LAFH - 7

Romance Series 665659

PAGI itu Daneen bersiap macam biasa untuk ke tempat kerja. Blouse berwarna merah gelap tersarung di tubuhnya. Dipadankan dengan seluar palazzo berwarna hitam. Siap! Ringkas saja pakaiannya pada hari itu.

“Atan.” Daneen tersenyum lebar saat melihat kucing itu datang menghampirinya.

Ya, Daneen membawa kucing yang ditemuinya semalam pulang ke rumah.

“Good morning Atan.” Daneen angkat kucing itu lalu dibawa ke dalam pelukannya. Digomol-gomol kucing itu sepuas hati. Geram!

“Daneen, kucing tu betinalah! Yang kau bagi nama dia Atan kenapa? Carilah nama yang sedap sikit. Aminah ke, Leha ke, Jenab ke...” tegur Salwa yang sedang membancuh air itu.

Daneen tergelak. Memang Atan kucing betina. Tapi dia tetap mahu memanggil kucing itu dengan nama Atan. Kucing dia, suka hati dialah.

“Daneen.”

“Hmm.” Daneen menoleh memandang kawan baiknya itu.

“Kau tak rasa apa-apa ke lepas Datin Mariam tu tampar kau haritu?” soal Salwa tiba-tiba.

“Ada. Aku rasa macam... macam nak tampar dia balik,” Daneen ketawa di hujung ayatnya.

“Isy! Kau ni kan. Aku serius tau. Main-main pula,” marah Salwa. Dia bawa teko yang berisi milo panas yang sudah siap dibancuh itu ke meja makan. Daneen sudahpun mengambil tempat disitu.

“Habis tu kau nak aku buat apa lagi Salwa?”

Salwa tarik kerusi di hadapan Daneen. Duduknya dilabuhkan di situ.

“Aku sebagai kawan kau Daneen, tak sanggup tau nak tengok kau terus kena fitnah dengan orang sekeliling. Dia orang pandang kau ni macam kau ni jahat sangat. Macamlah dia orang tu betul-betul kenal kau,” Salwa meluahkan rasa geramnya.

“Sampai masa nanti bila dia orang dah penat mengata aku, dia orang diamlah.” Sekeping roti potong diambil lalu disapukan kaya.

“Memanglah. Tapi bila kau terus diam macam ni, semua orang ingat kau memang betul-betul bersalah Daneen.”

“Salwa, aku tak perlu nak buktikan pada orang yang aku ni baik. Dia orang boleh menilai sendiri.”

Salwa mengeluh perlahan. Dari dulu Daneen tak berubah. Sama saja.

LANGKAH kaki dibawa masuk ke dalam bangunan sepuluh tingkat itu. Mata Daneen terpandangkan Haqq yang sedang duduk di lobi hotel itu. Dia tersenyum sendiri. Lucu mengenangkan kejadian semalam. Tak sangka lelaki macam Haqq takut kucing. Huh! Badan aje besar tapi takut kucing.

“Meow!”

Haqq tersentak. Dia terus angkat wajahnya. Daneen sudah berdekah ketawa.

“You...” Haqq ketap bibir.

“You jangan lupa Daneen, I dah tolong you semalam. Kalau I tahu you macam ni, lebih baik I biarkan jer you dekat atas pokok semalam.”

Daneen mencebik. Nak gurau sikit pun tak boleh si Hulk ni. Sensitif!

“Daneen!”

Daneen dan Haqq serentak berpaling ke arah pemilik suara itu. Ada seorang lelaki sedang berjalan menghampiri mereka.

“Raja.” Daneen tersenyum saat melihat lelaki itu.

Dahi Haqq berkerut. Siapa pula mamat ni? Raja? Raja apa? Rajagopal? Ke Rajakapoor?

“Jom Daneen. I nak cakap sikit dengan you,” ajak lelaki yang bernama Raja itu.

“Boleh.” Daneen mengangguk.

Haqq yang berada di situ dianggap seperti halimunan. Baru Daneen nak buka langkah mengikuti lelaki itu, Haqq sudah menarik pergelangan tangannya.

“Sekarang ni waktu kerja Cik Daneen.” Entah kenapa dia tak suka melihat Daneen rapat dengan lelaki itu.

Daneen menarik kembali tangannya. Direnung Haqq tajam. Sesuka hati kau jer tarik tangan aku kan.

“Mind your own business encik Haqq.” Daneen terus buka langkah meninggalkan Haqq.

Raja sempat mengerling sekilas ke arah Haqq sebelum dia turut mengikut langkah Daneen. Haqq berdecit perlahan. Entah apa agaknya hubungan Daneen dengan lelaki itu. Mungkin lelaki itu juga kekasih gelapnya. Huh! Kau memang tak cukup seorang kan Daneen?

DANEEN bernyanyi-nyanyi kecil sambil melangkah ke pejabat. Di tangannya ada sejambak bunga ros putih.

Haqq yang sedang menyiapkan kerjanya di komputer terus angkat wajah memandang Daneen. Dikerling jam di tangan. Sudah pukul 9.30 pagi.

“Hei Daneen, you ingat ni office bapak you ke? Sesuka hati nak masuk lewat,” selar Haqq.

Daneen melangkah ke meja kerjanya. Tas tangan dan bunga yang dibawa tadi diletakkan di atas meja.

“I tahulah office ni bukan bapak I punya. Sebab office ni bapak you yang punya. I masih sedar diri.”

Haqq ketawa sinis. “Baguslah kalau you sedar diri. Jadi jangan buat office ni macam bapak you yang punya.”

Daneen mencebik. Dia menyambung kerjanya yang tertangguh. Malas mahu melayan perangai si Hulk ni. Tiba-tiba jer nak berangin satu badan. Datang bulan ke?

“Siapa yang bagi you bunga tu? Rajagopal tadi tu ke?” soal Haqq tiba-tiba.

“Hah?”

“I tanya, bunga tu siapa yang bagi?”

“Kenapa you nak tahu pula?” soal Daneen kembali.

Riak wajah Haqq terus berubah. Aah kenapa kau sibuk sangat nak tahu eh Haqq?

“I tanya jer. Mana ada I cemburu.”

Dahi Daneen berkerut seribu. “Bila masa pula I cakap you cemburu?” Rasanya dia tak ada sebut pun perkataan cemburu tadi.

Haqq tak senang duduk. Dibetulkan tali lehernya. Ah! Kenapa dengan kau ni Haqq? Buat malu jer lah!

Tiba-tiba Daneen tersenyum. Senyuman penuh makna. “Ke you memang cemburu? You nak bunga juga ke? I boleh minta Raja bagi dekat you juga.”

“Hah betullah si Rajagopal tu yang bagi you bunga tu kan?”

Daneen buat tak tahu. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Biarkan Haqq tertanya-tanya!

TANGAN dilayang mengetuk pintu pejabat Dato’ Tarmizi.

“Masuk!” laung lelaki itu daripada dalam.

Daneen memulas tombol pintu. Langkah terus dibawa masuk ke dalam pejabat.

“Haa Daneen. Duduklah,” pelawa Dato’ Tarmizi.

Daneen tarik kerusi di hadapan Dato’ Tarmizi. Duduknya dilabuhkan di situ.

“Ada apa Dato’ nak jumpa saya?” soal Daneen.

“Uncle. Sekarang ni kita cuma berdua jer Daneen.”

Daneen tersenyum nipis. Memang jika di luar dia lebih selesa memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘uncle’. Cuma di pejabat, dia memanggil lelaki itu dengan panggilan formal. Lagipun apa pula kata yang lain nanti jika dia memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘uncle’. Cukup-cukuplah gosip yang ada sebelum ni. Tak mahu ditambah.

“Uncle nak minta maaf atas apa yang aunty Mariam dah buat dekat Daneen haritu.”

“Tak apa uncle. Lagipun salah Daneen juga. Disebabkan Daneen, encik Haqq kena pukul dengan pelanggan tu.”

“Uncle harap Daneen tak ambil hati ya dengan kata-kata aunty Mariam?”

Daneen mengangguk. Dia sudah lali.

“Uncle minta maaf juga dengan apa yang Haqq dah buat dekat Daneen. Lepas ni kalau dia cuba buat apa-apa lagi dekat Daneen, beritahu uncle.”

“Uncle janganlah fikirkan semua tu. Daneen boleh uruskan sendiri. Daneen tak nak uncle stress nanti.”

Dato’ Tarmizi tersenyum nipis. Cuma Daneen yang selalu ambil berat akan kesihatannya. Kadang-kadang gadis itu yang mengingatkan dia tarikh temu janjinya dengan doktor.

“Daneen tak nak jadi apa-apa pada uncle. Oh ya hari rabu ni jangan lupa appointment uncle dekat hospital.”

“Nampaknya uncle kena naikkan gaji Daneen lepas ni.”

Daneen ketawa kecil. Dia sayangkan Dato’ Tarmizi. Lelaki itu sudah dianggap seperti ayah kandungnya sendiri. Dia tak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah selama ni. Jadi pada Dato’ Tarmizi dia menumpang kasih. Tapi disalah erti pula oleh yang lain.

PRANG!

Bunyi kaca pecah berderai kedengaran daripada dalam bilik Datin Mariam. Diikuti dengan suara jeritan yang sangat kuat.

Bik Anum berlari anak menuju ke bilik majikannya itu. Kebetulan pintu bilik tidak ditutup rapat, dia terus melangkah masuk mendapatkan wanita itu.

“Ya Allah Datin. Kenapa ni?” soalnya risau. Matanya jatuh pada pasu kaca yang sudah hancur berderai di atas lantai.

Datin Mariam duduk di tepi katil sambil memeluk tubuh. Jeritannya masih lagi kedengaran. Tangan kanannya mengigil sambil memegang telefon bimbit. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

Bik Anum dapat mengagak pasti ada sesuatu yang wanita itu lihat di telefon bimbitnya sehingga dia jadi begini. Dia yang tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini terus berlari keluar daripada bilik untuk meminta pertolongan.

Kebetulan anak majikannya itu berada di rumah hari ini. Langkah kaki terus diatur menuju ke bilik lelaki itu.

“Encik Haqq!” Tangan dilayang mengetuk pintu bilik lelaki itu sekuat hati. Tak kisahlah kalau Haqq nak marah sekalipun. Dalam waktu-waktu genting begini dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Risau jika Datin Mariam bertindak di luar kawalan.

Tak sampai beberapa minit, pintu dibuka daripada dalam. Terjengul wajah Haqq dengan rambutnya yang berserabai. Nampak sangat dia baru bangun daripada tidur. Lagipun hari ini hari minggu. Memang sengaja dia habiskan hari cutinya dengan berehat di rumah sahaja.

“Ada apa Bik Anum?” soal Haqq. Matanya yang masih mengantuk itu digosok-gosok perlahan.

“Datin Mariam!” Jelas riak kerisauan terpancar di wajahnya.

Terus segar mata Haqq sebaik mendengar nama ibunya meluncur keluar daripada bibir pembantu rumahnya itu.

“Kenapa dengan mama?” soal Haqq risau.

“Bik Anum tak tahu. Tapi tadi Datin Mariam baling pasu dalam bilik sampai pecah berderai. Lepas tu tiba-tiba dia menjerit.”

Tanpa bertanya lebih lanjut, Haqq terus mengatur langkah menuju ke bilik ibunya.

“Mama!” Haqq terus menerpa ke arah Datin Mariam.

“Ya Allah mama!” Serpihan kaca yang berada di tangan Datin Mariam segera dirampas. Dia tahu ibunya itu cuba mencederakan dirinya sendiri.

Tangisan Datin Mariam semakin kuat kedengaran. Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan. Haqq terus menarik tubuh ibunya itu ke dalam pelukannya.

“Kenapa ni mama? Siapa yang buat mama macam ni? Beritahu Haqq,” soalnya. Luluh hatinya melihat keadaan Datin Mariam ketika ini.

“Perempuan tu...” Datin Mariam menghulurkan telefon bimbitnya pada Haqq.

Haqq ketap bibir kuat menahan geram saat melihat gambar yang terpapar di skrin telefon bimbit milik Datin Mariam. Dadanya berombak laju ketika ini.

“Daneen Qaysa.” Nama perempuan itu disebut perlahan. Dia yakin dia tak salah lihat. Perempuan di dalam gambar itu adalah Daneen.

Hatinya mendongkol geram. Penumbuk digenggam kuat. Aku tak akan lepaskan kau Daneen.

DANEEN mengeliat kecil membetulkan segala urat-urat yang berlingkar. Hari ini Daneen terpaksa bekerja lebih masa. Banyak kerja yang perlu disiapkan hari ini juga. Segala jenis laporan perlu dihantar esok hari.

Ah! Ini semua Haqq punya pasal. Sepatutnya itu tugas Haqq. Disebabkan lelaki itu tidak masuk ke pejabat harini, terpaksalah Daneen yang ambil alih tugasannya. Entah kenapa Haqq tak datang ke pejabat hari ini. Tak puas-puas lagi ke cuti semalam?

Daneen mengerling jam di dinding. Sudah pukul sembilan malam. Tak pernah-pernah dia pulang lewat begini. Segera dikemaskan barang-barang di atas mejanya. Dia capai tas tangannya dan terus berlalu keluar meninggalkan pejabat.

Sunyi.

Mana tidaknya, waktu begini semua orang sudah pulang ke rumah. Cuma dia yang masih tinggal di sini. Disebabkan itu, Daneen memutuskan untuk turun menggunakan tangga saja. Tak berani dia nak naik lif seorang diri. Macam-macam kisah seram yang dia dengar.

Daneen berjalan sendirian menuruni anak tangga. Tiba-tiba terasa tangannya direntap oleh seseorang.

“Argh!” Daneen menjerit kuat. Rasa bagai nak tercabut jantungnya saat ini.

“Hei!”

Jeritan Daneen terhenti apabila melihat wajah lelaki itu. Haqq?

“You buat apa ni Haqq? Lepaskan I!” Daneen merentap kuat tangannya daripada pegangan Haqq. Tapi sia-sia sahaja.

“I dah cakap dengan you Daneen, jangan cabar I. Kenapa you degil sangat? Dah tak ada lelaki lain lagi ke sampai you sanggup jual diri you dekat papa I?”

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Haqq. Menggeletar tangan Daneen. Dadanya berombak laju menahan amarah.

“Mind your words Haqq! You tak ada hak nak hina I macam tu.” Mata Daneen berkaca. Haqq betul-betul dah melampau.

Haqq tersenyum sinis. Dia keluarkan telefon bimbitnya daripada poket.

“Jadi ni apa? Gambar ni tak cukup lagi nak buktikan semuanya?”

“Hanya dengan sekeping gambar you boleh nilai I macam tu?” Daneen geleng perlahan. Gambar itu adalah gambar ketika dia membantu Dato’ Tarmizi yang hampir pitam ketika itu. Dalam gambar itu nampak dia seperti sedang memeluk lelaki itu. Entah dari mana agaknya Haqq dapat gambar itu.

“Tinggalkan papa I. Putuskan hubungan you dengan dia. Jangan pernah berangan nak jadi mak tiri I.” Semakin kuat Haqq mencengkam pergelangan tangan Daneen.

“Lepaskan I!” Daneen merentap kuat tangannya daripada pegangan Haqq. Rentapan yang kuat itu membuatkan Daneen hilang imbangan lalu terjatuh di tangga.

“Arghhh!”

“Daneen!” Terbuntang mata Haqq melihat Daneen yang sudah terbaring di anak tangga yang terakhir.

Ayokkk Haqq!

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2021-06-09 17:55:33 

ayork...haqq tolak daneen..hbs lah haqq kali ni..

Zahrin Zahra
2021-06-08 22:02:43 

tq update

Asmah
2021-06-08 19:57:25 

ha sudah jatuh tangga dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience