang paling menarik perhatiannya ialah bibir Daneen. Bibir Daneen merah bak delima. Semulajadi.

“Kalau cantik macam ni, tak sesuai jadi mak tiri I. You lebih sesuai jadi isteri I, Daneen,” ujarnya sendiri. Dia tersenyum kecil.

Poket seluarnya diseluk. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Aplikasi kamera dibuka. Dia menangkap beberapa keping gambar Daneen. Tersungging senyuman di bibirnya.

Haqq mengerling sekilas jam di tangannya. Sudah pukul tiga petang. Mereka masih belum makan. Terus dia bangun. Ingin membelikan makanan untuk Daneen juga.

Selimut ditarik menutupi tubuh Daneen sebelum dia berjalan keluar meninggalkan bilik hotel itu.

“DANEEN, bangun!” Ditepuk perlahan lengan Daneen.

Daneen tersentak. Terus terjaga daripada lenanya. Matanya digosok-gosok perlahan. Sebelum matanya meliar memerhati sekeliling bilik itu.

“Sempat pula kau tidur ya,” Salwa geleng kepala.

Daneen menguap perlahan. Otaknya cuba proses apa yang berlaku. Baru dia ingat, dia tertidur sewaktu dia tidurkan bayi yang dijaganya tadi.

“Salwa, mana budak tu?” soal Daneen cemas apabila melihat bayi tadi tak ada di sebelahnya.

“Ayah dia dah datang ambil semula.”

Daneen menarik nafas lega. Ingatkan hilanglah tadi. Risau dibuatnya. Kalau betul-betul hilang, apa dia nak jawab dengan pelanggan itu?

“Dah jomlah balik. Waktu kerja pun dah habis.”

Daneen meraup perlahan wajahnya. Boleh tahan lama juga dia tidur tadi.

“Aku laparlah Salwa.” Perutnya dipegang.

“Tahu pun lapar. Tu dekat atas meja tu ada makanan. Encik Haqq belikan untuk kau tadi.”

Dahi Daneen berkerut. Baru dia teringat dekat mamat Hulk tu. Rasanya tadi Haqq juga ada di sini. Kejap!

Mesti Haqq nampak dia tidur. Ah!

“Sebenarnya daripada tadi aku nak kejutkan kau. Tapi encik Haqq cakap biarkan jer kau tidur sampai habis waktu kerja.”

Daneen terus pandang muka Salwa. Biar betul Haqq cakap macam tu? Sejak bila pula mamat Hulk tu jadi baik dengan dia? Padahal sebelum ni dia layan Daneen macam musuh.

“Betul ke?” soal Daneen tak percaya. Entah-entah Salwa sengaja buat cerita.

“Betullah. Dah kenapa pula aku nak buat cerita? Dah jomlah balik.” Salwa terus tarik tangan Daneen turun daripada katil.

DANEEN melangkah ke dapur. Beg woven berwarna biru yang diletakkan di atas island kitchen itu diambil. Ada bekas plastik yang berisi chicken chop dan spaggeti. Kata Salwa, Haqq yang bagi padanya. Sehelai nota yang diselitkan pada bekas itu diambil.

Congratulations on being such a great babysitter today! Babysitter is suit you well.

Daneen mencebik. “Jerk!” Dia merengus geram. Haqq sengajalah tu nak mengejeknya.

“Wah siap ada nota. Tengok!” Salwa terus merampas nota yang berada di tangan Daneen. Entah sejak bila dia muncul di belakang Daneen.

Terletus tawa Salwa saat membaca nota yang Haqq tinggalkan untuk Daneen.

“Daneen, aku rasa encik Haqq tu dah jatuh cinta lah dekat kau.”

Daneen geleng perlahan. Mustahil. Tak mungkin Haqq jatuh cinta pada perempuan sepertinya. Lagi-lagi di mata Haqq, Daneen bukan perempuan yang baik.

“Mana kau tahu dia jatuh cinta dengan aku?” soal Daneen.

“Mana kau tahu yang dia tak jatuh cinta dengan kau?” Salwa menyoal kembali.

Daneen mengeluh perlahan. Malas nak layan. Dia ambil chicken chop dan spaggeti tadi lalu dimasukkan ke dalam microwave. Perutnya sudah berkeroncong.

“Aku rasa encik Haqq tu lelaki yang baik. Yalah mungkin mulut dia tu ermm menyakitkan hati sikit.”

“Sikit apanya? Banyak! Macam puaka niyang rapik,” balas Daneen geram. Haqq tak pernah berlembut dengannya. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu pasti menyakitkan hatinya.

“Jangab benci sangat Daneen. Nanti jatuh cinta,” usik Salwa.

Daneen tersenyum mengejek. “Macam kau dengan Joana?” Dia tertawa halus.

Salwa berdecit perlahan. Cis! Aku nak kenakan dia, dia pula yang kenakan aku. Tak habis-habis sebut nama wanita berloceng tu. Huh, meluat!

MALAM ini kenduri tahlil diadakan di rumah sewa Daneen dan Salwa. Memang setiap tiga bulan sekali mereka akan mengadakan kenduri tahlil. Untuk arwah mak ayah Daneen dan arwah ayah Salwa.

Disebabkan tak cukup tangan nak memasak, Daneen dan Salwa membuat keputusan untuk mengambil perkhidmatan katering saja. Senang. Tak perlu susah-susah.

Jam menunjukkan pukul lapan malam. Tetamu sudah mula hadir. Tak ramai yang Daneen dan Salwa jemput. Hanya jiran-jiran tetangga dan beberapa orang rakan kerja mereka.

Tiba-tiba mata Daneen terpandangkan seorang lelaki memakai baju Melayu berwarna hijau. Siap pakai cermin mata hitam pula tu. Buang tabiat ke pakai shades malam-malam buta begini?

Kejap! Kenapa macam kenal jer?

Terbuntang mata Daneen saat Haqq menanggalkan cermin mata hitamnya. Lelaki itu tersenyum padanya. Tangan dilambai.

Daneen terus menghampirinya. Apa si Hulk ni buat dekat sini? Tak ada pula aku jemput dia.

“You buat apa dekat sini?” soal Daneen.

“Datang kenduri lah. Takkan datang nak meminang you pula.”

Daneen menjeling geram. Heh! Kalau kau hantar rombongan meminang pun tak hinginlah aku nak terima.

“I tak jemput you.”

“Auch! Sakitnya tu di sini.” Haqq pegang dadanya. Keningnya berkerut seperti menahan kesakitan. Kemudian dia ketawa. Membuatkan Daneen makin sebal.

“Encik Haqq.” Salwa tiba-tiba muncul di belakang Daneen.

“Sampai hati you Daneen. Buat kenduri tak jemput bos sendiri. Nasib baiklah Salwa ni ingat dekat I. Thank you Salwa sebab jemput I.”

Daneen terus menoleh memandang Salwa. Salwa rupanya yang menjemput Haqq datang kenduri mereka malam ini. Salwa telan air liur melihat renungan tajam Daneen.

Daneen terus tarik lengannya ke tepi.

“Hei, yang kau pergi jemput si Hulk tu kenapa?” soalnya tak puas hati.

“Kau cakap boleh jemput kawan-kawan aku.”

“Sejak bila pula si Hulk tu jadi kawan kau?”

“Sejak semalam.” Salwa tersengih menayangkan barisan giginya.

Daneen mengeluh perlahan.

SEDANG Daneen menambah lauk di dalam bekas, terasa ada hembusan nafas di belakangnya. Terus dia menoleh ke belakang.

Haqq.

“You buat apa dekat dapur ni?” soal Daneen serius. Wajah kelat ditayang. Jelas dia tak suka dengan kehadiran Haqq. Haqq yang memakai baju Melayu berwarna hijau itu dijeling sekilas. Hah memang sesuai sangatlah warna baju tu dengan dia!

“Saja nak berbual dengan you.”

Daneen ketap bibir. Tak cukup dekat pejabat, dekat sini pun Haqq nak sakitkan hati dia ke?

“Kalau you tak tahu, biar I beritahu. Papa dan mama I tak ada dekat Malaysia. Dia orang pergi honeymoon.” Haqq tersenyum. Sengaja berkata begitu. Mahu melihat reaksi Daneen. Padahal Dato’ Tarmizi ke luar negara atas urusan kerja.

Daneen buat tak tahu. Malas nak melayan. Macamlah dia tak tahu Dato’ Tarmizi pergi kemana. Lelaki itu sudah maklumkan padanya terlebih dahulu.

“I tak sabar nak tunggu dia orang balik. Mungkin nanti dia orang akan bawa balik berita gembira. Kut lah I nak dapat adik lagi ke... Who knows right?” Mata Haqq tak lepas daripada memandang wajah Daneen yang bertudung itu. Daneen nampak lebih manis apabila memakai tudung.

“Excuse me encik Haqq, boleh tak jangan ganggu I? I banyak lagi kerja nak buat.”

Haqq ketawa. Daneen sakit hati ke? Cemburu? Atau takut kalau Dato’ Tarmizi ubah fikiran tak mahu berkahwin dengannya?

“By the way you nampak cantik bila pakai tudung,” puji Haqq tiba-tiba. Kecantikan Daneen menggetarkan jiwanya. Memberontak hatinya mahu gadis ini menjadi miliknya.

“Thank you. Baju Melayu ni pun sesuai dengan you. Hijau. It fits you perfectly.”

Haqq tersenyum bangga. Kembang semangkuk apabila dipuji Daneen.

“Hulk Hijau,” ujar Daneen perlahan. Tapi cukup jelas di telinga Haqq.

Daneen cepat-cepat buka langkah meninggalkan dapur. Lebar senyuman di bibirnya.

“Hei!” Haqq mendengus geram. Daneen sengaja kenakan dia rupanya.

SAAT semua tetamu sedang menikmati makanan yang dihidangkan. Mata Haqq terpandangkan seorang lelaki muda yang duduk di tepi Salwa. Lelaki inilah yang dia nampak masuk ke dalam rumah Daneen tempoh hari.

Disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak, Haqq terus menghampiri Salwa dan lelaki itu.

“Encik Haqq dah makan?” soal Salwa saat ternampak kelibat majikannya itu.

“Dah.” Haqq mengangguk. Tipu sebenarnya. Dia masih belum makan. Lagipun dia datang kenduri malam ini bukan untuk makan. Dia hanya mahu berjumpa dengan Daneen.

“Siapa ni?” soal Haqq sambil memandang lelaki di sebelah Salwa itu.

“Oh lupa pula nak perkenalkan. Ini adik saya. Aqil.”

Aqil tersenyum nipis pada Haqq. Kepala ditundukkan sedikit.

Haqq terkedu. Adik Salwa?

Happy reading!

Share this novel

Asmah
2021-06-23 20:12:12 

dah dpt tahu sapa aqil tu mr hulk


NovelPlus Premium

The best ads free experience