LAFH - 16

Romance Series 665659

SEBAIK Daneen dan Haqq keluar daripada hutan, Salwa dan beberapa rakan kerjanya berlari mendapatkan mereka.

“Daneen! Kenapa ni? Apa yang dah jadi?” soal Salwa cemas. Mahu tak cemas tengok Daneen keluar daripada hutan sambil didukung Haqq.

Haqq perlahan-lahan meletakkan Daneen di kerusi yang ada.

“Daneen terjatuh tadi,” Haqq menjawab bagi pihak Daneen.

Daneen memerhati sekeliling. Ramai yang sedang memandang ke arahnya. Sekejap lagi mesti dia jadi bahan gosip mereka. Ada juga beberapa staf yang memberi pandangan tak puas hati padanya. Sakit hati lah tu tengok Haqq dukung dia. Macamlah aku nak sangat kena dukung. Mamat Hulk tu yang sibuk sangat nak dukung aku. Bukannya aku tak boleh berjalan sendiri.

“Nah, minum dulu.” Salwa menghukurkan sebotol air mineral pada Daneen.

“Thanks.” Penutup botol dibuka lalu diteguk sedikit air mineral itu.

“Teruk ke kaki kau luka?” soal Salwa.

Daneen pandang kiri kanan. Mereka semua dah berkumpul di hujung sana termasuk Haqq. Yang tinggal di sini cuma dia dan Salwa.

“Sikit jer. Tapi Haqq tu yang mengada-ngada nak dukung aku. Dia cakap aku jalan lambatlah, apalah.” Daneen merengus geram.

Salwa tertawa kecil. “Hmm something fishy.”

“Tak ada fishy, fishy. Jangan nak memandai eh.” Daneen menjeling tajam. Mulalah tu Salwa nak buat andaian dia sendiri.

“Aku bergurau jer lah. Janganlah nak serious sangat. Kau tahu tak, sakit-sakit badan aku ni. Apalah malang sangat nasib aku dapat teammates macam dia orang tu.”

“Kenapa?” soal Daneen.

“Si pondan tu asyik nak orang ikut jer cakap dia. Yang si Mira gedik tu pula asyik mengeluh cakap dia penat. Sakit telinga aku ni dengar dia orang bergaduh tau. Lepas tu boleh pula si pondan tu tergolek jatuh. Tak pasal-pasal aku kena papah dia tadi,” cerita Salwa.

Daneen ketawa kecil. Nak cakap nasib dia tak berapa baik sebab satu kumpulan dengan Haqq tapi nasib Salwa lagi malang rupanya. Kira okaylah Haqq masih ada hati perut nak tolong dia tadi. Buatnya si Hulk tu tinggalkan jer dia dalam hutan tadi, tak ke niaya?

HAQQ berjalan sendirian di gigi air. Saja mahu mengambil angin. Sambil itu matanya memerhatikan gelagat-gelagat pengunjung di pantai itu.

“Hai.”

Haqq terus menoleh saat suara lunak itu menyapa gegendang telinganya.

“Hai.” Dia pandang gadis yang berdiri di hadapannya itu.

“Encik Haqq kan?” soal gadis itu.

Haqq mengangguk. “Err sorry, awak siapa ya? Macam mana boleh kenal saya?” soal Haqq.

“Nama I, Zira. I anak pemilik chalet D’Qaseh.”

“Oh. I see.” Haqq angguk perlahan.

“Seronoknya I tengok encik Haqq dengan yang lain buat aktiviti. How i wish I can join you guys.”

“You nak join? Kalau nak join, boleh jer. Tak ada masalah pun,” ajak Haqq.

“Seriously? Tak apa ke kalau I join sekali?” Zira mula teruja.

“Of course, the more the merrier!”

“Thank you encik Haqq.” Zira tersenyum lebar. Berbunga-bunga hatinya. Lagi-lagi apabila dapat dekat dengan lelaki seperti Haqq.

Semenjak Haqq tiba semalam lagi dia sudah mula memerhatikan lelaki itu. Tak sangka juga Haqq lelaki yang mudah didekati.

“Tak payahlah panggil I encik Haqq. You bukan staf I. Panggil Haqq jer.”

Terangguk-angguk kepala Zira. Senyuman tak lekang daripada bibirnya.

DANEEN terjaga daripada tidurnya. Dia mengeliat kecil sebelum turun daripada katil. Tingkap bilik diselak. Dia meninjau ke luar. Nampak rakan-rakannya yang lain sedang duduk bersantai di tepi pantai. Selepas habis aktiviti tadi, Daneen terus balik ke bilik untuk berehat.

Tiba-tiba matanya terpandangkan seorang lelaki dan gadis yang sedang berbual di tepi pantai.

Lelaki itu nampak macam Haqq. Tapi siapa pula gadis yang bersama dengannya itu? Tak pernah nampak pun.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Terjengul wajah Salwa.

“Hah dah bangun. Cepatlah bersiap Daneen. Sekejap lagi kita nak main bola tampar dekat tepi pantai,” gesa Salwa.

“Salwa, sini kejap,” panggilnya.

Salwa datang menghampirinya yang sedang duduk di tepi tingkap itu.

“Kenapa?”

“Tu Haqq kan? Siapa perempuan tu?” soal Daneen.

Salwa tersenyum penuh makna sambil memandangnya.

“Cemburu nampak,” usiknya.

“Hisy, bukan cemburulah. Aku cuma nak tahu jer.”

Salwa mencebik. Eleh, dah cemburu tak nak mengaku. Macamlah kita tak tahu.

“Itu anak pemilik chalet yang kita duduk ni. Aku pun nampak dia orang berbual tadi. Nampak macam mesra. Mungkin encik Haqq dah terjatuh hati dekat dia.”

Daneen terdiam. Entah kenapa ada satu perasaan asing yang hadir di dalam hatinya apabila melihat Haqq berbual mesra dengan gadis itu.

“Itulah kau, jual mahal sangat Daneen. Kan dah melepas.”

“Mengarut jer lah. Aku tak hairan pun lah dekat si Hulk tu.”

“Dah, cepat bersiap. Tak payah nak skodeng orang lagi.” Bahu Daneen ditepuk perlahan sebelum dia berlalu ke bilik air.

JAM sudah menunjukkan pukul lima petang. Mereka semua sudah berkumpul di tepi pantai untuk bermain bola tampar. Daneen, Salwa dan Hafiy satu kumpulan. Manakala Haqq satu kumpulan dengan Kamil dan Zira.

Untuk pusingan yang pertama, kumpulan Daneen akan bermain dengan kumpulan Haqq.

“Auw!” Zira memejam mata perlahan.

“Kenapa Zira?” soal Haqq.

“Mata I masuk pasir,” balas Zira.

“Sini, biar I tengok.” Haqq menarik lengan Zira. Ditiup perlahan mata Zira.

“Dah okay?” soalnya.

“Okay dah. Thank you Haqq.” Zira tersenyum nipis. Bagai ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya ketika ini.

“Daneen!”

Haqq dan Zira terus menoleh.

“Aduh!” Daneen memegang kepalanya yang terkena bola. Leka memerhatikan Haqq dan Zira tadi sampai tak sedar Hafiy sudah memulakan permainan.

“Kau okay tak?” soal Salwa. Bukannya dia tak nampak Daneen asyik memandang ke arah Haqq dan Zira jer tadi. Mereka pun satu, kotlah nak buat drama swasta janganlah dekat sini. Yang si Zira ni pula gedik semacam aje dengan encik Haqq.

Bukan hanya Daneen. Hampir semua staf yang ada di situ menyaksikan aksi romantik Haqq dan Zira. Lagi menarik agaknya daripada menyaksikan perlawanan bola tampar mereka.

“Saya minta maaf cik Daneen.” Hafiy rasa bersalah.

“Tak apa.” Daneen geleng perlahan. Sambil itu matanya sempat mengerling ke arah Haqq dan Zira. Dan ketika itu juga Haqq memandang ke arahnya.

“Okay kita sambung semula.” Joana meniupkan wisel.

Permainan disambung semula. Kumpulan Daneen mendahului dengan lima mata. Kumpulan Haqq juga tak kurang hebatnya.

Giliran Daneen menampar bola ke arah pihak lawan. Namun bola yang ditampar tersasar sehingga terkena muka Zira.

“Auch!”

“You tak apa-apa Zira?” soal Haqq risau.

“Sakit. Kuatnya dia tampar bola.” Pipinya dipegang.

Haqq terus memandang ke arah Daneen. Renungan tajam diberikan pada gadis itu.

“Hei Daneen, you ni pandai main ke tak? Ke you sengaja nak cederakan orang?” marah Haqq.

Mereka semua terdiam melihat Haqq marah. Tak pernah-pernah mereka nampak Haqq marah selama ini.

Daneen ketap bibir. Wajahnya terasa membahang. Haqq marah dia depan orang ramai. Semua mata yang ada di situ memandang ke arahnya ketika ini.

“I'm sorry,” ujar Daneen perlahan. Bukannya dia sengaja nak baling bola itu ke wajah Zira. Tadi kepalanya juga terkena bola. Haqq tak cakap apa-apa pun? Kenapa bila kena pada Zira, Haqq nak marah sangat dengan dia?

“Aida, you gantikan I,” pinta Daneen.

Aida hanya menurut. Daneen pula terus buka langkah meninggalkan mereka semua.

Salwa tak sampai hati melihat Daneen. Dia menjeling geram ke arah Zira. Huh! Mengada-ngada!

SELESAI menunaikan solat maghrib, Haqq keluar semula daripada biliknya. Rasa bersalah menghurung hatinya. Entah kenapa dia marah sangat dengan Daneen tadi. Padahal bukannya Daneen sengaja.

Matanya meliar mencari Daneen. Selepas Daneen meninggalkan mereka semua tadi, dia langsung tak nampak bayang gadis itu lagi. Merajuk ke dia?

Haqq menghampiri staf wanitanya yang sedang duduk berkumpul sambil menyediakan ayam untuk mereka bakar sekejap lagi. Tapi Daneen tiada di situ.

“Salwa,” panggilnya.

Salwa menoleh. “Ya encik Haqq?” sahutnya.

“Daneen mana?” soal Haqq.

“Oh. Daneen dah balik KL tadi. Dia ada emergency case,” jelas Salwa.

“What?” Haqq terkejut. Kenapa Daneen langsung tak beritahunya?

Kesian Daneen kan :( Happy reading semua! Maaf sebab lambat update. Terima kasih sebab menunggu. Muah!

Share this novel

Zuraida Ahmad
2021-07-07 23:02:15 

xsabar nak tunggu episod seterusnya

adina damia
2021-07-07 20:20:26 

x sabar nk tunggu next chapter

September Deria
2021-07-07 02:28:48 

update sis..


NovelPlus Premium

The best ads free experience