LAFH - 22

Romance Series 665659

“HAQQ!”

Laju kaki Haqq melangkah meninggalkan dewan itu. Tak dipedulikan mata-mata yang sedang memandang ke arahnya ketika ini. Panggilan daripada Datin Mariam juga tidak dihiraukan. Menonong saja dia keluar daripada dewan.

Datin Mariam mendengus geram. Haqq seolah sengaja nak memalukan dia dan Zira. Boleh pula Haqq pergi begitu saja.

“You buat keputusan tanpa berbincang dengan dia dulu Mariam?” soal Dato’ Tarmizi. Dia juga tak setuju dengan keputusan isterinya itu.

Tambahan pula, mereka langsung tak pernah bertemu dengan keluarga Zira. Sepatutnya kedua-dua belah keluarga berbincang terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Hubungan perkahwinan itu bukan hanya melibatkan sebuah keluarga tetapi dua buah keluarga.

“I cuma nak yang terbaik untuk Haqq.”

“Yang terbaik bagi you, tak semestinya terbaik untuk Haqq.” Dijeling sekilas ke arah Zira yang berdiri di sebelah isterinya itu.

Zira terus tunduk menekur lantai.

“Haqq tu anak I. Sebagai seorang ibu mestilah I nak yang terbaik untuk dia. I tak nak dia pilih perempuan yang salah. I nak tengok dia bahagia,” tegas Datin Mariam.

“Habis tu Haqq tu bukan anak I ke?” soal Dato’ Tarmizi kembali.

Datin Mariam terdiam sesaat.

“Macam ni lah Mariam, balik rumah nanti kita bincang semula. Jangan kecoh-kecoh dekat sini. Malu orang tengok.” Dato’ Tarmizi terus berlalu daripada situ.

“Zira, aunty minta maaf ya.” Bahu Zira diusap lembut.

Zira tersenyum nipis. Dia menggeleng perlahan.

“Zira nak keluar sekejap.”

Datin Mariam mengangguk. Zira pula terus melangkah keluar daripada dewan itu.

HAQQ meraup kasar wajahnya. Dia bersandar di keretanya. Serabut! Entah kenapa Datin Mariam pandai-pandai saja membuat keputusan untuk dia. Tak pernah terlintas sekali pun di fikirannya untuk memperisterikan Zira. Sekelumit perasan pun tiada pada gadis itu.

“Haqq!” Zira terus berlari mendapatkan Haqq. Ingatkan Haqq terus pulang. Rupanya lelaki itu masih ada di kawasan parking lot.

Haqq terus berpaling.

“Haqq!” Termengah-mengah Zira dibuatnya. Nafas cuba diatur kembali.

“Kenapa you pandai-pandai buat keputusan Zira? Pernah ke I cakap yang I nak kahwin dengan you?” soal Haqq geram.

Zira tersentak. Riak wajahnya terus berubah. Soalan yang diajukan Haqq bagai batu besar yang menghimpap kepalanya ketika ini. Haqq benar. Tak pernah sekali pun lelaki itu bersuara tentang hubungan mereka. Hubungan mereka juga bukan seperti pasangan yang lain. Dia tahu cuma dia yang bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak peduli. Dia tetap mahukan Haqq.

“Haqq... I... I...” Zira hilang kata-kata.

Haqq mengeluh panjang. “Look, Zira. I mengaku I salah. I layan you baik-baik selama ni  seolah I beri harapan pada you. Tapi tak Zira. I minta maaf. I tak pernah suka pada you,” jujur Haqq.

“Tapi kenapa you layan I baik-baik dulu? Kenapa you buat I berharap pada you? Dan bila I dah jatuh cinta pada you, you sanggup buat I macam ni.” Lirih kedengaran suara Zira. Jelas dia kecewa.

Keadaan jeda seketika.

“I minta maaf. I mengaku I buat semua tu sebab I... I cuma nak buat dia cemburu.”

Zira tergamam. Bola matanya bergerak-gerak merenung Haqq.

“I minta maaf Zira. Soal family I, biar I yang jelaskan pada diorang. You boleh balik ke tempat you semula. Lupakan apa yang terjadi antara kita. Anggap saja yang kita memang tak pernah berjumpa.”

“Semudah tu?! Semudah tu Haqq? You ingat hati I ni apa?” Dada Haqq dipukul kuat. Zira mengongoi. Air mata sudah berjujuran membasahi pipi.

Haqq hanya membiarkan Zira memukul dadanya. Dia tahu semuanya berpunca daripadanya juga. Dia yang seolah memberi harapan pada Zira.

“Siapa dia? Siapa? Daneen?” soal Zira. Dia menjarakkan diri beberapa tapak ke belakang menjauhi Haqq. Air mata dikesat dengan belakang tangan.

Haqq diam. Mengiakan tidak. Menafikan pun tidak.

“You fikir perempuan tu suka dekat you ke Haqq? Dia cuma nakkan papa you! Dia tak pandang pun lelaki macam you. You kena terima hakikat suatu hari nanti dia akan jadi mak tiri you!”

“Zira!” Haqq sudah hilang sabar. Mencerlung matanya memandang gadis itu. Zira dah melampau.

“Apa? Salah ke apa yang I cakap? Mama you sendiri beritahu I yang perempuan tu perempuan simpanan papa you!”

“Shut up Zira! Sekali lagi you cakap benda buruk tentang dia, I...”

“Kenapa? You nak tampar I?” Zira terlebih dahulu memintas kata-kata Haqq.

Haqq mendengus kasar. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

“Daneen! Tunggulah aku!”

Haqq terus menoleh ke arah suara itu. Begitu juga dengan Zira. Ketika itu Daneen dan Salwa baru keluar daripada dewan dan ingin menuju ke kereta mereka. Daneen berjalan terlebih dahulu meninggalkan Salwa di belakang.

“Encik Haqq!” Dengan ramahnya Salwa menegur. Siap melambaikan tangan lagi pada Haqq.

Haqq hanya tersenyum nipis. Kepala diangguk perlahan. Pandangannya kembali terarah pada Daneen. Daneen yang mendengar nama Haqq disebut terus menoleh. Saat mata mereka beradu, Daneen terlebih dahulu mengalihkan anak matanya.

Kunci kereta dikeluarkan daripada tas tangan. Terus dia masuk ke dalam kereta. Sebaik Salwa juga sudah masuk ke dalam kereta, kereta yang dipandu Daneen bergerak meninggalkan parking lot itu.

“Perempuan yang dah lukakan hati mama you yang suka?” soal Zira sinis.

Haqq diam. Tanpa mempedulikan Zira, dia terus buka pintu keretanya. Lebih baik dia pulang.

“Hakikatnya dia tu perempuan simpanan papa you. You kena ingat tu!” jerit Zira kuat saat Haqq sudah masuk ke dalam keretanya. Sengaja ingin menyakitkan hati Haqq. Biar mereka sama-sama tersakiti. Dia tak akan lepaskan Haqq begitu saja.

Haqq menekan pedal minyak. Keretanya meluncur laju meninggalkan parking lot itu. Zira mendengus kasar. Turun naik dadanya menahan rasa. Dia tak akan biarkan Haqq jatuh ke tangan perempuan lain. Apa pun yang berlaku, Haqq tetap akan menjadi miliknya. Dia tak peduli.

MATA saja terarah pada jalan. Tapi fikiran Daneen melayang jauh teringatkan pengumuman Datin Mariam ketika majlis tadi. Jadi benarlah Haqq dan Zira akan berkahwin. Patutlah mereka berdua datang ke pameran baju pengantin minggu lalu.

“Daneen, tak sangka kan encik Haqq tu dah nak kahwin dengan perempuan tu.” Salwa menjeling sekilas ke arah Daneen yang sedang memandu itu.

Daneen diam. Sebenarnya dia langsung tak sedar Salwa sedang bercakap dengannya.

“Daneen! Kau dengar tak ni?” soal Salwa lagi.

Diam.

“Daneen!” Lengan Daneen ditepuk perlahan.

Danen tersentak. Hampir terlepas streng di tangannya kerana terkejut.

“Ish kau ni Salwa. Kan aku tengah drive ni,” rungutnya. Mujur saja tak ada kereta lain di jalan raya ketika ini.

“Kau tu kenapa? Mengelamun? Dah lah tengah drive.” Bising mulut Salwa.

Daneen geleng perlahan. Entah kenapa dia sibuk sangat teringat dekat Haqq? Biarlah Haqq nak kahwin dengan siapa pun.

“Kau frust ke encik Haqq dah nak kahwin?” usik Salwa.

Riak wajah Daneen terus berubah. Laju-laju dia geleng kepala menafikannya.

“Merepek!”

Salwa ketawa. “Tapi Daneen, kau nampak tak tadi muka encik Haqq dengan perempuan tu tegang semacam jer. Macam ada masalah.”

Daneen sekadar mengangkat bahu. Dia tak tahu dan dia tak mahu ambil tahu. Biarlah. Itu masalah mereka. Untuk apa dia serabutkan kepala fikir tentang mereka.

“HAQQ dengan Zira tak ada apa-apa hubungan. Haqq tak akan kahwin dengan dia.”

Datin Mariam terus bangun daripada duduknya. Jelas riak tak puas hati terpancar di wajahnya. Penat dia rancang semuanya. Haqq pula senang-senang nak batalkannya.

“No! Nak atau tak, mama nak Haqq kahwin juga dengan Zira. Hujung minggu ni kita pergi jumpa keluarga dia,” putus Datin Mariam.

Haqq mengeluh berat. “Mama please, jangan paksa Haqq macam ni.”

“Mama buat semua ni untuk kebaikan Haqq. Mama tak nak Haqq jatuh cinta dengan orang yang salah.” Datin Mariam begitu terkejut apabila Zira memberitahunya yang Haqq ada menyimpan perasaan pada Daneen. Tak akan sesekali dia biarkan Haqq dekat dengan gadis itu. Cukup-cukuplah gadis itu cuba menghancurkan mahligai cintanya.

“Haqq berhak tentukan masa depan Haqq sendiri.”

“Kalau Haqq masih anggap mama ni mama Haqq, tunaikan permintaan mama.” Datin Mariam terus melangkah naik ke tingkat atas.

Haqq meraup kasar wajahnya. Nampaknya Datin Mariam benar-benar ingin dia berkahwin dengan Zira.

“Haqq.” Dato’ Tarmizi datang mendekati anaknya itu.

Wajah papanya dipandang sekilas sebelum dia angkat kaki beredar daripada situ. Langkah Haqq dihantar melalui ekor mata sehingga bayang anaknya itu hilang daripada pandangan matanya.

Duduk dilabuhkan di atas sofa. Nafas dihela berat. Tapak tangan meraup perlahan wajah. Dia rindukan hubungannya dengan Haqq seperti dulu. Dulu mereka berdua sangat rapat. Haqq selalu berkongsi cerita dan masalah dengannya.

Tapi sejak Haqq dengar fitnah dia ada hubungan sulit dengan Daneen, terus anaknya itu berubah. Haqq membina tembok di antara mereka. Tak ada lagi gurau senda seperti dulu. Mereka juga jarang berbual. Kalau berbual pun hanya soal kerja.

Betapa besarnya kesan fitnah itu ke atas seseorang. Oleh kerana itu, perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat Muslim (105)]

“Papa rindukan keluarga kita yang dulu.” Mata dipejam perlahan. Entah sempat atau tidak untuk dia merasai detik-detik indah bersama keluarganya lagi selepas ini.

MELANGKAH saja masuk ke dalam pejabat, ramai yang mengucapkan tahniah pada Haqq. Haqq langsung tak membalas. Riak wajahnya tegang. Rosak moodnya pagi ini. Matanya terpandangkan Daneen yang baru masuk ke dalam pejabat. Seperti telepati, Daneen turut memandang ke arahnya. Mereka saling bertatapan tanpa suara.

Baru Haqq nak buka mulut memanggil Daneen, gadis itu sudah berlalu masuk ke dalam biliknya. Haqq berdecit perlahan. Daneen langsung tak menegurnya. Selalunya Daneen akan mengucapkan selamat pagi padanya. Tapi hari ini langsung tiada sapaan daripada gadis itu. Lambat-lambat Haqq menyusun langkah ke biliknya.

Daripada jauh, ada mata yang sedang memerhatikan Haqq ketika ini. Tersungging senyuman di bibirnya.

DANEEN melabuhkan duduknya di atas kerusi. Dia melepaskan nafas perlahan. Dadanya dipegang. Entah kenapa seperti ada rasa asing yang hadir tatkala dia melihat Haqq tadi. Hujung bibir diketap. Bukannya dia sengaja tak mahu menegur Haqq tadi tapi pagi-pagi lagi dia sudah mendapat amaran keras daripada Zira.

Dia terserempak dengan Zira ketika di parking lot tadi. Gadis itu memberi amaran padanya supaya menjauhi Haqq. Pelik. Entah kenapa Zira perlu rasa insecure sedangkan sudah tentu-tentu Haqq pilih dia untuk dijadikan isteri. Jadi untuk apa lagi dia perlu risaukan semua itu?

HAQQ memanjangkan leher mengintai kelibat Daneen di dalam biliknya melalui cermin kaca. Kosong. Daneen tiada di dalam biliknya. Dahi Haqq berkerut halus. Ke mana pula Daneen pergi?

“Bella, you nampak Daneen tak?” soal Haqq saat setiausahanya itu berjalan melintasinya.

Langkah Bella terhenti. “Oh cik Daneen ada dalam office Dato’ Tarmizi,” balasnya sebelum beredar kembali ke meja kerjanya.

Haqq terdiam. Apa yang Daneen buat dalam pejabat papanya? Macam-macam yang bermain di dalam kepalanya ketika ini. Teringat kembali kata-kata Zira malam itu.

“Hakikatnya dia tu perempuan simpanan papa you. You kena ingat tu!”

Tanpa menunggu lama, Haqq terus melangkah menuju ke bilik Dato’ Tarmizi.

Langkahnya terhenti apabila terpandangkan Daneen yang ketika itu baru keluar daripada bilik papanya. Mata Daneen merah. Ada titisan jernih yang mengalir di pipinya. Jelas dia sedang menangis. Tapi apa yang membuatkan Daneen menangis?

Saat Daneen perasan akan kehadiran Haqq, dia cepat-cepat berpaling ke arah lain.

“Daneen!” panggil Haqq.

Daneen tak hiraukan panggilan Haqq. Laju saja kakinya melangkah pergi daripada situ. Haqq tak duduk diam. Dia kejar langkah Daneen. Daneen yang sedar Haqq mengejar langkahnya, cepat-cepat masuk ke dalam tandas. Dia yakin Haqq tak akan berani ikut dia masuk ke dalam tandas wanita.

“Shit!” Haqq menumbuk dinding. Wajahnya diraup kasar.

Happy reading semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience