LAFH - 19

Romance Series 665659

“I ada permintaan. Boleh you tunaikan?” Suara gemersik Haqq menampar gegendang telinga Daneen. 

Lidah Daneen bagai terpasung pada lelangit ketika ini. Dada dihempas debaran yang kuat.

“You... You nak apa?” Dalam gugup, Daneen menyoal.

Haqq tersenyum nipis mendengar suara Daneen yang kedengaran bergetar itu. Makin seronoklah dia nak mengusik gadis itu.

“I nak...” Haqq mengigit bibir bawahnya.

Jantung Daneen bagai nak melompat keluar saat ini. Haqq pula seolah sengaja merapatkan lagi jarak antara mereka. Daneen keras di situ. Jika sedikit lagi Daneen bergerak, pasti dada mereka akan bertemu.

“Haqq... Jangan nak buat perangai. I beritahu Dato’ Tarmizi nanti,” ugut Daneen.

“Sebelum you mengadu dekat papa I, I boleh tutup mulut you dengan...” Bicaranya terhenti di situ. Jari telunjuknya diletakkan di bibirnya. Wajahnya penuh menggoda.

Gila! Memang gila! Daneen hampir hilang nafasnya gara-gara Haqq. Dadanya bagai ingin pecah menahan debaran.

Tiba-tiba Haqq menghamburkan ketawanya. Geli hatinya melihat wajah cuak Daneen. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang menjauhi Daneen. Lega. Jantungnya juga bagai nak pecah bila duduk rapat dengan gadis itu.

Daneen ketap bibir. Dia mengecilkan mata memandang Haqq. Sebal. Haqq ingat lawak ke?

“Hey, janganlah nak serious sangat,” ujar Haqq dengan tawanya yang masih tersisa.

“I cuma nak you masakkan I bubur ayam yang you bawa haritu,” pinta Haqq.

Dahi berkerut. Kening bertaut. Dia pandang Haqq dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Mimpi apa si Hulk ni? Tiba-tiba minta orang masakkan bubur untuk dia pula.

“I masakkan bubur waktu tu sebab you sakit. Sekarang ni you dah sihat. Nak apa lagi?” balas Daneen.

“Daneen!”

Daneen dan Haqq serentak berpaling ke muka pintu. Salwa sudah tercegat berdiri di situ.

“Eh encik Haqq pun ada,” tegur Salwa.

Haqq hanya tersenyum nipis. Pandangan Salwa beralih kembali pada Daneen. Pandangan yang penuh bermakna. Daripada mata Salwa, Daneen sudah dapat meneka apa yang bermain di fikiran kawan baiknya itu.  Sekejap lagi mesti dia kena soal siasat dengan Salwa. Ah!

“DANEEN! Cepatlah beritahu aku. Apa yang jadi?” Salwa mengejar langkah Daneen daripada belakang.

Daneen mengeluh perlahan. Dia mendaki anak tangga. Sudah puas dia jelaskan pada Salwa tak ada apa-apa pun yang berlaku antaranya dengan Haqq tadi. Si Hulk tu yang tiba-tiba muncul.

“Kan aku dah cakap, tak ada apa-apa pun yang jadi,” balasnya malas. Langkah diatur menuju ke biliknya.

“Habis tadi kau orang berdua borak apa jer dekat dalam tu? Bila aku datang tadi, muka kau tu macam orang kena tangkap basah tau. Cuak semacam jer.” Salwa masih tak puas hati. Dia turut mengikut Daneen masuk ke dalam bilik.

Daneen menjeling tajam ke arah Salwa. “Isy, mulut kau tu kan!”

Terletus tawa Salwa. Dia bersandar di juring pintu bilik Daneen.

“Waktu nak balik tadi, aku nampak encik Haqq jalan dengan perempuan gedik tu. Apa dia buat dekat sini?”

Daneen tahu perempuan yang dimaksudkan oleh Salwa itu ialah Zira. Siapa lagi kalau bukan dia?

“Entah.” Daneen angkat bahu. Teringat kembali pertemuannya dengan Zira di hospital tempoh hari.

Tertanya-tanya juga apa sebenarnya hubungan Zira dengan Haqq. Kalau sekadar kawan biasa, tak mungkin asyik berkepit sepanjang masa. Dah macam bayang-bayang Haqq.

“Kalaulah dia orang tu betul-betul bercinta Daneen, macam mana?”

Daneen memusingkan tubuhnya menghadap Salwa.

“Macam mana apa? Suka hati dia oranglah. Janji tak ganggu hidup aku. Dah, pergi mandi! Jangan nak kepochi sangat ya.” Daneen tolak perlahan tubuh Salwa ke tepi. Kemudian cepat-cepat dia menutup pintu biliknya.

Nafas dijujut sebelum dihembus perlahan. Tubuhnya terus dihempas di atas katil. Mata dipejam otak. Dia teringatkan kembali kejadian di dalam stor tadi. Ah si Hulk tu memang dah gila! Sesak nafas dibuatnya.

Tapi entah mengapa setiap kali dia dekat dengan Haqq, ada satu perasaan asing yang hadir. Cinta? Tak mungkin. Segera dibuang jauh perasaan itu. Dia dan Haqq tak mungkin akan bersama.

SUASANA makan malam di rumah agam itu senyap sahaja. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan saja. Masing-masing hanya diam menikmati makan malam mereka.

“Haqq.” Datin Mariam bersuara. Memecahkan kesunyian antara mereka.

Haqq terus angkat kepala memandang Datin Mariam yang duduk berhadapan dengannya itu.

“Ya mama,” sahutnya.

“Mama berkenan betullah dengan Zira tu. Baik budaknya. Cantik pula tu. Serba serbi sempurna. Cukup pakej.”

Riak wajah Haqq terus berubah saat nama gadis itu disebut.

“Jadi bila Haqq nak hantar rombongan meminang?” soal Datin Mariam tiba-tiba.

Nak tersembur nasi di dalam mulut Haqq apabila mendengar soalan yang diajukan Datin Mariam itu. Dato’ Tarmizi juga nampak terkejut.

“Mama, Haqq tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Kami berdua berkawan jer. Tak lebih daripada tu,” jelas Haqq. Dia rasa Datin Mariam dah salah faham dengannya.

Sebelum ini belum pernah dia kenalkan mana-mana kawan perempuannya dengan Datin Mariam. Zira yang pertama. Mungkin kerana itu Datin Mariam menyangka dia bercinta dengan Zira.

“Tapi mama suka kalau Zira yang jadi menantu mama. Haqq ada perempuan lain ke?”

Haqq geleng perlahan. Waktu belajar di universiti dulu memanglah dia boleh dikatakan kaki perempuan juga. Perempuan bertukar ganti macam baju. Tapi dia tak pernah serius dalam hubungannya. Sekadar menghilangkan bosan.

“Jadi? Tak ada masalah pun kalau Haqq terima Zira. Mama boleh hantar rombongan meminang dalam masa yang terdekat.” Datin Mariam nampak begitu teruja. Nampak dia memang berkenan betul dengan Zira.

“Mama, Haqq tak ready lagi nak kahwin. Tak bersedia nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami. Haqq nak enjoy dulu.”

Datin Mariam mencebik. Alasan klise. Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila lah agaknya Haqq membujang.

“Janganlah dipaksa kalau Haqq tak bersedia lagi. Mungkin Haqq dah ada pilihan yang lain,” ujar Dato’ Tarmizi yang sejak daripada tadi hanya menjadi pendengar.

Hujung bibir Haqq ternaik sedikit. Pilihan yang lain? Terus terbayang wajah Daneen di fikirannya.

“Zira tu yang paling sesuai dengan Haqq,” tegas Datin Mariam.

“Mama, dah lah tu...” Meleret suara Haqq. Naik bosan apabila Datin Mariam asyik berbicara soal Zira.

Salahnya juga. Kalaulah dia tak melayan dan memberi harapan pada Zira dulu, tak adalah gadis itu berharap padanya.

GINCU berwarna coklat kemerahan dioleskan sedikit di bibirnya. Rambutnya diikat pony tail. Setelah puas dengan penampilannya, Daneen terus capai tas tangannya. Langkah dibawa keluar daripada bilik.

Baru dia nak melangkah keluar daripada rumah, Daneen teringat sesuatu. Dia tak jadi melangkah keluar. Langkah terus dipanjangkan ke dapur.

Matanya jatuh pada mangkuk tingkat yang diletakkan di atas island kitchen.  Bibir tersenyum nipis. Entah kenapa rajin pula dia melayan permintaan Haqq. Pagi-pagi lagi dia sudah masakkan bubur ayam untuk lelaki itu.

Tanpa membuang masa, tangan Daneen pantas mencapai mangkuk tingkat itu. Takut lewat pula sampai ke pejabat nanti.

HAQQ masuk ke dalam pejabatnya. Pandangannya jatuh pada mangkuk tingkat yang berada di atas meja kerjanya itu. Dia kenal mangkuk tingkat itu. Laju tangannya membuka penutup mangkuk tingkat itu untuk melihat isinya.

Bibirnya mengorak senyuman lebar saat melihat isi dalam mangkuk itu. Bubur ayam. Bukanlah dia nak makan sangat pun, saja nak mengada dengan Daneen. Tak ada apa yang istimewa pun dengan bubur ayam itu. Sama saja seperti bubur ayam yang dimasak orang lain. Tapi bagi Haqq bubur ayam itu istimewa kerana Daneen yang memasaknya.

Tanpa berlengah lagi, dia terus tarik kerusi. Duduk dilabuhkan. Terus disuap sesudu bubur ayam itu ke dalam mulut. Terpejam matanya menikmati air tangan Daneen. Tak sangka Daneen turutkan juga permintaannya.

Haqq tersandar kekenyangan setelah menghabiskan semangkuk bubur ayam yang dimasak Daneen. Matanya terpandangkan sehelai kertas kecil yang diselitkan di tepi mangkuk tingkat itu. Terus dicapai kertas itu.

ENJOY YOUR BUBUR AYAM. KALAU TAK SEDAP, JANGAN NAK COMPLAIN. I BUKAN CHEF HOTEL LIMA BINTANG!

Terletus tawa Haqq membaca nota yang ditinggalkan oleh Daneen itu. Dilipat kembali kertas itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Senyuman tak lekang di bibirnya. Sah! Haqq memang dah angau.

PAGI-PAGI lagi Aqil sudah tercegat di depan pagar rumah sewa kakaknya itu.

“Ada apa kau datang ni?” soal Salwa. Dia menguap perlahan. Baru ingat hari ini nak tidur sampai tengahari tapi ada pula yang mengacau tidurnya.

“Aqil nak minta tolong sikit.”

“Kau nak pinjam duit?” tebak Salwa. Apa lagi yang Aqil nak kalau bukan duit? Tiap kali datang sini, itu jerlah tujuannya.

“Bukan duit.” Aqil geleng perlahan.

Daneen datang daripada dapur dengan menatang dulang berisi teko bersama tiga biji cawan.

“Kak Daneen ni, susah-susah jer.”

Daneen tersenyum nipis. “Aqil kan tetamu kita orang.” Daneen menuang air teh susu itu ke dalam cawan lalu dihulurkan pada Aqil.

“Tetamu tak diundang!” celah Salwa.

Aqil mencebik.

“Cepatlah cakap. Kau nak apa?” gesa Salwa. Penat pula dia menunggu. Dalam kepalanya ketika ini cuma ada katil. Dia mahu sambung tidur.

“Bos Aqil nak cari model untuk event pameran pengantin malam esok. Model yang ada tiba-tiba tak boleh join. Jadi terpaksalah kami cari model last minute,” jelas Aqil.

Terhambur ketawa Salwa. “Eh Aqil! Cuba kau buka biji mata kau tu luas-luas. Kau tengok muka kakak kau ni betul-betul. Ada rupa model ke?”

Daneen turut ketawa. Terhibur hatinya dengan dua beradik ni.

“Bukan akaklah!”

Tawa Salwa terus mati. Wajahnya berubah serius. “Kalau bukan aku, takkanlah...”

“Kak Daneen!” Aqil pantas memotong.

Berkerut dahi Daneen. Terpinga-pinga mukanya. “Akak?” Jari telunjuknya dihalakan ke dadanya.

“Kak Daneen lah! Please Kak Daneen... Tolonglah Aqil. Kalini jer...” rayu Aqil.

Mengiakan tidak, menolak pun tidak. Nak tolak tak sampai hati pula bila tengok Aqil merayu macam tu. Tapi dia mana ada pengalaman jadi model. Dah lah jadi model baju pengantin pula tu. Tak pernah terlintas sekalipun di fikirannya. Daneen buntu!

Share this novel

Nor Azlina
2021-07-24 14:06:18 

tqvm update


NovelPlus Premium

The best ads free experience