LAFH - 11

Romance Series 665659

“RESIGNATION letter?”

Daneen terus merampas kembali surat yang berada di tangan Haqq itu.

“Ini yang you nak kan?” soal Daneen.

“Kenapa?” Haqq tak menyangka yang Daneen akan membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya. Adakah kerana dia?

“Sebab I tak suka bekerja dengan you,” jawab Daneen.

Haqq ketawa kecil. Kepala digeleng perlahan. “You being so honest Daneen.”

Malas nak layan Haqq, Daneen angkat kaki mahu beredar daripada situ tapi lengannya pantas disambar Haqq.

“Kita belum habis cakap Daneen.”

“I dah tak ada benda nak cakap dengan you,” bidas Daneen. Dia merentap kembali lengannya.

“Jawab soalan I. Kenapa you nak resign?”

“I dah cakap yang I tak suka kerja dengan you. You nak I cakap bahasa apa baru you faham?”

“Bukan jawapan tu yang I nak dengar.”

Daneen ketawa mengejek. “Jadi jawapan apa yang you nak dengar daripada I?”

“Apa rancangan you Daneen?”

Tak sempat Daneen nak buka mulut, pintu pejabat dibuka daripada luar. Terjengul wajah Datin Mariam.

“Mama?” Kening Haqq terangkat.

“Hai sayang.” Datin Mariam tersenyum.

“Datin.” Daneen menundukkan sedikit kepalanya.

Jelingan tajam dilempar pada Daneen. Meluat!

“Kenapa mama datang sini?” soal Haqq.

“Lah, tak boleh ke mama nak tengok Haqq kerja? Nak jumpa anak sendiri pun perlukan sebab?”

“Bukan macam tu mama. Haqq cuma pelik bila mama tiba-tiba datang hari ni.”

Daneen terus angkat kaki meninggalkan bilik itu. Dibiarkan dua beranak itu terus berbual. Lagipun dia mahu berjumpa dengan Dato’ Tarmizi.

“Tunggu sekejap.” Datin Mariam keluar meninggalkan pejabat.

Haqq terpinga-pinga ditinggalkan.

“HEI!”

Panggilan itu membuatkan Daneen palingkan muka. Langkahnya terhenti. Datin Mariam datang mendekatinya.

“Lepas suami aku, sekarang ni kau nak goda anak aku pula? Perempuan jenis apa kau ni?” Bahu Daneen ditolak.

Daneen ketap bibir. Haa mula dah.

“Anak Datin tak ada dalam senarai lelaki pilihan saya. Jadi Datin tak perlu risau. Saya dan anak Datin tak akan pernah ada apa-apa hubungan,” tegas Daneen. Huh! Dia ingat si Hulk tu bagus sangat ke?

“Aku pegang kata-kata kau.”

“Tapi saya tak tahulah kalau nanti anak Datin yang jatuh cinta dengan saya.” Hujung bibir Daneen ternaik sedikit.

“Hei!” Hati Datin Mariam mula panas.
Daneen seakan sengaja mencabar kesabarannya.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Perangai kau dengan mak kau sama jer kan. Perempuan murahan!” tempik Datin Mariam. Dadanya berombak laju.

“Mariam!” Dato’ Tarmizi menghampiri mereka. Lengan isterinya itu ditarik.

“Jangan buat kecoh dekat sini Mariam. Tak malu ke dengan staf?”

“Malu? You ada perasaan malu ke Mizi? Kalau ada perasaan malu, tak adalah you menggatal dengan perempuan murah ni!”

“Balik sekarang,” arah Dato’ Tarmizi.

“You halau I? Seriously Mizi?”

Dato’ Tazmizi mengeluh perlahan. “Tolonglah Mariam. Jangan buat perangai dekat sini.” Suaranya kedengaran bergetar seperti sedang menahan amarah.

“Kenapa ni?” Haqq datang menghampiri mereka.

“Haqq...” Datin Mariam merangkul lengan anaknya itu.

“Kenapa ni mama?” soal Haqq risau. Dia pandang wajah Dato’ Tarmizi dan Daneen silih berganti.

“Haqq tolong hantar mama balik. Daneen, awak ikut saya.” Dato’ Tarmizi terus berlalu ke pejabatnya.

Daneen cepat-cepat mengikut langkah lelaki itu daripada belakang.

“DANEEN nak resign?” Dato’ Tarmizi memandang sepi wajah gadis di hadapannya itu.

Daneen yang sedari tadi hanya menunduk hanya mengangguk perlahan.

Terdengar keluhan berat daripada bibir Dato’ Tarmizi. Dia membetulkan duduknya.

“Kenapa Daneen? Disebabkan Haqq ke? Haqq yang minta Daneen resign?” soalnya.

“Eh bukan! Ini keputusan Daneen sendiri. Tak ada siapa yang paksa Daneen.”

“Uncle tak percaya.”

“Daneen minta maaf uncle. Daneen rasa untuk kebaikan semua orang, lebih baik Daneen resign. Lagipun tak lama lagi encik Haqq akan ambil alih jawatan Daneen kan. Jadi...”

“Daneen rasa Daneen tak diperlukan lagi ke?”

Daneen menggeleng. “Bukan macam tu.”

“Daneen, Daneen pekerja terbaik uncle. Daneen tak pernah buat masalah. Uncle suka cara Daneen bekerja. Daneen dah banyak bantu uncle uruskan hotel ni. Tak ada sebab yang kukuh untuk Daneen resign.”

Daneen hanya diam. Sejujurnya dia juga sayangkan kerjanya. Tapi keputusan ini yang terbaik buatnya dan orang sekeliling.

“Uncle tak izinkan Daneen resign.” Surat perletakan jawatan Daneen tadi diambil lalu dikoyak dua.

Daneen hilang kata-kata.

“Please Daneen... Kalau Daneen anggap uncle macam ayah Daneen sendiri, tolong jangan berhenti. Majestic Hotel masih perlukan Daneen.”

Daneen tak mampu nak menolak bila Dato’ Tarmizi mula merayu padanya. Tak sampai hati nak kecewakan lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri itu.

Masalahnya sekarang ialah Datin Mariam. Bukan hanya Datin Mariam tapi Haqq juga. Mengenangkan hal itu membuatkan fikirannya berserabut. Tak tenang dia nak bekerja dalam keadaan begini.

Kalau dulu dia tidak begitu kisah kerana Datin Mariam tiada di pejabat. Tapi sekarang dia perlu menghadap Haqq setiap hari. Tak tahan apabila lelaki itu terus menuduhnya melakukan perkara yang tak pernah langsung terlintas di fikirannya.

HAQQ menggantungkan sejadah yang digunakannya tadi. Langkah kaki dibawa ke katil. Tubuh direbahkan. Fikirannya jauh menerawang teringatkan Daneen. Betul ke gadis itu mahu berhenti kerja?

Siang tadi tak sempat dia berjumpa dengan Daneen kerana dia perlu menghantar Datin Mariam pulang. Selepas itu, Datin Mariam mengajak Haqq menemaninya ke spa pula. Jadi Haqq tak masuk ke pejabat semula selepas itu.

Bagaimana jika Daneen betul-betul mahu berhenti kerja? Adakah dia akan bertemu dengan Daneen lagi selepas ini? Entah kenapa dia mula tak senang duduk apabila memikirkan hakikat itu.

“Haqq.”

Haqq tersentak. Suara Daneen.

Dia terus bangun daripada pembaringannya. Matanya terpandangkan Daneen yang sedang berdiri di balkoni biliknya.

“Haqq.” Daneen melambai ke arahnya sambil tersenyum penuh menggoda.

“You... You buat apa dekat sini?”

Daneen hanya ketawa. Baru Haqq nak melangkah ke arahnya tiba-tiba Daneen hilang. Terpusing-pusing kepala Haqq mencari ke mana gadis itu pergi. Matanya meliar sekeliling bilik.

“Daneen!” panggilnya.

Haqq menggeleng perlahan. Wajahnya diraup berkali-kali. Dia berkhayal ke sebentar tadi?

Ah! Apa yang Daneen dah buat dekat dia sampai dia berkhayal tentang gadis itu. Parah!

Teringat kembali perbualannya dengan Daneen tempoh hari. Ketika itu Daneen berada di pantri. Gadis itu sedang makan nasi goreng yang dibawa bekal dari rumah.

Haqq terus merampas bekalnya. Nasi goreng Daneen dihabiskan tanpa rasa bersalah. Sedap benar air tangan gadis itu. Awalnya dia cuma mahu rasa. Disebabkan rasa nasi goreng itu sedap, habis sebekas Haqq makan.

“You tak ada letak apa-apa kan dalam nasi goreng ni?”

“Ada.” Daneen mengangguk. Sebal hatinya. Sesuka hati jer si Hulk ni tibai nasi goreng aku.

Riak wajah Haqq terus berubah.

“I letak ubat guna-guna. Siapa yang makan, confirm lepas tu akan teringat-ingat dekat I.” Sengaja Daneen mahu mengenakan Haqq. Apa Haqq fikir dia gila nak letak benda-benda kotor itu di dalam makanannya sendiri? Kolot sungguh fikiran lelaki itu.

Haqq ketap bibir mendengar jawapan Daneen. Rasa mahu jolok anak tekaknya. Keluarkan semula nasi goreng yang dimakan tadi.

Daneen tahan ketawa melihat reaksi lelaki itu. Takutlah tu. Padan muka kau!

Haqq meraup perlahan wajahnya. Dia geleng kepala. Jadi benarlah Daneen letak ubat guna-guna di dalam nasi gorengnya tempoh hari? Gadis itu tak bergurau. Ubat guna-guna itu berkesan. Buktinya dia asyik teringatkan Daneen sampai ternampak bayangan Daneen di dalam biliknya.

Kejap!

Betul ke tu bayangan Daneen? Entah-entah itu hantu raya yang Daneen bela?

Seram sejuk Haqq dibuatnya. Cepat-cepat dia menutup pintu balkoni biliknya. Langsir terus ditarik. Matanya melilau memerhati sekeliling bilik. Takut kalau tiba-tiba hantu raya Daneen muncul kembali.

HAQQ memberhentikan keretanya tidak jauh daripada rumah teres dua tingkat itu. Dia hanya duduk di dalam kereta sambil memerhati Daneen yang sedang membasuh keretanya di garaj.

Hari ini Haqq buat kerja gila. Dia datang ke rumah Daneen hanya kerana ingin melihat gadis itu. Daneen tak masuk ke pejabat hari ini. Mungkin benar dia sudah berhenti kerja. Tapi Dato’ Tarmizi tidak pula maklumkan apa-apa padanya.

Berkerut dahi Haqq saat melihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Daneen. Seorang lelaki muda keluar daripada kereta itu. Umur lelaki itu dalam lingkungan awal 20-an. Nampak lebih muda daripada Daneen.

Membuatkan Haqq tertanya-tanya apa hubungan Daneen dengan lelaki itu. Mereka kelihatan mesra. Adik Daneen? Tak mungkin. Setahunya Daneen anak tunggal.

Luas biji mata Haqq saat lelaki itu masuk ke dalam rumah Daneen. Daneen turut masuk ke dalam rumah juga.

Giginya diketap rapat. Streng keretanya digenggam kuat.

Dia tak pernah sangka Daneen sanggup membawa lelaki masuk ke dalam rumah. Tak cukup menjalinkan hubungan dengan papanya, Daneen bercinta dengan lelaki muda pula? Bagaimana pula dengan Raja? Berapa ramai lelaki yang Daneen simpan? Entah mengapa rasa kecewa mencengkam dada.

Tika ini, ada yang terbakar tapi bukan api...

Happy reading semua!

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-20 00:55:28 

tqvm update salam mlm minggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience